Explore Perlis Geopark
Local explorers & volunteers for Perlis Geopark | AJK PROMOSI & KESEDARAN KOMUNITI PERLIS GEOPARK |
11/06/2026
11/06/2026
Perlis Climbers, salah satu daripada 17 Komuniti Perlis Geopark
Rantai ilmu.
"Oh brother, where art thou"
Tangga Pink
Bukit Jernih
Perlis
Malaysia.
11/06/2026
Hikers Perlis, salah satu daripada 17 Komuniti Perlis Geopark
Jemputan Trip Mendaki ke Gunung Perlis.
Tarikh : 18 Julai 2026 (Sabtu)
Masa : 7.45 Pg - 4.00 ptg (COT jam 4.00 ptg)
Kos : RM45 (Permit, Insurans serta Guide HiPs, MGP & Kacang Club)
Detail berikut diperlukan (Untuk tujuan Permit & Insurans) :
Nama Penuh :
Nom KP :
Nom HP :
Nama Waris :
Nom Phone Waris :
Utk sebarang pertanyaan & detail sila contact :
Hairil : 0195745227
Fiza : 0107714774
11/06/2026
Salah satu daripada 17 Komuniti Perlis Geopark
11/06/2026
MENGENALI PERLIS GEOPARK: MENGENAL LANDSKAP GEOLOGI DAN KEPENTINGAN PEMULIHARAAN GEOPARK
ARAU, 11 Jun – Satu sesi perkongsian “Mengenali Perlis Geopark: Mengenal Landskap Geologi dan Kepentingan Pemuliharaan Geopark” telah disampaikan oleh Pengurus Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perlis, Cik Atilia Bashardin, kepada hampir 300 pelajar UiTM Arau dan ILKKM Kangar di Dewan Seri Semarak, UiTM Arau hari ini.
Ceramah ini bersempena Program Kempen Penghijauan Malaysia 2.0 anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Perlis bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta mengenai keunikan warisan geologi Perlis serta kepentingan memulihara sumber geologi, biodiversiti dan warisan budaya yang membentuk identiti Perlis Geopark.
Para peserta turut didedahkan kepada pembentukan landskap geologi Perlis yang unik, termasuk kewujudan formasi batu kapur berusia ratusan juta tahun, gua-gua batu kapur, bukit-bukau karst serta tapak-tapak geowarisan yang mempunyai nilai saintifik, pendidikan dan pelancongan yang tinggi.
Selain itu, ceramah ini turut menerangkan konsep geopark sebagai pendekatan pembangunan lestari yang mengimbangi aspek pemuliharaan, pendidikan dan pembangunan ekonomi komuniti setempat. Peserta juga diberi pendedahan mengenai peranan masyarakat dalam menjaga dan memelihara khazanah geologi agar terus terpelihara untuk manfaat generasi akan datang.
Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menambah pengetahuan mengenai warisan geologi negeri serta menyemai rasa tanggungjawab terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar dan sumber semula jadi negara melalui Perlis Geopark.
📷 Explore Perlis Geopark | Komuniti
10/06/2026
PERLIS GEOPARK SANTUNI 17 KOMUNITI DALAM SESI LIBAT URUS
KANGAR, 10 Jun 2026 – Seramai 23 wakil daripada 17 komuniti, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyertai Sesi Libat Urus Bersama Komuniti Perlis Geopark yang diadakan di Bilik Mesyuarat Kecil 4, Aras 3, Blok A, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis hari ini.
Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pengurus Perlis Geopark, Tuan Hasan Hafizi bin Hanapi, yang mengalu-alukan kesudian semua komuniti terlibat meluangkan masa selain menyampaikan hasrat BPEN untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama antara pihak pengurusan Perlis Geopark dan komuniti setempat dalam usaha pemuliharaan, pemeliharaan serta pembangunan geopark secara mampan.
Antara komuniti dan pertubuhan yang hadir termasuk Persatuan Nature Xplorer, Persatuan Geoguide Perlis Geopark, NGO GRASS Perlis, Persatuan Mendaki & Kembara Negeri Perlis (Hikers Perlis), Persatuan Mendaki Negeri Perlis (Perlis Climbers), Komuniti Kaki Bukit, Persatuan Rekreasi Bukit Jernih (PRBJ), Persatuan Sukan dan Rekreasi Kampung T**i Tampang (Sahabat BJ), Persatuan Malim Gunung Negeri Perlis, Persatuan Pelukis Negeri Perlis, Persatuan Rakan Perlis Geopark, Kelab Rekreasi Timah Tasoh, Santuari Ikan Air Tawar Tasik Timah Tasoh, Kawasan Rukun Tetangga Kampung Tengah, Komuniti Wang Gunung, Komuniti Wang Kelian dan Komuniti Hutan Nesam.
Program tersebut menjadi platform penting untuk perkongsian maklumat, pertukaran pandangan serta pengumpulan maklum balas daripada komuniti berkaitan usaha memperkasa Perlis Geopark sebagai destinasi geowarisan yang mampan dan berdaya saing. Penglibatan aktif komuniti setempat dilihat sebagai elemen penting dalam memastikan pemuliharaan warisan geologi, biodiversiti dan budaya negeri dapat dilaksanakan secara berkesan demi manfaat generasi akan datang.
Penganjuran sesi libat urus ini bertujuan mengenal pasti potensi dan kekuatan komuniti setempat yang boleh digembleng dalam usaha memurnikan serta memperkukuh Perlis Geopark menjelang proses penilaian semula (revalidation) yang dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan. Inisiatif ini turut menjadi platform untuk mempererat kerjasama antara pihak pengurusan geopark dan komuniti dalam memastikan status serta kecemerlangan Perlis Geopark terus dipertahankan sebagai sebuah geopark yang memenuhi piawaian antarabangsa.
07/06/2026
Jabatan Perhutanan Perlis Kenal Pasti 83 Gua Belum Diterokai
KANGAR, 7 Jun - Jabatan Perhutanan Perlis berjaya mengenal pasti 83 gua yang belum diterokai di sepanjang Banjaran Nakawan di negeri itu menerusi kajian inventori selama 21 hari untuk pendokumentasian.
Pengarah Perhutanan Perlis Ag Shaffie Ag Ahmadni berkata daripada jumlah itu terdapat enam gua cantik dan unik dilihat mempunyai potensi dijadikan produk ekopelancongan baharu, namun memerlukan penilaian dan penelitian lanjut oleh pakar berkaitan kesesuaian dan risiko.
“Ada yang dalam gua itu ada satu kolam mungkin bersesuaian untuk aktiviti diving dalam gua, kita akan buat semakan lanjut tentang kebolehlaksanaan aktiviti itu. Sebab cantik tidak menjamin untuk kita buka tempat pelancongan, kita tengok potensi dan juga risiko.
“Kalau cantik sahaja tetapi cenderung untuk memberikan kesan kepada risiko kemalangan tinggi, jadi tak sesuailah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Nakawan Rainforest Festival bersempena dengan sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri tahun ini di Taman Eko Rimba Bukit Ayer, Kompleks Ekopelancongan Sungai Batu Pahat, di sini hari ini.
Majlis penutup itu disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Turut berangkat pada majlis berkenaan ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Ag Shaffie berkata bagaimanapun sebelum membuat pilihan untuk produk pelancongan baharu itu, pihaknya akan menyediakan pelan induk pengurusan gua di sepanjang banjaran itu bagi pengelasan gua berdasarkan nilai fosil, artifak arkeologi, biodiversiti dan potensi pelancongan.
“Mana paling sesuai untuk kita buka, kalau kita nak buka bila (tempoh) paling dekat kita boleh buka? Apa perancangan untuk memudahkan akses laluan masuk dan sebagainya, jadi (ia) satu perancangan yang sangat kompleks,” katanya.
Beliau berkata setakat ini hanya dua gua yang menjadi lokasi ekopelancongan di Perlis, iaitu Gua Kelam dan Gua Wang Burma.
Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : BERNAMA
Teruskan Bersama Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.
07/06/2026
Perlis Geopark
Jabatan Perhutanan Perlis Kenal Pasti 83 Gua Belum Diterokai gua, Perlis, Banjaran Nakawan, ekopelancongan
07/06/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Puncak Permatang Kars Bukit Lagi (utara)
Kangar
01000