Masjid Iqra Kg Paya Rawa
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Iqra Kg Paya Rawa, Community Organization, Kampung Raja.
10/04/2026
Assalamuโalaikum & Salam Aidilfitri buat semua! ๐โจ
โIkan patin masak tempoyak,
Makan bersama di hari raya;
Juadah dihidang sudah pun banyak,
Tambah 'potluck' lagi bergaya!
โUntuk memeriahkan lagi Jamuan Raya kita esok, kami dengan rendah hatihati! โค๏ธ
โBolehlah kita bertukar-tukar rasa dan berkongsi rezeki. Siapa yang nak bawa "secret recipe" masing menjemput Datoโ/Datin/Tuan/Puan untuk turut serta dalam sesi 'Port Luck' (Sumbangan Sukarela).
โTak perlu banyak, sikit pun jadi,
Asalkan ikhlas dari -masing, inilah masanya! ๐ฅ
06/04/2026
๐ JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA MASJID IQRA' 2026 ๐
โAssalamualaikum buat semua ahli qariah yang dihormati.
โPihak Pengurusan Masjid Iqra', Kg. Paya Rawa dengan penuh rasa syukur menjemput tuan-puan, seisi keluarga untuk hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya kita pada tahun ini.
โButiran Majlis:
๐ Tarikh: 11 April 2026 (Sabtu)
๐ Masa: 11.00 pagi โ 2.00 petang
๐ Tempat: Perkarangan Masjid Iqra'
โMenu Istimewa:
Nasi Minyak, Satey, Nasi Dagang, Laksa, Laksan, Ketupat, Tapai, dan pelbagai juadah tradisional menanti anda!
โInfaq & Sumbangan:
Bagi memeriahkan lagi majlis, pihak masjid amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada ahli qariah.
Sumbangan boleh diserahkan kepada:
โ
Cg. Nordin (Setiausaha): 016-9637127
โ
En. Ruslan (Pok Lan): 019-9080493
โSumbangan kuih-muih secara 'potluck' pada hari kejadian juga sangat dialu-alukan bagi menambah seri hidangan kita.
โSemoga kehadiran dan sumbangan tuan-puan diberkati Allah SWT. Terima kasih.
20/03/2026
Dengan rendah hati Saya, selaku pengerusi Masjid dan semua AJK ,Imam Bilal Dan kakitangan Masjid mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.
Buat semua saudara2 yang berada dalam group Masjid ini
Mohon ampun Dan maaf atas kekurangan atau kekhilafan ...
Semoga Syawal kali ini memberi erti, dan membawa kita lebih dekat kepada Tuhan Yang Maha Pengasih.
Selamat Hari Raya. ุชูููุจูููู ุงูููู ู
ููููุง ููู
ููููู
20/03/2026
Mandi Sunat Aidilfitri
20/03/2026
SAMBUT HARI RAYA DENGAN PENUH GEMBIRA
Sunnah ketika hari raya Aidilfitri adalah menzahirkan kegembiraan. Anas bin Malik RA pernah meriwayatkan:
ููุฏูู
ู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ุงููู
ูุฏููููุฉู ููููููู
ู ููููู
ูุงูู ููููุนูุจูููู ูููููู
ูุงุ ููููุงูู: ู
ูุง ููุฐูุงูู ุงููููููู
ูุงููุ ููุงูููุง: ูููููุง ููููุนูุจู ูููููู
ูุง ููู ุงููุฌูุงูููููููุฉูุ ููููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู
ู: " ุฅูููู ุงูููููู ููุฏู ุฃูุจูุฏูููููู
ู ุจูููู
ูุง ุฎูููุฑูุง ู
ูููููู
ูุง: ููููู
ู ุงููุฃูุถูุญููุ ููููููู
ู ุงููููุทูุฑู
Rasulullah SAW datang ke Madinah dan Baginda melihat orang-orang Madinah menyambut dan bergembira pada dua hari.
Rasulullah bertanya: "Dua hari apakah ini?โ
Mereka berkata: โDahulu semasa zaman jahiliah, kami bergembira dan bermain pada dua hari ini.โ
Lalu Rasulullah bersabda: โSesungguhnya Allah telah menggantikan dua hari yang kamu bergembira itu dengan dua hari yang lebih baik untuk kamu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri.โ
(Sunan Abi Dawud, no. 1134)
1) Hari raya merupakan antara syiar agama yang menjadi keistimewaan umat Islam. Sebagai anugerah daripada-Nya, Allah telah mengurniakan dua hari raya kepada umat Islam, Aidilfitri dan Aidiladha, sebagai pembeza daripada umat lain serta menggantikan perayaan-perayaan sebelumnya.
2) Hadis ini menunjukkan bahawa sejak saat itu, umat Islam hanya merayakan Aidilfitri dan Aidiladha, sementara perayaan jahiliah ditinggalkan. Ini sekaligus menjadi larangan meraikan perayaan-perayaan jahiliah serta peringatan agar umat Islam berpegang teguh kepada syiar agama yang benar.
3) Hari raya juga merupakan manifestasi kesyukuran atas nikmat menyempurnakan ibadah yang ditetapkan waktunya. Aidilfitri diraikan sebagai tanda kesyukuran setelah menyempurnakan ibadah puasa Ramadan.
Semoga Allah menerima amalan kita semua.
https://t.me/MyHadithTime
19/03/2026
Assalamualaikum...
Mari sedekah subuh...
Last hari ini ganjaran pahala berganda.
Ramadan adalah bulan mulia dengan ganjaran pahala berlipat ganda, di mana setiap kebaikan dibalas
hingga
kali ganda. Ia merupakan musim istimewa untuk meningkatkan ibadah, bersedekah, dan berwakaf, serta menawarkan pengampunan dosa dan peluang mendapat keredaan Allah SWT. Amalan ringkas pun ganjaran besar.
Copy dari FB.
18/03/2026
Doa Musafir
Bacaan sebelum bergerak p**ang.
*Peringatan Penting*
*Sebelum balik kampung:*
1. Cabut semua wayar kat dinding kecuali peti sejuk.
2. Buang sampah yang dalam semua tong sampah.
3. Jangan biar baju tersidai diluar rumah serta di ampaian.
4. Periksa ulangkali kipas dan lampu serta peralatan elektrik..
5. Kosongkan singki daripada segala yang busuk dan basah.
6. Bawa kelengkapan alat mandian ke kampung, jangan harap orang punya..
7. Bubuh butang baju Melayu siap-siap, jangan kira nak rembat hak orang.
8. Letak pin dibeg jangan kalut satgi dok terabuq dalam keta jenuh cari.
9. Sampin jangan lupa bawa, adat Melayu jangan dilupa walaupun kecik.
10. Bawa pengecaj telefon, powerbank jangan lupa bawa, penting sangat.
11. Duit & sampul raya boh la siap-siap dok boh depan orang kalut2 payah.
12. Sebelum keluar baca al Fatihah, ayat Kursi, Bismillahillazi. Berniat ziarah, niat menjadikan perbuatan kita ibadah sunat dan adat mulia setiap tahun.
13. Niat nak buat jamak qasar memudahkan perjalanan tak gaduh berhenti.
14. Jangan kelam kabut dan marah2 dan juga jangan seronok melampau.
15. Lapang dada dan solat sunat sebelum mula keluar, baca doa musafir.
16. Tinggalkan rumah denhan tawakkal Allah menjaganya, ikhtiar polis juga.
17. Pastikan semua ahli keluarga masuk kereta. Jangan tertinggal isteri/suami dan anak-anak di comel kesayangan, kira bagi cukup baru jalan.
18. Topup siap2 touch n go, no more tambah nilai lain-lain. Jangan baru nak.
19. Sentiasa kira cukup bilangan anak, terutamanya di RnR. Jadi kes hilang anak p**a nanti dah nak raya, bukan senang nak cari dan patah balik.
20. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL
21. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL
22. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL
23. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL
24. JANGAN LUPA BAGI SIGNAL
25. DAH BAGI SIGNAL JANGAN LUPA TUTUP!
Selamat Pulang ke Kampung dengan Selamat!
Selamat p**ang anak perantauan...
Bismillahi, tawakkaltu โalallah, laa haula wa laa quwwata illaa billaah..
15/03/2026
Assalamualaikum wbt.
Mari sedekah untuk Ihya Ramadan.
Jemaah Tarawih 5 akhir Ramadan.
14/03/2026
Alhamdulillah selesai majlis qatam Al Quran para muslimah.
Terimakasih pada Pengerusi masjid & AJK serta para imam & ustaz yg mengetuai majlis qatam hari ini.
InsyaAllah usaha ini akan diteruskan pada masa akan datang .
13/03/2026
Assalamualaikum.
*Kaunter Zakat dibuka*
Bertempat dimasjid Iqra kg Paya Rawa.
Waktu:
Selepas Zohor dan
Selepas Asar
Kadar Zakat
RM10 ~ RM20
Alhamdullillah..
Solat Subuh berjemaah.
Sumbangan kepada kanak- kanak yang hadir.
11/03/2026
Mari Beramal..
Doa lepas bersahur
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kampung Raja