LPPKN Negeri Perlis

LPPKN Negeri Perlis

Share

Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Perlis Akta 352 ini telah diwartakan pada 8 Februari 2007.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, LPPKN, telah ditubuhkan di bawah Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 [Akta 352] dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada peringkat awal penubuhannya fokus utama LPPKN adalah melaksanakan program dan aktiviti perancangan keluarga di negara ini. Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 (Akta 352) yang dahulunya dikenali sebag

Photos from LPPKN Negeri Perlis's post 11/05/2026

AKTIVITI SEPANJANG APRIL/MEI 2026

Program Sambutan Minggu Sejahtera Warga LPPKN 2026
1. Brisk Walk LPPKN Perlis;
2. Loss Weight Challenge;
3. 100,000 Steps Challenges;
4. Saringan Pemeriksaan Kesihatan sempena MSWL Tahun 2026 “Sihat Hari Ini, Bahagia Selamanya”
5. D’Stress Day: Indoor Games;
- Ting Ting@ Teng Teng
- Isi air dalam botol
- Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu
6. Penutup MSWL 2026
- Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Lost Weight Challenge dan 100,000 Steps Challenge
7. Brisk Walk: Gunung Medan

Pentingnya aspek kesejahteraan dalam kalangan pegawai dan kakitangan LPPKN Negeri Perlis yang merangkumi penjagaan kesihatan fizikal, kesejahteraan mental serta pembentukan minda yang positif. Program ini dilihat penting dalam memastikan kesiapsiagaan warga kerja untuk menghadapi cabaran dalam pelaksanaan program dan penyampaian perkhidmatan sepanjang tahun 2026 dan seterusnya.
Secara keseluruhannya, program MSW LPPKN Perlis Tahun 2026 telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan dalam memupuk budaya hidup sihat serta meningkatkan semangat kesepaduan dalam kalangan warga kerja.

10/05/2026
10/05/2026
10/05/2026

Mesej Sambutan Hari Ibu 2026 Peringkat Negeri Perlis oleh YB Datin Marzita Mansor, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Perlis melalui tema "Seteguh KASIH Ibu".

Terima kasih YB 💜💚

Selamat Hari Ibu 2026🌹🌹🌹
"Seteguh KASIH Ibu"

10/05/2026
30/12/2025

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada

YB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis ke-8 atas segala sumbangan, jasa bakti dan kepimpinan yang telah dicurahkan dalam memimpin serta membangunkan kesejahteraan keluarga Negeri Perlis.

Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh keluarga LPPKN Negeri Perlis.

30/12/2025

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.

Sempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku pada 30 Disember 2025 bersamaan 9 Rejab 1447H.

Sembah Takzim Daripada:
Pengarah dan seluruh keluarga LPPKN Negeri Perlis

29/12/2025

Tahniah diucapkan kepada

YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis

Atas pelantikan sebagai Menteri Besar Perlis Yang Ke-9.

Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh keluarga LPPKN Negeri Perlis.

Photos from LPPKN Negeri Perlis's post 06/11/2025

30 Oktober 2025, Khamis - Telah diadakan Ceramah Selangkah ke Alam Remaja bersama 75 orang pelajar dari SK Arau, Perlis dari jam 8.30 hingga 10.00 pagi.

Sesi ceramah dikendalikan oleh Cik Saffiyah Najihah Abdul Halim, Teen Educator, LPPKN Negeri Perlis dan Puan Vanida Fungsathian, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, LPPKN Negeri Perlis.

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada adik-adik dan pihak sekolah yang telah memberikan komitmen sepenuhnya. Semoga bermanfaat 💜💚

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Tingkat 1, Bangunan Persekutuan Kangar, Persiaran Jubli Emas
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00