CHA HABAQ
Tempat kita kongsi cerita
La musim parti2 politik pakat duk asah tarin. Bukan tarin ja.. Gigi kacip pun pakat kikiaq..
05/06/2026
Siri Input Leteran CHA HABAQ
Bila TV pun ada waktu tidur...
Anak-anak zaman sekarang mungkin tak pernah merasa zaman televisyen ditutup pada tengah malam.
Dulu, selepas lagu Negaraku dimainkan, siaran TV tamat. Skrin jadi gelap. Esok pagi atau petang barulah siaran bermula semula.
Masa itu, media ada hadnya.
Nak tengok TV pukul 2 pagi? Memang tak boleh.
Hari ini semuanya berbeza.
TV bersiaran 24 jam. YouTube tak pernah tutup. TikTok sentiasa ada video baharu. LIVE berlangsung siang dan malam tanpa henti.
Teknologi memang memudahkan hidup, tetapi satu perkara yang semakin hilang ialah batas masa.
Sepanjang cuti sekolah ini, berapa ramai anak yang masih bermain telefon pada pukul 12 malam?
Berapa ramai yang masih menonton video pada pukul 1 atau 2 pagi?
Kadang-kadang masalahnya bukan pada telefon atau internet, tetapi kerana tiada lagi "waktu tidur media" seperti yang pernah wujud suatu ketika dahulu.
Mungkin sudah tiba masanya ibu bapa mewujudkan satu peraturan mudah di rumah.
📱 Telefon disimpan sebelum tidur.
📺 TV ditutup pada waktu tertentu.
😴 Semua orang berehat secukupnya.
Bukan untuk menghukum anak-anak, tetapi untuk menjaga kesihatan, emosi dan perkembangan mereka.
Dulu TV pun ada waktu tidur.
Mungkin sekarang giliran media sosial p**a ada waktu tidurnya.
Setuju atau tidak?
Lepas Johor, N9 p**a bubar DUN berkuatkuasa Jumaat ni..
Perlis paling lambat tahun depan kena bubar. Paling cepat? Tak tau la..
03/06/2026
Quote of The Day
27/05/2026
Salam Aidiladha buat semua sahabat CHA HABAQ
26/05/2026
Since min2 yg lain balik kampung, Min yg sorang ni kena post gambar2 menarik Majlis Kilauan Cahaya @ Istana Arau 2026 daripada followers. So min simpan sini untuk kenangan.
By da way Selamat Hari Raya Aidiladha buat followers yang beragama Islam.
16/05/2026
🌊 Waspada Air Pasang Tinggi di Perlis Mei ini
Orang Perlis terutama kawasan pesisir pantai diminta lebih berjaga-jaga susulan fenomena air pasang tinggi dijangka berlaku pertengahan Mei ini.
📌 Antara tarikh kritikal:
▪️ 16 Mei – 3.4 meter (12.14 tengah hari)
▪️ 17 Mei – 3.5 meter (12.53 tengah hari) paras tertinggi
▪️ 18 Mei – 3.4 meter (1.35 petang)
⏰ Kebanyakan fenomena berlaku sekitar 11.37 pagi hingga 3.01 petang.
🌊 Paras purata air dijangka sekitar 3.1 hingga 3.4 meter dengan kemuncak tertinggi mencecah 3.5 meter.
⚠️ Penduduk kawasan rendah, nelayan dan pengunjung pantai dinasihatkan sentiasa peka dengan keadaan semasa serta elakkan aktiviti berisiko berhampiran pesisir laut ketika waktu kemuncak air pasang.
15/05/2026
Kita akan berdepan tiupan angin baratan kencang mulai 15 Mei. Berpotensi membentuk garis badai dengan angin kencang dan laut bergelora di peraiaran utara Semenanjung. Hati-hati semua.
14/05/2026
Orang awam dinasihatkan supaya tidak panik apabila mendengar bunyi siren pada tarikh dan masa yang dimaklumkan.
MAKLUMAN!!!
LATIHAN UJI LARI SIREN SISTEM AMARAN AWAM (PWS)
14 MEI 2026 | KHAMIS | 3.00 PTG - 5.00 PTG
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
NEGERI PERLIS
Antara fungsi-fungsi Siren PWS ini adalah seperti berikut :-
1. Memberi 𝗔𝗠𝗔𝗥𝗔𝗡 awam mengenai ancaman serangan udara dan peperangan
2. Memberi 𝗔𝗠𝗔𝗥𝗔𝗡 awam mengenai ancaman bencana, kecemasan dan ketenteraman awam
3. Medium 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛 dan 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞 orang awam mengambil tindakan sewajarnya dalam situasi diperlukan
4. Membuat 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗨𝗠𝗔𝗡 dan pemberitahuan awam
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Pejabat SUK Perlis
PerlisAktif
APM Kangar
APM PADANG BESAR
APM Arau, Perlis
APM Kuala Perlis
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kangar
01000