salihahismail.pgbo

salihahismail.pgbo

Share

Public Gold Business Owner Sofee Store kedai online anda

Photos from salihahismail.pgbo's post 19/05/2026

𝟭𝟬 π——π—œπ—‘π—”π—₯ 𝗩𝗦 𝟭𝟬 π—šπ—₯𝗔𝗠

10 Dinar tidak sama dengan 10 gram tau. Jangan keliru!

🟑 10 DINAR (Public Gold)

Bentuk: Bulat dengan motif seni Islamik yang sangat eksklusif di bahagian belakang.

Berat: 42.5 gram.

Nilai Semasa: Sekitar RM26,797 sekeping.

Fakta Menarik: Saiz dan beratnya adalah 4 kali ganda lebih besar berbanding gold bar 10g biasa.

🟨 10 GRAM (Public Gold)

Bentuk: Segi empat tepat (Gold Bar).

Pilihan Design: Ada rekaan ikonik Bunga Mas dan Taifook.

Nilai Semasa: Sekitar RM6,317 sekeping.

πŸ’‘ Apa yang anda boleh buat dengan emas-emas ini?

2 Keping 10 Dinar: Nilainya dah cukup sangat untuk menampung kos sebuah majlis perkahwinan yang sederhana. Malah, ia juga cukup untuk dijadikan deposit rumah yang berharga RM400,000! 🏠✨

1 Keping 10 Gram: Sangat ideal sebagai simpanan fizikal yang mampu milik. Saiznya yang kecil memudahkan anda untuk cairkannya dengan menjual apabila memerlukan tunai kecemasan nanti.

🎯 Yang Paling Penting:
Mesti Ada Tujuan Simpanan. Nak menyimpan emas tak perlu tunggu modal yang besar. Melalui Akaun GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold, semuanya jadi super mudah:

βœ… Boleh simpan sikit-sikit ikut bajet (dalam bentuk gram).
βœ… Tiada caj simpanan tersembunyi.
βœ… Tiada komitmen bulanan yang membebankan.

Apa yang anda perlukan hanyalah konsisten menyimpan sehingga sasaran anda tercapai! πŸ’ͺ

πŸš€ Bersedia Untuk Mula Menabung Nak mula menabung emas dengan ilmu? Jom saya kongsikan ilmu dan pengetahuan tentang emas di sini πŸ‘‡

https://publicgoldofficial.com/app/ebook/salihahismail

Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

Salihah Ismail
PG00657689
https://publicgoldofficial.com/salihahismail

18/05/2026

𝗙𝗒π—₯π— π—¨π—Ÿπ—” π—žπ—”π—¬π—” π—¬π—”π—‘π—š π—¦π—˜π—•π—˜π—‘π—”π—₯

Orang yang berpendapatan RM1,700 sering menganggap mereka yang bergaji RM10,000 jauh lebih kaya. Manakala, yang bergaji RM10,000 p**a melihat orang berpendapatan RM50,000 sebulan sebagai jutawan.

Secara matematiknya ya, orang yang bergaji besar kelihatan kaya. Namun, formula kekayaan yang sebenar adalah:

πŸ‘‰ (Tabungan + Aset) - Hutang = Kekayaan Sebenar

Ini bermakna, untuk membina kekayaan tulen, fokus kita mestilah kepada meningkatkan simpanan, mengumpul aset bermanfaat, dan meminimalkan atau melangsaikan hutang dengan kadar yang segera.

Kekayaan sebenar tidak diukur pada berapa besar gaji bulanan anda, tetapi berapa lama anda boleh bertahan hidup jika gaji tersebut terhenti pada hari ini.

Jika anda rasa sesak dan berat untuk mula menyimpan sekarang, itu adalah isyarat jelas bahawa anda perlu mencari jalan untuk menambah pendapatan bagi mewujudkan lebihan tunai.

Pakar Kewangan Malaysia, Tuan Azizi Ali pernah berkata:
"Kemahiran paling kritikal waktu ini adalah memiliki Multiple Streams of Income (MSI). Kita tidak lagi boleh bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Belajarlah untuk membina pendapatan kedua, ketiga, dan seterusnya".

Sambil menambah pendapatan, teruskan membina tabungan walaupun sedikit. Mulakan hanya dengan sekecil RM1, kemudian beralih kepada tabung jangka pendek seperti insurans kenderaan, dana kecemasan, atau persiapan perayaan.
Keajaiban simpanan akan mula kelihatan apabila anda terus konsisten menabung.

Hentikan alasan, mulakan tindakan hari ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Nak mula menabung emas dengan ilmu? Jom saya kongsikan ilmu dan pengetahuan tentang emas di sini πŸ‘‡

https://publicgoldofficial.com/app/ebook/salihahismail

Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

Salihah Ismail
PG00657689
https://publicgoldofficial.com/salihahismail

14/05/2026

𝟭𝟬 π—£π—˜π—₯π—œπ—‘π—¦π—œπ—£ π—žπ—˜π—ͺπ—”π—‘π—šπ—”π—‘

Anda kerja bertahun-tahun tapi masih lagi hidup "kais pagi makan pagi", sudah sampai masanya untuk bertindak. Tiada jalan pintas, tapi dalam 5–10 tahun, hidup anda boleh berubah secara menyeluruh.

Gunakan 10 formula ini:

1. Paksa Simpan 10%: Jadikan ia kewajipan setiap kali gaji masuk.

2. Simpan Dulu, Belanja Baki: Jangan tunggu duit lebih, sebab duit takkan pernah lebih.

3. Hidup Bawah Kemampuan: Elakkan gaya hidup "ikut kawan" atau "ikut kemahuan".

4. Hutang Hanya Jika Terdesak: Elakkan hutang baru kecuali untuk keperluan asas yang kritikal.

5. Ansuran = Belum Mampu: Jika tak boleh beli tunai, bermakna anda belum layak. Simpan sampai cukup.

6. Tabung Cemas Sebelum Pelaburan: Pastikan ada simpanan 6–12 bulan gaji sebelum mula melabur.

7. Labur Pada Ilmu: Baca buku dan hadir seminar. Ilmu adalah pelindung paling ampuh daripada kerugian.

8. Pilih 'Circle' Positif: Bergaul dengan mereka yang obses bebas hutang dan bina aset.

9. Pelbagaikan Income: Jangan bergantung pada satu sumber. Cari jalan tambah pendapatan untuk besarkan tabungan.

10. Gaji Naik, Tabungan Naik: Bila pendapatan bertambah, simpan lebih. Jangan tambah hutang baru.

Nota Penting: Selagi ada kudrat, selagi tu belum terlambat. Mulakan perkara betul hari ini, nikmati hasilnya 5 ke 10 tahun lagi.

Nak mula menabung emas dengan ilmu? Jom saya kongsikan ilmu dan pengetahuan tentang emas di sini πŸ‘‡

https://publicgoldofficial.com/app/ebook/salihahismail

Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

Salihah Ismail
PG00657689
https://publicgoldofficial.com/salihahismail

08/05/2026

π—π—¨π—”π—Ÿ π—˜π— π—”π—¦ π——π—œ 𝗠𝗔𝗑𝗔 π—Ÿπ—˜π—•π—œπ—› π—¨π—‘π—§π—¨π—‘π—š?

Ramai yang bertanya, Mana lebih untung: jual balik emas terus melalui apps, atau keluarkan fizikal dahulu baru jual?

Satu perkara yang anda perlu fahami, setiap kali anda menjual emas (tidak kira di mana), akan wujud Spread (selisih harga).

Semakin rendah peratusan spread, semakin tinggi keuntungan yang anda dapat.

Bagi penyimpan akaun emas GAP (Gold Accumulation Program), anda ada 3 pilihan utama:

1️⃣ Jual Terus Melalui Apps (Buyback Online)
* Ini adalah cara paling mudah. Anda jual baki gram dalam akaun terus secara digital.
Spread: Tetap pada kadar 9%.
Kelebihan: Pantas, tidak perlu simpan emas fizikal, dan duit terus masuk ke dalam akaun bank.

2️⃣ Jual Emas Fizikal di Cawangan Public Gold.
* Jika anda sudah keluarkan emas fizikal (gold bar/dinar), anda boleh terus jual semula di mana-mana cawangan Public Gold.

Kadar spread bergantung kepada saiz item seperti di bawah:

Bawah 10g: 9%
20g: 8%
50g: 7.5%
100g: 7%
1kg: 6% (Paling untung!)

Kesimp**annya: Lagi besar gram fizikal yang anda jual, lagi rendah spread, maka lagi tinggilah keuntungan.

3️⃣ Jual Emas Public Gold di Kedai Emas Luar.
* Anda boleh jual di kedai emas biasa, namun ada risikonya:

Harga Belian Rendah: Kebanyakan kedai emas akan mengenakan spread yang lebih tinggi (boleh mencecah 15% - 25%) untuk jenama luar.

Faktor Tunai: Ada kedai yang tidak mahu membeli balik kerana limitasi tunai atau polisi kedai tersebut.

πŸ’‘ Tips Untuk Pelabur Emas.

Untuk keuntungan maksima, pastikan anda membeli emas daripada syarikat yang memberi Jaminan Beli Balik (Buyback Guarantee) tanpa syarat. Harga belian semula oleh syarikat pengeluar itu sendiri biasanya adalah yang tertinggi di pasaran.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Nak mula menabung emas dengan ilmu? Jom saya kongsikan ilmu dan pengetahuan tentang emas di sini πŸ‘‡

https://publicgoldofficial.com/app/ebook/salihahismail

Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

Salihah Ismail
PG00657689
https://publicgoldofficial.com/salihahismail

07/05/2026

π—”π—¦π—˜π—§ π—£π—”π—Ÿπ—œπ—‘π—š 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛 π——π—œπ—•π—˜π—Ÿπ—œ

1 buah rumah, 1 buah kereta dan 1 ekar tanah. Senang je nak beli semua ni jika ada duit. Tapi realitinya, nak beli rumah, kereta atau tanah bukan semudah pilih dan bayar. Bank akan minta macam-macam:

* Slip gaji kena cantik.
* Rekod CCRIS/CTOS kena bersih.
* Dokumen kena lengkap setebal kamus.

Kalau tiada payslip atau ada masalah kewangan (muflis), impian nak ada aset-aset seperti itu biasanya terkubur di situ sahaja.

Tapi...

BERBEZA DENGAN EMAS... ✨

Emas juga satu aset, tapi ia adalah aset paling "mesra pengguna" di dalam dunia:

βœ… Tak perlukan dokumen berlapis-lapis.
βœ… Tak perlu tunggu kelulusan bank.
βœ… Orang muflis pun boleh simpan.
βœ… Malah, bayi baru lahir pun dah boleh ada aset emas sendiri!

Cara paling mudah? Guna Akaun Emas GAP. Cuma simpan minimum RM100, anda sudah sah memiliki aset emas. Kumpul sikit-sikit, sampai masa boleh keluarkan emas fizikal sekecil 1g hingga 1kg.

Nak mula menabung emas dengan ilmu? Jom saya kongsikan ilmu dan pengetahuan tentang emas di sini πŸ‘‡

https://publicgoldofficial.com/app/ebook/salihahismail

Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

Salihah Ismail
PG00657689
https://publicgoldofficial.com/salihahismail

06/05/2026

π—¦π—˜π— π—”π—ž π—žπ—˜π—¦π—œπ—›π—”π—§π—”π—‘ π—žπ—˜π—ͺπ—”π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗔𝗑𝗗𝗔

Ramai tak sedar kewangan mereka sebenarnya sedang "SAKIT". Sebelum bertukar dari parah menjadi barah, cuba semak jika anda ada 2 tanda amaran ini:

1. Cashflow Bulanan Negatif

Ini fasa paling bahaya.

Contohnya: Gaji RM3,000, tapi belanja bulanan RM3,200.

Maknanya: Setiap bulan anda terpaksa berhutang RM200 untuk teruskan hidup.

2. Tiada Simpanan Langsung (Cashflow Neutral)

Gaji RM3,000, belanja pun RM3,000. Cukup-cukup makan sahaja.

Maknanya: Anda tiada talian hayat jika berlaku kecemasan. Hidup dalam keadaan berisiko tinggi.

Bagaimana Cara Nak Selesaikan?

Kuncinya cuma satu: Anda Wajib untuk hidup di bawah kemampuan.

Jika gaji RM3,000, jangan guna semua. Belajar hidup dengan hanya RM2,700 sahaja. Baki RM300 itu? Asingkan siap-siap sebagai simpanan.

Tips: Tukar Cara Simpanan jika anda jenis yang pantang nampak duit ada dalam bank, cuba tukar kaedah tabungan kepada menabung Emas.

Duit kertas memang dicipta untuk dibelanjakan, tetapi Emas ia diciptakan sebagai penyimpan nilai.

Dengan Public Gold, anda boleh mula menabung melalui Akaun Emas GAP hanya serendah RM100 sahaja.

Boleh kumpul gram emas sedikit demi sedikit ikut bajet sendiri. Tenteukan target sampai capai jumlah gram yang anda mahukan, kemudian anda boleh keluarkannya secara fizikal.

Nak mula menabung emas dengan ilmu? Jom saya kongsikan ilmu dan pengetahuan tentang emas di sini πŸ‘‡

https://publicgoldofficial.com/app/ebook/salihahismail

Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

Salihah Ismail
PG00657689
https://publicgoldofficial.com/salihahismail

05/05/2026

π—π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—¦π—œπ— π—£π—”π—‘ π—¦π—˜π— π—¨π—” π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—˜π— π—”π—¦

Don't put all your eggs in one basket."

Pepatah ini sangat relevan dengan pengurusan kewangan. Jika bakul itu jatuh, semua telur akan pecah. Begitu juga dengan simpanan kita, jika semua diletakkan di satu tempat, kita berisiko kehilangan segalanya apabila musibah melanda.

Strategi Urus Simpanan: Kenapa Perlu Diversify?

1. Dana Kecemasan (Tunai): Simpan sebahagian dalam bentuk yang mudah cair (cash). Ini adalah talian hayat paling pantas apabila anda dalam keadaan terdesak.

2. Emas (Pelindung Kekayaan): Simpan sebahagian lagi dalam bentuk emas. Mengapa? Kerana emas kalis inflasi dan jauh lebih mudah dicairkan berbanding hartanah.

Kenapa Emas Fizikal Penting?

Simpanan di bank, ASB, atau Tabung Haji tertakluk kepada sistem kewangan. Jika berlaku isu luar jangka seperti pembekuan akaun atau tindakan undang-undang, akses anda mungkin tersekat. Manakala emas di tangan p**a adalah aset yang anda boleh kawal sepenuhnya 100%.

Berapa Banyak Perlu Disimpan?

Pakar kewangan menyarankan antara 10% hingga 50% daripada jumlah kekayaan anda ditukarkan kepada emas.

Nak mula menabung emas dengan ilmu? Jom saya kongsikan ilmu dan pengetahuan tentang emas di sini πŸ‘‡

https://publicgoldofficial.com/app/ebook/salihahismail

Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

Salihah Ismail
PG00657689
https://publicgoldofficial.com/salihahismail

04/05/2026

π—§π—¨π—žπ—”π—₯ π—¦π—”π—œπ—­ π—˜π— π—”π—¦ π——π—œ π—£π—¨π—•π—Ÿπ—œπ—– π—šπ—’π—Ÿπ——?

Ramai yang tanya: Kalau dah kumpul 1,000 keping gold bar 1g, boleh tak nak swap jadi 1kg seketul?

​Jawapannya: TIDAK BOLEH.

​Kenapa? Ini 3 sebab utama yang anda perlu tahu:

1. Isu Barangan Ribawi

Dalam transaksi emas, kita tertakluk kepada hukum pertukaran barangan Ribawi. Emas mestilah ditukar dalam berat yang sama dan secara tunai (on the spot). Disebabkan terdapat perbezaan kos pembuatan (gold premium) antara saiz kecil dan besar, pertukaran terus (trade-in) boleh jatuh kepada hukum riba.

2. Impak Kewangan (Spread)

Melakukan pertukaran secara manual (Jual saiz kecil, beli saiz besar) akan menyebabkan penyusutan nilai simpanan anda disebabkan oleh spread (selisih harga). Sebagai contoh, anda mungkin kehilangan nilai yang agak tinggi bagi setiap 1kg emas yang ditukarkan akibat perbezaan harga belian dan jualan.

3. Strategi Melalui Akaun GAP

Langkah paling efisien untuk memiliki emas fizikal bersaiz besar adalah melalui akaun Gold Accumulation Program (GAP). Anda boleh mengumpul gram secara konsisten dan hanya melakukan pengeluaran (outright purchase) apabila jumlah gram mencapai saiz yang diingini. Ini menjimatkan kos upah dan mengelakkan kerugian spread.

Bagi yang berminat untuk membuat belian emas Public Gold, sama ada belian gold bar secara terus atau menabung di akaun emas GAP, anda boleh rujuk langkah daftar akaun Public Gold di website saya dan saya akan bimbing anda cara dan langkah-langkah simpanan emas yang terbaik untuk anda.

Salihah Ismail
PG00657689
https://www.publicgoldofficial.com/app/link/Salihahismail/register

30/04/2026

π—¦π—œπ— π—£π—”π—‘ π——π—¨π—œπ—§ 𝗔𝗧𝗔𝗨 π—˜π— π—”π—¦?

Soalan sering ditanya oleh pelanggan: "Saya ada RM30,000 tunai, emas fizikal jenis apa yang paling berbaloi untuk saya beli?

Jika anda berada dalam situasi yang sama, ini panduan ringkas untuk anda buat keputusan yang bijak:

1. Kenali Matlamat Anda Dahulu
Sebelum menukarkan tunai kepada emas, tanya diri anda: Apakah tujuan simpanan ini? Tanpa tujuan yang jelas, anda mungkin tersalah pilih jenis item yang sesuai dengan keperluan masa depan.

Strategi A: Maksimumkan Keuntungan (Simpanan Jangka Panjang)
* Jika matlamat anda adalah untuk meminimumkan kos dan mengejar keuntungan maksimum, saya sarankan ambil Gold Bar 50 Gram (anggaran nilai RM30000–RM32000).

Sebab: Kadar spread (selisih harga) lebih rendah dan kos gold premium lebih murah berbanding membeli kepingan kecil secara berasingan. Ini adalah cara terpantas untuk anda cepat untung apabila harga emas naik.

Strategi B: Dana Pendidikan atau Kecemasan (Fleksibiliti)

* Jika simpanan ini untuk kegunaan anak-anak atau dana kecemasan, lebih baik ambil Gold Bar 5 Gram sebanyak 10 keping atau kombinasi antara 5g,10g dan 20g.

Sebab: Lebih fleksibel. Jika anda perlukan sedikit tunai, anda hanya perlu jual atau pajak beberapa keping sahaja tanpa perlu "mencairkan" keseluruhan simpanan anda.

Kesimp**annya, emas fizikal bukan sekadar pelaburan. Ianya adalah pelindung kekayaan. Namun, instrumen yang betul bergantung kepada strategi anda.

Ingin mulakan simpanan emas dengan bimbingan profesional?
Saya sedia membantu anda mulakan langkah pertama bersama Public Gold tanpa sebarang caj bimbingan.
βœ… Pendaftaran adalah PERCUMA.
βœ… Mulakan serendah RM100 untuk aktifkan akaun emas anda.
Klik pautan dibawah atau hantar mesej (DM) untuk saya bantu rancang simpanan anda hari iniπŸš€

Salihah Ismail
PG00657689
https://www.publicgoldofficial.com/Salihahismail

29/04/2026

π—•π—˜π—­π—” π—šπ—’π—Ÿπ—— 𝗕𝗔π—₯ 𝟱 π—šπ—₯𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗑 𝟭 π——π—œπ—‘π—”π—₯

Ramai yang keliru nak pilih mana satu untuk simpanan. Jom kita bedah sikit beza antara Gold Bar 5g dan 1 Dinar:

βœ… Ketulenan: Dua-dua sama padu! Emas 999.9 (24K).

βš–οΈ Berat: Gold Bar (5.00g)
1 Dinar (4.25g).
Beza antara keduanya hanya 0.75g sahaja.

πŸ’° Harga: Gold Bar 5g lebih tinggi sikit harganya (sekitar RM3,100) berbanding 1 Dinar (sekitar RM2,600) sebab ia lebih berat.

Mana satu nak pilih?

Kalau anda s**a design petak yang nampak moden, ambil 5g. Kalau anda s**a aura klasik dan sejarah syiling Islam, 1 Dinar adalah jawapannya.

Bajet tak cukup?

Jangan risau! Tak perlu tunggu ada RM3,000 baru nak mula. Anda boleh kumpul emas sikit-sikit (serendah RM100) dalam Akaun Emas GAP. Bila dah cukup gram dalam akaun, baru kita "withdraw" keluar jadi emas fizikal yang cantik ditangan.

Item kecil tapi nilainya tinggi! Jauh lebih berbaloi simpan item 4.25g ke atas berbanding kumpul emas 1g berkeping-keping. Tetapi anda perlu pastikan terlebih dahulu matlamat simpanan anda untuk apa supaya bertepatan dengan tujuan asal simpanan emas.

Berminat nak mula simpanan emas Public Gold secara percuma?

1️⃣ Klik link website yang saya sediakan dibawah.
2️⃣ Ikut langkah mudah daftar akaun.
3️⃣ Saya akan bimbing anda sampai mahir!

Salihah Ismail
PG00657689
https://publicgoldofficial.com/salihahismail/cara-bermula-

28/04/2026

π—žπ—˜π—‘π—” π—žπ—˜π—Ÿπ—¨π—”π—₯π—žπ—”π—‘ π—˜π— π—”π—¦ π—™π—œπ—­π—œπ—žπ—”π—Ÿ π—žπ—˜?

Soalan: Boleh ke kalau saya simpan sahaja emas dalam akaun GAP tanpa perlu keluarkannya?

Jawapannya: BOLEH SANGAT.

Konsep akaun GAP (Gold Accumulation Program) ini sebenarnya sama sahaja seperti akaun bank. Bezanya, baki simpanan anda bukan dalam Ringgit, tetapi dalam bentuk gram emas.

Kenapa Simpan dalam Akaun GAP lebih Menarik?

Tiada Had Simpanan: Simpanlah sebanyak mana gram yang anda mahu.

Tiada Yuran Simpanan: Simpanlah berapa lama pun, tiada caj simpanan dikenakan ianya percuma.

Mampu Milik: Diperkenalkan oleh founder Public Gold untuk memudahkan kita kumpul emas serendah RM100 sahaja. Tak perlu tunggu ada RM30,000 baru nak rasa pegang emas 50g.

Bila Perlu Keluarkan Fizikal?

Walaupun emas dalam GAP boleh dijual semula atau di Ar-Rahnukan secara digital, matlamat utama simpanan emas di akaun GAP adalah sebagai medium pengump**an.

Apabila gram sudah mencukupi, anda digalakkan untuk keluarkan emas fizikal (dinar atau jongkong emas). Kenapa? Kerana emas fizikal di tangan sendiri adalah simbol kekayaan sebenar dan ianya bebas daripada risiko pihak ketiga.

Kenapa Pilih Public Gold?

βœ… Mudah: Urusan 100% hujung di jari.
βœ… Murah: Harga telus ikut pasaran dunia.
βœ… Patuh Syariah: Pantauan dibuat panel syariah bertauliah.

Nak saya bantu mulakan tabungan emas pertama anda hari ini? Daftar akaun secara percuma. Saya akan bimbing anda sebaiknya.

Salihah Ismail
PG00657689
https://www.publicgoldofficial.com/Salihahismail/kelebihan

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kampung Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Kampung Raja