DACS Perlis
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from DACS Perlis, Community Organization, Kangar.
08/02/2026
DACS Perlis Mengucapkan Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Kayuhan Ukhuwah Ummah Siri 2 yang bermula di Pusat Khidmat DUN Sanglang dengan jarak kayuhan sekitar 10 kilometer.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk menjalinkan hubungan erat antara masyarakat kampung dan pimpinan setempat, di samping mempereratkan ukhuwah serta semangat perpaduan dalam kalangan ummah melalui aktiviti riadah yang sihat.
Program ini diserikan dengan kehadiran YB Mohd Shukri Ramli ADUN Sanglang, Yb Ustaz Azmir ADUN Santan, YB Haziq Asyraf ADUN Beseri merangkap Ketua Pemuda PAS Perlis, serta Ustaz Zul Hilmi , Mudir MADI.
Terima kasih juga kepada semua peserta, urus setia dan pihak terlibat yang memeriahkan program ini, termasuk penyediaan cabutan bertuah yang menambah kemeriahan acara.
Semoga program sebegini dapat diteruskan sebagai medium merapatkan hubungan masyarakat dan pimpinan demi kesejahteraan bersama.
05/02/2026
๐ดโโ๏ธ KAYUHAN UKHWAH UMMAH 2.0 ๐ดโโ๏ธ
DACS (Department of Arts, Culture & Sport) dengan sukacitanya menjemput seluruh peminat sukan berbasikal dan orang ramai untuk menyertai Program Kayuhan Ukhwah Ummah Siri 2.0.
Program ini dianjurkan bagi menggalakkan gaya hidup sihat di samping mengeratkan silaturrahim serta memupuk semangat ukhwah dalam kalangan peserta.
๐ Tarikh: 7 Februari 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 8.00 pagi
๐ Tempat Berkumpul: Pusat Khidmat Adun Sanglang
๐ Tarikan Program:
Pelbagai hadiah menarik menanti para peserta yang turut serta dalam kayuhan ini.
๐ฒ Pendaftaran:
Untuk pendaftaran, sila sertai kumpulan WhatsApp melalui pautan berikut:
๐ https://chat.whatsapp.com/GnZANn4g08qAmJnLnqwH1C?mode=gi_t
Ayuh kita jayakan Kayuhan Ukhwah Ummah 2.0 โ kayuh santai, badan sihat, ukhwah erat ๐ค๐ดโโ๏ธ
25/01/2026
๐ดโโ๏ธ KAYUHAN UKHWAH UMMAH SIRI 1๐ดโโ๏ธ
Alhamdulillah, program Kayuhan Ukhwah Ummah anjuran DACS Perlis telah berjaya menghimpunkan para peserta dalam suasana penuh ukhwah dan kesegaran pagi.
Kayuhan bermula dari Rumah Bang Din, seterusnya peserta berhenti untuk sarapan pagi di Taman Rekreasi Sungai Jernih. Selepas itu, kayuhan diteruskan kembali ke Rumah Bang Din sebagai penamat program dengan jarak keseluruhan dianggarkan 16 kilometer.
Program ini turut dimeriahkan dengan sesi penutup serta cabutan bertuah di Rumah Bang Din sebagai tanda penghargaan kepada para peserta yang mengambil bahagian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YB Ustaz Azmir, YB Haziq,YB kak wan serta YB Rushdan atas tajaan hadiah cabutan bertuah yang telah menyemarakkan lagi program ini.
Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha mengeratkan silaturahim, menyemai gaya hidup sihat dan memperkukuhkan ukhwah dalam masyarakat.
24/01/2026
Terima Kasih YB Ustaz Azmir Support program Anak Muda Kayuhan Ukhuwah Ummah Siri 1..
16/01/2026
๐ดโโ๏ธ JOM SERTAI KAYUHAN UKHUWAH ๐ดโโ๏ธ
DACS Perlis menjemput seluruh komuniti untuk bersama-sama menyertai Kayuhan Ukhuwah, satu program berbasikal santai bagi menyemai gaya hidup sihat serta mengeratkan silaturahim.
๐ Tarikh: 24 Januari 2026 [SABTU]
โฐ Masa: 8.00 pagi
๐ Tempat:
Kampung Pokok Sena 3, Jalan Kubang Perun,Chuping.
(Rumah Bang Din)
https://maps.app.goo.gl/ii2wE67oD65KtGux6?g_st=ic
โจ Tarikan program:
โ
Pendaftaran percuma
โ
Cabutan bertuah
โ
Kayuhan santai, terbuka kepada semua
Ayuh kita mengayuh bersama demi kesihatan dan ukhuwah ๐ค๐ดโโ๏ธ
๐ฒ PENDAFTARAN:
Sila sertai melalui pautan WhatsApp berikut:
๐ https://chat.whatsapp.com/GnZANn4g08qAmJnLnqwH1C
Kayuhan Sihat, Eratkan Ukhuwah.
14/01/2026
Satu Majlis, Satu Tekad: Membebaskan Al-Quds dengan Kesedaran dan Solidariti.
Semua dijemput beramai-ramai hadir ke Majlis Pelancaran Minggu Al-Quds Sedunia 2026, Al-Quds & Gaza ; Aspirasi Kian Hampir di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, Terengganu.
Pada 16 Januari 2026, bermula jam 9:00 pagi hingga 11:30 malam.
โ๐๐ข๐ง๐ ๐ ๐ฎ ๐๐ฅ-๐๐ฎ๐๐ฌ ๐๐๐๐ฎ๐ง๐ข๐: ๐๐ฎ๐๐ซ๐ ๐๐ข๐ญ๐, ๐๐จ๐ค๐จ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ข๐ญ๐โ
14/01/2026
[BARISAN KEPIMPINAN PENGARAH DACS N***R PERLIS]
Memperkenalkan barisan kepimpinan Pengarah DACS Negeri bagi sesi 2025/2027.
Semoga setiap langkah yang diatur sentiasa diiringi dengan nusrah Allah SWT dan dipermudahkan segala gerak kerja yang akan dilaksanakan sepanjang kepimpinan sesi kalini.
Siiru 'ala barakatillah
09/12/2025
*FUN WALK PANORAMA BUKIT KUKUS - JOM SIHAT DUN SANTAN* ๐๏ธ
๐๏ธ Tarikh : *13/12/2025 | SABTU*
โฐ Jam : *7.30 PAGI [PENDAFTARAN]*
๐๏ธ Tempat : *DEWAN PENGHULU JAAFAR*
Lokasi Google Maps๐
https://maps.app.goo.gl/QbRcaFSLE2NWVEXr5
๐ โข _Pernyertaan_ *TERHAD 200 Orang Terawal*
๐๏ธ โข _Yuran_ - *MASUK PERCUMA*
๐ Pelbagai Cabutan Bertuah Disediakan ๐
๐ฒ_Untuk Penyertaan Sila Hubungi_ :
โข wasap.my/601158615729 - Hanif
โข http://wasap.my/+60134578121 - Aiman
02/12/2025
Alhamdulillah, Program โJom Ragaih Bukit Cenderawasih (Gua Sami)โ anjuran DACS Perlis telah berjaya dilaksanakan dengan meriah pagi tadi!
Program yang bermula seawal 7.30 pagi ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada para peserta yang hadir bagi menghayati aktiviti riadah sambil mengeratkan ukhuwah di puncak bukit.
Turut bersama memeriahkan program ini ialah YB Haziq Asyraf, ADUN Beseri merangkap Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis, yang turut serta mendaki serta beramah mesra dengan para peserta.
Selesai pendakian, para peserta diraikan dengan jamuan pagi serta cabutan bertuah sebagai tanda penghargaan atas penyertaan mereka.
โธป
Setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih
di atas sumbangan dan sokongan padu yang diberikan oleh:
1. YAB Tuan Syukri Ramli โ Menteri Besar Perlis
2. YB Wan Badariah โ ADUN Mata Ayer
3. YB Ustaz Azmir โ ADUN Santan
4. YB Ustaz Asrul Aimran โ ADUN Kayang
5. YB Ustaz Ridzuan โ ADUN Guar Sanji
6. YB Haji Baharuddin โ Senator
7. Tuan Azizisyam โ Ahli Majlis Perbandaran Kangar Kawasan Bintong
Sumbangan dan sokongan tuan-tuan amat kami hargai dalam menjayakan program hari ini.
โธป
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir. Semoga usaha seperti ini terus memupuk gaya hidup sihat serta menyatukan anak muda Perlis dalam program bermanfaat.
02/12/2025
๐ง๏ธ MISi SERVICE & START ( SNS) ARC MALAYSIA : SERVIS MOTOR MANGSA BANJIR ๐ง
๐ โSatu infaq kecil, besar maknanya untuk mereka kembali bergerak.โ
Ramai mangsa banjir kehilangan kenderaan utama โ motor rosak, enjin tenggelam, tak dapat digunakan.
Justeru, kami ARC MALAYSIA melancarkan Misi Servis Motor Banjir bagi membantu mereka memperbaiki motosikal secara PERCUMA.
๐ Sumbangan anda diperlukan untuk:
โ
Minyak enjin
โ
Servis asas (plug, filter, brake)
โ
Upah teknikal
โ
Alat ganti asas
โ
Peralatan pembersihan enjin
๐คฒ Jom bersama ringankan beban mereka.
Setiap RM5 ,RM10, RM20 atau RM50 sangat bermakna untuk memastikan motosikal mereka kembali boleh digunakan.
๐ฅ Salurkan Infaq ke:
๐ฆ Nama Bank: CIMB
๐ณ No. Akaun : 8602932563
๐ Rujukan: Servis Motor Banjir
๐ Untuk maklumat lanjut: [Nama : Asmawi
No tel - 01118618363]
๐ Lokasi operasi: Perlis
๐ Ayuh bantu mereka kembali bergerak, mencari rezeki & mengurus keluarga selepas banjir.
Semoga Allah gandakan pahala para penginfaq.
09/11/2025
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ | DACS FT vs MATA AYER FC โฝ๏ธ
Perlawanan persahabatan petang ini mempertemukan pasukan DACS FT menentang Mata Ayer FC dalam suasana penuh semangat dan ukhuwah. Kedua-dua pasukan menampilkan aksi bertenaga sejak wisel pertama, diserikan dengan sorakan penyokong tegar di tepi padang. ๐ช๐ฅ
Selain medan persaingan di atas padang, perlawanan ini juga menjadi ruang memperkukuh silaturahim antara komuniti setempat dan anak muda yang berkongsi minat sama dalam sukan bola sepak.
Syabas buat kedua-dua pasukan atas semangat kesukanan yang tinggi! ๐
08/11/2025
๐ JOM RAGAIH BUKIT CENDERAWASIH (GUA SAMI)! ๐
DACS Perlis dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis menjemput semua sahabat untuk bersama-sama dalam program riadah santai:
๐
Sabtu | 22 November 2025
โฐ 7.30 pagi
๐ Bukit Cenderawasih (Gua Sami)
โจ โLangkah Ukhuwah, Puncak Hikmahโ
Ayuh kita bina ukhuwah sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah.
๐ฝ๏ธ Sarapan pagi disediakan
๐ Cabutan bertuah hadiah eksklusif untuk dimenangi!
Jom pakat turun ramai-ramai, gerak awal, sihat badan, eratkan persaudaraan! ๐ช๐ฟ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kangar
01000