AADK Perlis
Laman FB Rasmi AADK Negeri Perlis
12/06/2026
CERAMAH PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT SMK SYED HUSSEIN
ARAU - 12 Jun 2026 | Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis telah memenuhi jemputan daripada SMK Syed Hussein untuk menyampaikan Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid lelaki Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 yang berlangsung di Bilik Seminar sekolah tersebut bermula jam 8.30 pagi hingga 10.10 pagi.
Ceramah bertajuk "Remaja Bijak, Jauhi Rokok dan Dadah" telah disampaikan oleh pegawai AADK Negeri Perlis dengan objektif meningkatkan kesedaran murid mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, rokok dan v**e serta membentuk jati diri yang positif dalam kalangan remaja.
Sepanjang sesi, para peserta turut didedahkan dengan senario semasa penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja, faktor-faktor yang mendorong penglibatan dalam gejala tersebut serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diamalkan. Penekanan turut diberikan kepada kepentingan memilih rakan yang baik, mengisi masa dengan aktiviti berfaedah dan berani berkata tidak kepada pengaruh negatif.
Program ini diharapkan dapat melahirkan generasi muda yang lebih berpengetahuan, berdaya tahan dan mampu membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi cabaran kehidupan, selaras dengan aspirasi mewujudkan masyarakat yang bebas daripada dadah.
Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
12/06/2026
AADK BANTU JAS PERLIS PERKASA USAHA TEMPAT KERJA BEBAS DADAH
JUMAAT, 12 Jun 2026 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melaksanakan Program “Keep JAS Clean” di Pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis bermula jam 8.30 pagi hingga petang. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis, Encik Jamal Affendy bin Shahar.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap bahaya penyalahgunaan dadah serta memperkukuhkan budaya kerja berintegriti dan bebas dadah. Dalam sesi taklimat tersebut, AADK telah berkongsi senario semasa penyalahgunaan dadah di Malaysia yang masih menjadi ancaman serius kepada kesejahteraan masyarakat dan produktiviti organisasi. Peserta turut didedahkan dengan trend semasa penyalahgunaan dadah, faktor risiko serta kepentingan tindakan pencegahan dan intervensi awal bagi mengelakkan penglibatan warga kerja dalam gejala tersebut.
Selain itu, AADK turut memberikan penerangan mengenai pelaksanaan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) yang membantu organisasi membangunkan persekitaran kerja yang sihat, selamat dan produktif melalui pendekatan pendidikan, pencegahan, pengesanan serta intervensi awal. Inisiatif ini dapat membantu JAS Negeri Perlis memperkukuhkan usaha mewujudkan budaya kerja yang berintegriti dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.
Diharapkan kerjasama strategik antara AADK dan JAS ini dapat terus diperkasakan dalam usaha melahirkan warga kerja yang sejahtera, berintegriti dan bebas dadah.
Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
12/06/2026
"Tidak ada iman bagi orang yang tidak amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menunauikan janji."
(Hadis Riwayat Ahmad)
Marilah kita bersama-sama memperkasakan jati diri dengan sifat amanah dalam apa jua tugasan yang digalas.
Teras kejayaan dan kredibiliti sesebuah organisasi bermula daripada nilai integriti yang dijunjung tinggi oleh setiap warganya.
Ikhlas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan
KementerianDalamNegeri
Saifuddin Nasution Ismail
DATO' DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
11/06/2026
KUNJUNGAN HORMAT DAN SESI PERBINCANGAN BERSAMA FELDA WILAYAH ALOR SETAR, KEDAH
Alor Setar, Kedah | 11 Jun 2026
Satu sesi kunjungan hormat dan perbincangan telah diadakan bersama pengurusan FELDA Wilayah Alor Setar yang dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah FELDA Wilayah Alor Setar, Puan Rohana Binti Abu Bakar. Sesi ini turut dihadiri oleh Pengarah AADK Negeri Perlis, Tuan Mohamad Zaki Farkhi Bin Ahmad, bersama pegawai-pegawai AADK Negeri Perlis dalam usaha memperkukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi.
Pihak AADK turut membentangkan peranan dan fungsi agensi serta memperkenalkan Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) dan Program Kayuhan Berinformasi yang akan berlangsung pada 30 Jun 2026. Dalam perbincangan tersebut, FELDA Mata Air, Padang Besar, Perlis telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan program berkenaan sebagai langkah memperkukuhkan kesedaran komuniti ke arah gaya hidup sihat dan bebas dadah.
Perbincangan yang berlangsung dalam suasana positif ini telah membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat antara AADK dan FELDA. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut dan mesyuarat susulan bagi memperincikan bentuk kolaborasi yang akan dilaksanakan.
Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
Setiap langkah, setiap percubaan itu yang akan menjadikan kamu lebih baik.
11/06/2026
11/06/2026
10/06/2026
09/06/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Address
Tingkat 5 Bangunan Persekutuan Kangar, Persiaran Jubli Emas
Kangar
01000
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 17:30 |
| Tuesday | 07:30 - 17:30 |
| Wednesday | 07:30 - 17:30 |
| Thursday | 07:30 - 17:30 |
| Friday | 07:30 - 17:30 |