Puspen Karak
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Puspen Karak, Government Organization, Karak.
• Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Karak (PUSPEN KARAK) / Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
• Kepulihan Anda Bermula Disini
• Pulih Anda Bahagia Kami
• PUSPEN Karak Indah Dihati
15/06/2026
Pernah tak suatu hari anda tiba-tiba dapat motivasi untuk pergi joging setiap hari 10km selama seminggu?
Masuk minggu kedua, semangat hilang. Anda tak lari walaupun 1km. Terus rasa ‘burnout’ dan malas nak buat.
Jujurnya, ramai orang alami benda sama macamni. Kita terlalu obses nak nampak hasil besar dalam sekelip mata. Nak terus fit, terus pandai, terus kaya. Tapi sebenarnya, rahsia orang yang berjaya bukan sebab mereka buat benda luar biasa, tapi sebab mereka konsisten dengan benda kecil.
Cuba amalkan cara “1% Progres”
Tak larat baca 20 muka surat? Baca 1 muka surat je.
Tak sempat lari 10km? Buat 1km je.
Tak mampu kemas satu rumah? Kemas satu laci meja je.
Nampak macam tak ada impak kan? Tapi sebenarnya, tujuan 1% ni bukan untuk hasil serta-merta, tapi untuk membina disiplin. Lama-lama, tabiat tu jadi automatik. Bila identiti dah kuat, hasil akan datang sendiri tanpa kita sedar.
Ingat, 1% setiap hari selama setahun akan buatkan anda 37 kali ganda lebih hebat daripada anda yang sekarang!
Jangan pandang rendah pada langkah kecil. Sebab gunung tak runtuh dengan sekali baling batu, tapi dengan setiap ketukan yang tak pernah berhenti.
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
12/06/2026
"Tidak ada iman bagi orang yang tidak amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menunauikan janji."
(Hadis Riwayat Ahmad)
Marilah kita bersama-sama memperkasakan jati diri dengan sifat amanah dalam apa jua tugasan yang digalas.
Teras kejayaan dan kredibiliti sesebuah organisasi bermula daripada nilai integriti yang dijunjung tinggi oleh setiap warganya.
Ikhlas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan
KementerianDalamNegeri
Saifuddin Nasution Ismail
DATO' DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
08/06/2026
• HEBAHAN MEDIA •
📚 Kursus Asas Ternakan Kelulut anjuran Unit Latihan Kemahiran & Vokasioanal (LKV) PUSPEN Karak
⏰ Tarikh : 05hb. Jun 2026 (Jumaat)
📍 Tempat : Dewan Kegiatan LKV, PUSPEN Karak
👨🏻🏫 Tenaga Pengajar : Encik Mohd Shafiz Muzlan & Encik Mohd Hasbullah Matzin
🎯 Penglibatan : 40 orang klien
Terus bersama kami untuk mendapatkan info berkaitan rawatan dan pemulihan dadah. Semoga memberi manfaat buat semua. 🕊️
05/06/2026
•HAMPARAN KASIH SEBUAH PENGORBANAN DALAM KEMULIAAN AIDILADHA - Vol.2•
Memori ini kami bingkiskan bukan sekadar sebagai kenangan, malah terutama kepada tingkat rasa syukur dan nikmat pengorbanan yang dizahir pada hari ini. Semoga segala tangis, riang, s**a dan duks menjadi saksi akan kasih sayang yang tiada ternafikan.
Sekali lagi, ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat semua pihak yang menjayakan Program Lawatan Keluarga Aidiladha PUSPEN Karak bagi tahun 1447H/2026M. Moga segala pengorbanan dibalas dengan jutaan kebaikan. Sampai ketemu lagi.
Terus bersama kami untuk mendapatkan info berkaitan rawatan dan pemulihan dadah. Semoga memberi manfaat buat semua. 🕊️
05/06/2026
•HAMPARAN KASIH SEBUAH PENGORBANAN DALAM KEMULIAAN AIDILADHA - Vol.1•
04hb. Jun 2026 (Khamis), Dewan Utama PUSPEN Karak - Pada hari ini telah diadakan Program Lawatan Keluarga bersempena perayaan Aidiladha 1447H/2026M peringkat PUSPEN Karak. Mengambil ibrah semangat pengorbanan dan kasih sayang dalam kemuliaan Aidiladha, majlis berlangsung dengan meriah dengan kehadiran pihak keluarga dan sanak saudara.
Buat semua keluarga yang hadir dan bersama dalam memeriahkan Program hari ini, jutaan terima kasih kami titipkan. Juga permohonan maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan yang ada. Semoga ketemu di lain waktu dan ketika.
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut diucapkan kepada barisan kakitangan PUSPEN Karak yang bertungkus lumus dalam memastikan majlis berjalan dengan lancar, tertib dan teratur. Terima kasih.
Terus bersama kami untuk mendapatkan info berkaitan rawatan dan pemulihan dadah. Semoga memberi manfaat buat semua. 🕊️
04/06/2026
03/06/2026
Undangan ke Program Lawatan Keluarga Aidiladha 1447H/2026M peringkat PUSPEN Karak
Mengambil kemuliaan Aidiladha yang penuh dengan pengorbanan dan kasih sayang, YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput bagi menghadiri Program Lawatan Keluarga Aidiladha bersempena perayaan Aidiladha 1447H/2026M peringkat PUSPEN Karak pada ketetapan berikut :
📆 Tarikh : 04hb. Jun 2026 (Khamis)
⏰ Masa : 09:00 Pagi - 04:00 Petang
📍 Tempat : Dewan Ibnu Sina, PUSPEN Karak.
Semoga dengan kehadiran YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan akan lebih memeriahkan suasana bahagia dan Aidiladha terus dirai dengan ibrah pengorbanan dan semangat ukhwah yang erat.
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijah 1447H.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta Raja Permaisuri Agong, dan terus dikurniakan kebijaksanaan dalam memayungi rakyat serta memimpin negara dengan penuh kedaulatan dan kemakmuran.
Sembah takzim daripada
Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga
Agensi Antidadah Kebangsaan
Shamsul Anuar Nasarah
30/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI KAAMATAN DAN HARI GAWAI 2026
Selamat Menyambut Hari Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak serta semua yang meraikannya.
Sambutan yang penuh warna-warni adat, budaya dan tradisi ini merupakan lambang kekayaan warisan yang menjadi kebanggaan negara serta mencerminkan keindahan kepelbagaian masyarakat Malaysia.
Sempena pesta menuai yang diraikan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian dan rezeki yang dikurniakan.
Semoga nilai kesyukuran, perpaduan dan kebersamaan yang dizahirkan melalui perayaan ini terus mekar dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Ikhlas daripada Dato’ Ruslin Jusoh, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan.
Shamsul Anuar Nasarah
29/05/2026
Daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak ada amalan anak Adam pada hari Nahr (Aidiladha) yang lebih dicintai Allah SWT daripada menumpahkan darah (sembelihan korban)."
(Riwayat al-Tirmidzi: 1493)
Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati makna pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang menjadi teras ibadah korban.
Aidiladha mendidik kita tentang nilai pengorbanan yang tulus, keinsafan dalam kehidupan serta kepentingan membantu dan menyantuni sesama insan.
Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas daripada
Dato’ Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Karak