KEMAS Daerah BESUT
Laman Rasmi KEMAS Daerah Besut ini memaparkan aktiviti-aktiviti di KEMAS Daerah Besut Terengganu.
26/05/2026
πππππππ ππππ ππππ πππππππππ πππππ | ππππ
Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam.
Semoga ibadah korban dan semangat pengorbanan yang dizahirkan pada Hari Raya Aidiladha ini dapat menyemai nilai keikhlasan, kesyukuran serta mempereratkan ukhuwah sesama insan.
Semoga hari yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada kita semua.
Ikhlas daripada
Warga Kerja KEMAS Daerah Besut
βPengorbanan adalah lambang keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.β
26/05/2026
26/05/2026
πππͺππ§ππ‘ ππ¨π‘ππ¨π‘π πππ‘π§π¨ π¨π‘ππ§ π£ππ πππ ππ¦ π‘ππππ₯π π§ππ₯ππ‘ππππ‘π¨ ππ π§ππ¦ππ πππ ππ¦ π£π¨πππ¨ π£ππ₯πππ‘π§πππ‘
25 Mei 2026 || Satu lawatan kunjung bantu telah diadakan di TASKA KEMAS Pulau Perhentian,Besut bagi tujuan Pemantauan serta memberi bimbingan kepada pemdidik Masyarakat TASKA dalam meningkatkan kualiti pengurusan dan pembelajaran kanak-kanak.
Lawatan tersebut diketuai oleh En Norhisham bin Mohamad, Penolong Pengarah Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Negeri Terengganu bersama beberapa orang pegawai dari Unit Pendidikan Awal kanak-kanak KEMAS Negeri Terengganu dan KEMAS Daerah Besut.
Antara perkara yang diberi perhatian ialah persediaan Warga Pendidik TASKA Pulau Perhentian dan mewakili KEMAS Negeri Terengganu bagi penilaian Validasi Standart Kualiti Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SKPAK) tahun 2026 serta perbincangan berkaitan keperluan kemudahan yang patut ada di TASKA ini.
Diharapkan lawatan kunjung bantu ini dapat membantu memperkukuhkan kualiti pengurusan TASKA serta melahirkan persekitaran pembelajaran yang lebih berkualiti,ceria dan selamat untuk kanak-kanak.
23/05/2026
π TAHNIAH & SYABAS ππ
Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada wakil KEMAS Daerah Besut,Cik Wan Marzuani Wan Mat Khalir atas kejayaan membanggakan dalam pertandingan World Chefs Championship 2026 apabila berjaya meraih ANUGERAH BRONZE π₯β¨
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Daerah Besut, malah membuktikan bahawa bakat, kreativiti serta semangat juang yang tinggi mampu membawa kejayaan hingga ke peringkat antarabangsa. πβ¨
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga KEMAS dan masyarakat untuk terus berusaha, berinovasi serta berani mencabar diri demi mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi. πͺπ
Syabas atas komitmen, dedikasi dan usaha yang ditunjukkan.
Teruskan melakar kejayaan dan mengangkat martabat dunia kulinari negara! π²πΎπ¨βπ³π©βπ³
23/05/2026
21/05/2026
π Tahniah & Syabas π
Warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Besut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pemaju Masyarakat Masakan, Cik Wan Marzuani binti Mat Khalir,Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran (Masakan) KEMAS Daerah Besut atas pemilihan mewakili KEMAS Negeri Terengganu ke pertandingan World Chefs Championship (WCC) yang berlangsung di Persada Johor International Convention Centre.
World Chefs Championship ialah pertandingan masakan bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan chef-chef profesional dari pelbagai negara untuk menunjukkan kemahiran, kreativiti dan inovasi dalam bidang kulinari. Pertandingan ini biasanya dianjurkan atau diiktiraf oleh World Association of Chefs' Societies atau organisasi kulinari antarabangsa lain.
Penyertaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan bahawa tenaga pengajar KEMAS sentiasa berdaya saing serta mampu mengetengahkan bakat dan kemahiran kulinari di peringkat lebih tinggi.
Semoga Cik Wan Marzuani terus cemerlang, berjaya mengharumkan nama KEMAS Negeri Terengganu dan membawa pulang kejayaan membanggakan. ππ©π»βπ³β¨
20/05/2026
β¨π πππππ¦ π£ππ‘π¨π§π¨π£ ππ¨π₯π¦π¨π¦ πππ ππππ₯ππ‘ πππ‘πππ π£ππ‘πππ (ππππ£) β¨
π§΅ Jahitan Seluar Slack π§΅
20 Mei 2026 telah berlangsungnya Majlis Penutup Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Jahitan Seluar Slack anjuran Unit Pendidikan Kemahiran KEMAS Daerah Besut.
Kursus yang berlangsung selama 3 hari ini telah disertai oleh seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada masyarakat setempat dengan tujuan memberi pendedahan serta meningkatkan kemahiran dalam bidang jahitan dan TVET.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Hasmadi bin Hassan, Pengerusi Komuniti KEMAS DUN Hulu Besut.
Turut hadir memeriahkan majlis:
βͺοΈ En. Suhairy bin Abd Ghani
Penolong Pengarah Kanan Pembangunan Komuniti dan Kemahiran KEMAS Negeri Terengganu
βͺοΈ En. Mohd Rusli bin Abdullah
Penolong Pegawai Komuniti dan Kemahiran
βͺοΈ En. Md Sapavi bin Md Arshad
PPMK Pendidikan Kemahiran
βͺοΈ Serta PPMK PD setiap DUN.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk menjana pendapatan serta meningkatkan taraf hidup masyarakat.
15/05/2026
SELAMAT HARI GURU
'Guru Bitara,Nadi Negara'
Terima Kasih Cikgu
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Wisma Persekutuan Besut
Kampung Raja
22200
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |