KPDN Perlis
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perlis
17/06/2026
Sedang berlangsung Program Jualan RAHMAH MADANI Premis bagi Parlimen Kangar di Pasaraya Seri Utama, Kuala Perlis.
Jemput mai beramai-ramai kepada semua yang berdekatan. Masa Jualan mengikut waktu premis.
17/06/2026
๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก๐!! ๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐ฃ๐๐ก๐จ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐จ๐๐ฅ
Korang yang bulan lepas mungkin sibuk atau terlupa sampai terlepas nak follow tiap episod drama KITA PENGGUNA : Suara Kita Kuasa Kita tu... Meh sini! ๐
โDah tak payah penat-penat skrol nak 'catch up' cari episod 1, episod 2 sampai episod 30 lagi. Kami dah siap satukan semua episod jadi satu video penuh terus!
โBoleh layan video penuh ni hanya di pautan ni๐ซ๐
https://youtu.be/zf263RUfBVQ
๐๐ฎ๐ต ๐๐ผ๐ป๐๐ผ๐ป ๐ท๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐น๐๐ฝ๐ฎ ๐น๐ถ๐ธ๐ฒ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ต๐ฎ๐ฟ๐ฒ ๐๐ฎ๐. ๐๐ฎ๐ด๐ถ ๐ฏ๐ฒ๐๐ ๐ธ๐ผ๐บ๐ฒ๐ป, ๐ฎ๐ฝ๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ธ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐ฏ๐ฒ๐น๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฑ๐ฟ๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ป๐ถ ? ๐ซถ
16/06/2026
๐ Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H ๐
Madani Dihayati, Ummah Diberkati
Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan semangat baharu dalam berkhidmat serta berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga kerja Pejabat KPDN Negeri Perlis.
16/06/2026
SALAM MAAL HIJRAH 1448H
Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan lembaran baharu dalam kalendar Islam. Kehadiran 1 Muharam bukan sekadar menandakan pertukaran tahun, tetapi mengingatkan kita kepada sebuah peristiwa agung yang mengubah perjalanan sejarah umat Islam.
Semangat hijrah menuntut kita untuk sentiasa melangkah ke hadapan, meninggalkan kelemahan, memperkukuh kekuatan dan berusaha menjadi insan yang lebih baik daripada hari semalam.
Marilah kita memanfaatkan tahun baharu ini untuk memperbaharui tekad, memperkukuh keimanan serta meningkatkan usaha dalam berkhidmat kepada masyarakat dan negara.
Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan, kesejahteraan dan rahmat-Nya kepada kita semua.
โMadani Dihayati, Ummah Diberkatiโ
16/06/2026
SIARAN WAWANCARA BERTAJUK KEMPEN PEMULIHAN: SSM TAWAR PENGURANGAN KOMPAUN HINGGA 98.75% DI ASTRO AWANI
Saksikan wawancara Agenda AWANI di Astro AWANI bersama Puan Norhaiza Jemon, Pengarah Bahagian Pematuhan Korporat SSM, bagi mendalami topik "Kempen Pemulihan: SSM Tawar Pengurangan Kompaun hingga 98.75%" pada 16 Jun 2026 (Selasa), jam 9.00 malam.
Wawancara ini boleh ditonton secara siaran langsung di saluran Astro AWANI, 501 atau menerusi Live TV Astro AWANI di www.astroawani.com/video-terkini.
16/06/2026
SSM BERI TAKLIMAT SEMPENA PROGRAM KESEDARAN BERSAMA PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL KENINGAU, SABAH.
Keningau, 16 Jun 2026 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Sabah telah menganjurkan Program kesedaran bersama pelajar Kolej Vokasional Keningau pada 8 Jun 2026.
Program ini bertujuan untuk memberi pengenalan fungsi dan perkhidmatan SSM selaku pengawal selia korporat serta menggalakkan semangat keusahawanan di kalangan generasi muda dan membantu dari segi kesediaan dalam menceburi dunia keusahawanan pada masa akan datang.
Taklimat yang telah dihadiri seramai 240 pelajar Kolej Vokasional Keningau yang bertajuk Jenis Entiti Perniagaan di Malaysia serta Produk & Perkhidmatan SSM dan "Scam Alert" ini telah disampaikan oleh Puan Roscidah Mahmud, Eksekutif Seksyen Operasi SSM Sabah.
SSM Sabah juga telah membuka kaunter khidmat nasihat kepada para peserta serta memberi kesedaran akan fungsi SSM sebagai badan pendaftar dan penguatkuasaan Akta Syarikat 2016, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 dan Akta Perniagaan 1956 serta mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh SSM.
16/06/2026
MAKLUMAN - PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN
16/06/2026
MAKLUMAN: PENUTUPAN PORTAL SSM XCESS - KJAKP
16/06/2026
TARIKH AKHIR SERAH SIMPAN DOKUMEN
Pengguna disarankan menyelesaikan semua urusan serah simpan dokumen melalui MyCoID, e-Secretary dan kaunter sebelum tarikh akhir bagi mengelakkan sebarang gangguan.
Tarikh akhir:
18 Jun 2026: Kaunter Pejabat Negeri SSM Kedah, Terengganu dan Kelantan
19 Jun 2026: MyCoID, e-Secretary dan kaunter Ibu Pejabat, Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Johor Bahru, Perak, Sabah dan Sarawak
Maklumat lanjut mengenai sistem ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di 03-7721 4000 atau e-mel ke [email protected].
16/06/2026
LANGKAH PEMBAHARUAN PERNIAGAAN
Perbaharui perniagaan anda dengan mudah melalui SSM4U. Log masuk dan ikuti tujuh langkah mudah untuk melengkapkan proses pembaharuan perniagaan anda.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Lot 20066, Tanjung Gorah, Mukim Sena
Kangar
01000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |