ARC Perlis (Alternative Riding Club)

ARC Perlis (Alternative Riding Club)

Share

ARC (Alternative Riding Club) Perlis adalah sebuah kelab permotoran untuk semua. Ini merupakan FB Rasmi ARC Perlis.

:: RIDE FOR CHARITY :: 'We Ride For Charity'

Photos from ARC Perlis (Alternative Riding Club)'s post 14/06/2026

SEMBANG SESUDAH ISYAK ARC PERLIS ERAT UKHUWAH AHLI

Alhamdulillah, pada Jumaat lalu, 12 Jun 2026, Alternative Riding Club (ARC) Perlis telah berjaya mengadakan program Sembang Sesudah Isyak bertempat di kediaman Saudara Seroja di Kampung Sungai Batu Pahat.

Program santai yang bermula pada jam 8.00 malam ini menghimpunkan ahli-ahli ARC dari seluruh Perlis bagi mengeratkan ukhuwah, berkongsi pandangan serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan ahli kelab. ARC Perlis merupakan sebuah kelab permotoran yang aktif menjalankan program kebajikan, dakwah dan kemasyarakatan di negeri Perlis.

Turut diisi dengan tazkirah ringkas, perbincangan isu semasa serta sesi bertukar pandangan mengenai perancangan aktiviti akan datang. Suasana yang penuh mesra dan harmoni jelas memperlihatkan semangat kekeluargaan yang menjadi tunjang kekuatan ARC Perlis.

Program diakhiri dengan jamuan ringan dan sesi ramah mesra antara ahli-ahli yang hadir.

Semoga pertemuan seperti ini terus menjadi medium untuk memperkukuhkan silaturahim, menyemarakkan semangat persaudaraan serta menggerakkan lebih banyak aktiviti bermanfaat kepada masyarakat pada masa hadapan.

11/06/2026

Jom kita luangkan masa bersama dalam suasana santai dan penuh ukhuwwah menerusi program Sembang Sesudah Isyak ARC Perlis.

πŸ“… 12 Jun 2026 (Jumaat)
πŸ•— 8.00 Malam
πŸ“ Rumah Saudara Seroja, Kg. Sungai Batu Pahat

Ayuh hadir untuk beramah mesra, bertukar pandangan, berkongsi pengalaman dunia permotoran serta mengeratkan lagi hubungan persaudaraan sesama ahli.

Motor yang menyatukan kita, ukhuwwah yang menguatkan kita. 🀝🏍️

Jangan lupa ajak sahabat riders yang lain. Kehadiran anda amat dihargai.

πŸ’šπŸοΈ

Photos from ARC Perlis (Alternative Riding Club)'s post 30/05/2026

30 Mei 2026 | Sabtu

Alhamdulillah, ARC Perlis (Alternative Riding Club) telah bersama-sama menjayakan program Ijtima’ Qurban Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis yang berlangsung dengan penuh meriah di PASTI Nurul Hayah, Santan.

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis, ARC Perlis dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah sesama ahli, malah menyemarakkan semangat gotong-royong serta penghayatan ibadah korban dalam kalangan masyarakat.

Semoga segala usaha, pengorbanan dan amal kebajikan yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan buat seluruh peserta dan masyarakat setempat.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

26/05/2026

✨ π’πžπ₯𝐚𝐦𝐚𝐭 π‡πšπ«π’ π‘πšπ²πš 𝐀𝐒𝐝𝐒π₯𝐚𝐝𝐑𝐚 πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ ✨

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan menguatkan lagi semangat pengorbanan serta ukhuwah sesama kita. πŸ€²πŸ»πŸ„πŸ

Hayatilah makna sebenar korban dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
β€œSesungguhnya yang sampai kepada Allah bukanlah daging dan darah korban itu, tetapi ketakwaan daripada kamu.”
(Surah Al-Hajj : 37)

Ikhlas daripada seluruh warga
🏍️ 𝐀𝐑𝐂 ππ„π‘π‹πˆπ’ 🏍️

Photos from ARC Perlis (Alternative Riding Club)'s post 19/05/2026

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO GATHERING ARC MALAYSIA 2026

Gathering ARC Malaysia 2026 kini dibuka kepada seluruh warga rider yang kreatif dan berbakat!

Inilah peluang untuk anda mencipta identiti rasmi Gathering ARC Malaysia 2026 dengan idea, seni dan jiwa rider yang membawa tema ukhuwah, dakwah, riadah serta semangat komuniti permotoran.

πŸ“Œ Tema Rekaan:
βœ… Identiti Malaysia & Johor
βœ… Identiti Alam Melayu
βœ… Permotoran & Komuniti Rider
βœ… Gaya Hidup Sihat & Riadah
βœ… Ukhuwah & Persaudaraan
βœ… Dakwah & Nilai Kebaikan
βœ… We Ride For Charity

πŸ›‘ Syarat Penyertaan:
β–ͺ️ Rekaan mestilah asli & hasil karya sendiri
β–ͺ️ Penggunaan AI adalah tidak dibenarkan
β–ͺ️ Tidak boleh meniru atau memplagiat mana-mana rekaan
β–ͺ️ Sertakan penerangan ringkas maksud logo
β–ͺ️ Wajib mempunyai elemen/logo & tulisan Alternative Riding Club (ARC Malaysia)

πŸ† Hadiah Menarik!
πŸ’° RM300 untuk pemenang utama
πŸ”₯ Logo terpilih akan dijadikan identiti rasmi Gathering ARC Malaysia 2026

πŸ—“οΈ Tarikh tutup penyertaan:
πŸ“ 30 Jun 2026 (Selasa)
⏰ 10.00 malam

πŸ“² Hantarkan rekaan anda ke:
πŸ“ž 010-551 5145 (MKF)
πŸ“ž 013-404 5589 (Toyib)

Ayuh rider-rider semua… Tunjukkan kreativiti anda.

Biar logo yang lahir nanti bukan sekadar lambang, tapi simbol ukhuwah, kebajikan dan semangat β€œWe Ride For Charity”.

Photos from ARC Perlis (Alternative Riding Club)'s post 18/05/2026

17 Mei 2026 | Sabtu

ARC Perlis mengucapkan ahlan wa sahlan dan selamat datang kepada riders ARC Negeri Perak seramai 78 peserta yang sudi berkunjung ke Negeri Perlis Indera Kayangan. πŸš΄β€β™‚οΈπŸ’š

Kehadiran sahabat-sahabat dari Perak ini amat kami hargai dan menjadi satu medan mengeratkan ukhuwah sesama riders dalam semangat β€œRiadah β€’ Ukhwah β€’ Dakwah”.

Sepanjang berada di Perlis, ARC Perlis turut membawa para peserta menikmati serta memperkenalkan ikon kebanggaan negeri kami iaitu Harum Manis Perlis yang sememangnya terkenal dengan rasa dan keistimewaannya. πŸ₯­βœ¨

Terima kasih kerana sudi mai Perlis dan memeriahkan program bersama kami. Semoga perjalanan p**ang dipermudahkan dan ukhuwah yang terjalin terus mekar sampai bila-bila.

InsyaAllah, tunggu kunjungan balas daripada ARC Perlis p**a ke Negeri Perak nanti! 🀝πŸ”₯

06/05/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran
Naqib ARC Perlis, Ustaz Rijaluddin πŸŽ‰

Semoga Allah SWT terus memberkati setiap langkah, mengurniakan kesihatan yang baik serta mempermudahkan segala urusan.

Moga terus istiqamah membawa misi kebaikan dan memberi manfaat kepada semua.

Riadah | Ukhwah | Dakwah
We Ride 4 Charity πŸοΈπŸ’š

05/05/2026

πŸ”₯ PENDAFTARAN AHLI ARC PERLIS DIBUKA! πŸ”₯

Jom jadi sebahagian daripada keluarga besar ARC PERLIS (Alternative Riding Club) 🏍️

Kami bukan sekadar ride…
kami bawa nilai:
Riadah | Ukhwah | Dakwah

πŸ’š We Rider 4 Charity
– Komuniti rider yang aktif & positif
– Aktiviti konvoi, kebajikan & program santai
– Satukan semua jenis motor, bukan CC besar saja!

πŸ’›πŸ’™*Sebarang Pertanyaan berkaitan PENDAFTARAN boleh whatsapp SU ARC PerlisπŸ’›πŸ’™*
0136346163

πŸ“² Daftar sekarang:
https://forms.gle/425WTDWVbRXVPtUV6

πŸ“Œ Terbuka kepada semua rider sekitar Perlis & kawasan berhampiran

πŸ”₯ We Ride 4 Charity
πŸ‘‰ Riadah | Ukhwah | Dakwah

Photos from ARC Perlis (Alternative Riding Club)'s post 04/05/2026

KEMBARA ILMU ARC PERLIS 2.0 | TERENGGANU & KELANTAN

Alhamdulillah, program Kembara Ilmu ARC Perlis 2.0 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh jayanya. Konvoi kali ini menghimpunkan lebih 20 orang ahli ARC Perlis dalam satu perjalanan bermakna ke Negeri Terengganu dan Kelantan, menggabungkan elemen riadah, ukhuwah dan pengisian ilmu.

Sepanjang kembara, peserta berpeluang menziarahi Madrasah Ustaz Mad Kecik (peserta Global Sumud Flotilla), menikmati keindahan alam melalui aktiviti mandi air terjun serta mengadakan pertemuan mahabbah bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. Program ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah memberi nilai tambah dari sudut rohani dan kebersamaan dalam kalangan ahli.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:
- Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
- Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar
- Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau
- Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar
- YB Senator Haji Baharudin
- YB Cikgu Shukri Ramli (ADUN Sanglang)
- YB Haziq Asyraf (ADUN Beseri)
- YB Ustaz Azmir Azizan (ADUN Santan)
- YB Ustaz Asrul Aimran (ADUN Kayang)
- YB Haji Razali Saad (ADUN Simpang 4)

serta individuΒ² yg lain di atas sumbangan dan sokongan yang telah diberikan bagi menjayakan program ini.

.0

Semoga segala sumbangan ini diberkati dan menjadi asbab kebaikan berterusan.

Photos from ARC Perlis (Alternative Riding Club)'s post 01/05/2026

1 Mei 2026 | Jumaat

Alhamdulillah, konvoi Kembara Ilmu ARC Perlis 2.0 telah bermula pada petang kelmarin dengan penuh semangat kebersamaan.

Rombongan telah singgah bermalam di Darul Hadis, Baling, Kedah. Pihak ARC Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PAS Kawasan Baling atas layanan baik serta penyediaan penginapan sepanjang persinggahan kami. Sebagai tanda ingatan dan penghargaan, pihak ARC Perlis turut menyampaikan cenderahati kepada tuan rumah.

Pagi ini, seramai 26 peserta konvoi telah selamat meneruskan perjalanan menuju ke Negeri Terengganu bagi meneruskan misi kembara ilmu.

Semoga perjalanan ini dipermudahkan dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Update Terkini‼️‼️
12.40 hrs
Konvoi telah bergerak dari RnR Banjaran Titiwangsa

.0

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Jalan Stadium Utama
Kangar
01000