Nil5bros

Nil5bros

Share

perniagaan kami menjual pelbagai jenis produk yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.

antara produk yang kami jual ialah produk kesihatan untuk masalah kulit, baju tshirt dan coco jar

Photos from Nil5bros's post 25/10/2022

*CARA PENJAGAAN BABY EKZEMA*

1. Sentiasa memastikan ruang kediaman bebas habuk

2. Elakkan permaidani

3. Elakkan memelihara binatang peliharaan yang berbulu di dalam rumah buat sementara waktu sehingga ekzema anak hilang

4. Kuku bayi perlu pastikan sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit tercalar ketika menggaru

5. Tuaman menggunakan pek ais dapat bantu mengurangkan kegatalan

6. Tutup bahagian yang gatal dengan pakaian. Jika ekzema sedang aktif di bahagian muka, boleh pakaikan bayi dengan sarung tangan untuk mengelakkan dari menggaru muka yang boleh menyebabkan jangkitan kuman

7. Menggosok bahagian kulit yang gatal perlahan-lahan untuk melegakan. Jangan garu

8. Amalkan penyusuan susu ibu. Tapi ibu perlu elakkan makanan yang bole sebabkan alergi pada bayi

9. Bila anak mula makanan pejal, elakkan kekacang, telur dan makanan laut yang boleh menyebabkan alergi dan kegatalan. Pendedahan kepada bahan ini mungkin boleh menyebabkan radang ekzema tercetus

10. Segera mencuci mulut anak setiap kali selepas makan kerana boleh menjadi punca ekzema menjadi teruk

11. Jangan berlengah tukar lampin untuk mengelakkan kerengsaan akibat ekzema semakin teruk

12. Lepas mandi, elakkan mengelap dengan cara menggosok, sebaliknya hanya menekan lembut sahaja kulit anak dengan tuala untuk mengelakkan kelembapan semula jadi kulitnya hilang

13. Sapukan bayi dengan krim Youbaby setiap kali selepas mandi terutama sekali pada bahagian ekzema. Youbaby krim mengandungi kandungan Jojoba oil sebagai pelembap kulit baby

14. Pakaikan bayi dengan pakaian yang tidak panas dan berpeluh. Pakaian yang berpotongan longgar, nipis dan menyerap peluh seperti kain kapas

15. Awasi pemilihan susu formula (protein haiwan, tumbuhan dan HAP)

16. Jauhkan bayi dari asap rokok

17. Pastikan pilihan sabun mandi bayi adalah bebas dari paraben dan sls

18. Elakkan mandi air panas/suam atau air paip. Gunakan air penapis setiap kali mandi atau mencuci bahagian ezema bayi

19. Letakkan anak di bilik yang lebih selesa dan nyaman. Pengudaraan yang baik sangat membantu masalah eczema.

25/10/2022

TIPS EKZEMA KETIKA HAMIL

Assalamualaikum...ibu-ibu, time pregnant memang menguji ibu-ibu kan. Doktor penah cakap time pregnant semua akan jadi over sikit hatta batuk dan demam biasa sekali pun.

Hah, nak-nak lagi ibu yang ade history ekzema...dah la memang secara naturalnya akan ade perubahan hormon setiap trimester...maka, pengambilan vit c adalah sangat diperlukan ketika ni dan vit c redox yang natural, tanpa gula, pewarna dan perasa serta mengandungi quercetin adalah sangat-sangat membantu ibu melalui proses kehamilan ni.

Ade beberapa tips lain yang membantu ibu ekzema ketika hamil

😊minum air secukupnya
😊memastikan kawasan ekzema kering dan sentiasa disapu pelembap natural
😊ibu boleh menggosok kulit sahaja berbanding menggaru
😊memakai pakaian yang menyerap peluh dan longgar
😊meluangkan masa untuk berehat dan bertenang
😊boleh menukar serbuk pencuci pakaian jika perlu
😊ibu juga boleh buat mandian epsom salt untuk mengurangkan keradangan dan kesan lebih relaks

Semoga bermanfaat😊

25/10/2022

9 TIPS JAGA ANAK EKZEMA

Perasan tak, kalau dulu, jarang sangat-sangat kita dengar baby ada eczema. Tapi sekarang, tiap kali buka group baby, Ada. Kalau keluar pun, ramai. Malah dalam tempoh berpantang pun ramai baby dah mula ada eczema.

Apa PUNCANYA ya.
Eczema ni penyakit multifactorial yang ada banyak faktor boleh menjadi pencetus. Bukan keturunan semata-mata ya.

Apa yang perlu dilakukan oleh ibu ayah yang mempunyai anak yang mengalami masalah alahan ekzema ini?

1. Pemakanan ibu semasa menyusukan bayi. Berhenti dulu makan makanan senyap tinggi radang seperti gula putih, gluten(roti, biskut, kek, kuih muih, mee kuning, pasta dan semua asas tepung gandum), fastfood, processfood dan produk tenusu.
Buat food diary adalah yang paling berkesan untuk mengetahui kita alah atau tidak dengan sesuatu makanan.

2. Emosi ibu harus stabil. Apa kaitannya? Ibu stress, susu yang dihasilkan juga tidak berkualiti (susu stress).
Boleh keluar, bagi kena cahaya matahari pagi untuk stabilkan emosi

3. Persekitaran. Pastikan rumah dalam keadaan bersih, tiada habuk, asap, carpet, bulu haiwan.

4. Mandian dan lotion yang digunakan untuk baby pastikan dari bahan natural bebas paraben, SLS.
Kita pilih natural, tanpa kimia berbahaya macam Milky Bath, Bubble bath atau Rose Geranium dari Honey Olive baby.

5. Kerapkan sapuan pelembab jika kulit anak jenis kering. Boleh cuba Rescue cream, Restore Salve, Shea Remedy. Sebab kita kena sapu kerap dan dalam jangka panjang, lagi elok guna yang natural supaya takda effect jangka panjang.

6. Air mandian anak, seeloknya air yang tidak terlalu sejuk atau panas.

7. Memakaikan pakaian yang longgar dan dari material kapas.

8. Jika menggunakan cream ada steroid, tolong jangan berhenti secara mengejut, belajar untuk buat tapper down.

9. Cari Ilmu, rajin bertanya, cari group support, cari circle Positive kerana dengan ilmu kita dapat uruskan penyakit kita dengan baik.
Kalau tak, kita akan mudah lost, mudah down.

Tips ini secara umum dan boleh diguna pakai untuk pelbagai peringkat umur.

Apa pun, kena ingat, tak semua orang pulih hanya sapuan semata-mata. Kita ikhtiar pulihkan dari dalam dengan jaga pemakanan dan emosi.

25/10/2022

5 TIPS MERAWAT EKZEMA SECARA SEMULAJADI TANPA BANTUAN UBAT. NOMBOR 2 RAMAI YANG AMBIL RINGAN]
=================================
Selalunya apabila timbul ruam ia akan jadi gatal & merah terutamanya apabila terkena sabun atau habuk..atau apabila berpeluh.. Pada awalnya sikit-sikit dan "biasa-biasa" je kemudian ia hilang sendiri..Rupa-rupanya ekzema!
Ramai ada experience macam ni dan menyesal sebab ambil mudah dan tak serius awal-awal dulu.
Memang kita tak salahkan ibubapa..Selalunya yang jadi macam ni biasanya anak pertama..takde experience kan :-)
Saya bagi yang boleh diambil jika kita keliru ruam anak ni ekzema atau ruam biasa-biasa jer.
1)

Berjumpalah terus dengan doktor supaya terus dapat pengesahan samada ia adalah ekzema atau ruam biasa.

Jimat masa dan elak risiko main teka-teka atau tanya pendapat orang lain.
2)

Kemungkinan ruam bukanlah disebabkan oleh pemakanan. Namun kegatalan akan jadi lebih teruk dengan memakan makanan yang boleh meningkatkan radang.
Secara asasnya kita perlu tahu makanan yang boleh sebabkan radang jadi lebih teruk.
√ Gluten
√ Susu dan hasil tenusu (kecuali susu ibu)
√ Gula berlebihan
√ Makanan proses
Makanan di atas boleh membebankan usus & seterusnya menjadikan perut lebih sensitif.
Untuk nak pulihkan perut boleh lah ambil makanan yg tinggi vitamin C & antioksida.
Salah satu makanan yang paling mudah boleh ambil seperti jus Redoxamim yg kaya dengan Vitamin C, B12 & Quercertin yang boleh bantu pemulihan perut dengan cepat.
Bila usus sihat In Sha Allah kulit pun sihat.
3)
Persekitaran yang boleh menyebabkan kulit menjadi stress;
√ Habuk dan hama
√ Sabun yang beralkali (pH kulit adalah asid), merengsa dan bahan toksik seperti paraben, methylisothiazolinone, SLS dll.
√ Cuaca terlalu sejuk atau terlalu panas.
√ Terlalu bising atau sesak.
√ Bahan kimia seperti minyak wangi, pelembap, minyak rambut.
√ Air tercemar bahan kimia dan logam berat...atau tinggi chloramine. Jika radang seluruh badan, eloklah mandi air bertapis.
4) HIDUP
Gaya hidup bayi? Makan, main dan tidur lah.
√ Bayi tak makan banyak..jangan paksa bayi menyusu dan makan banyak jika bayi taknak. Perut baby ni kecik.. tak perlu banyak-banyak
makan..cuma perlu makanan padat nutrisi seperti susu ibu. Jika di bawah 6 bulan, susu ibu memadai mengikut keperluan individu bayi.
√ Bayi tidur lagi banyak daripada makan dan bermain. Biarlah baby tidur lama dan sediakan persekitaran tidur yang sesuai dengan bayi kita.
Secara amnya, persekitaran tidur kena gelap, sejuk dan senyap.
5) DAN TAWAKAL
Doa itu penting amat. Doakan anak kita diberi kesihatan yang baik, dan berusaha bersungguh-sungguh supaya anak pulih sihat
seperti biasa. Membiarkan anak pulih sendiri adalah langkah tidak proaktif yang mungkin memudaratkan di kemudian hari.
Tawakkal dan usaha akan jadikan kita lega dan tidak risau, bukannya dengan "assurance" dan bukannya kata penyedap hati orang lain
bahawa anak kita takde apa-apa masalah.
Kesimpulannya, elakkan radang melarat..jangan bertangguh dalam ikhtiar pulihkan masalah kulit anak yang baru timbul supaya radang tak melarat.
Ekzema ni kes yang sangat sangat berleluasa di zaman moden ini yang sebenarnya jika kita jaga..insha Allah mungkin boleh dipulihkan peringkat awal.
Semoga tips ini bermanfaat dan menjadikan kita lebih berusaha dan redha dengan apa-apa ketentuan dariNya..
Insha Allah ada hikmah bagi setiap sesuatu yang terjadi.
Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada anak-anak kita semua.
SHARE post ni sebab ramai sangat yang ambil mudah ruam-ruam biasa kononnya ruam peluh yang akhirnya jadi ekzema..Sangat ramai macam ni ikut pengalaman saya.
Sebarang pertanyaan & guideline boleh klik link di komen. In Sha Allah ramai dah anak-anak ekzema yang dah pulih.

25/10/2022

Kempen

3 Sebab Kenapa Ekzema Liat Nak Sembuh :

✔️ Badan budak ekzema tinggi radang pastu orang ekzema fokus sapu sapu k-rim bukan fokus rendahkan inflammation (keradangan) tubuh. So kekallah kulit anak you merah meradang di situ forever

✔️ Mandi bersabun dan mak ayah fokus mencari s-abun kulit. Padahal ekzema ni pantang utama dia adalah s-abun lagi lagi s-abun yang banyak buih, sangat wangi dan berpengawet. S-abun cenderung keringkan kulit dan lagi murah s-abun tu lagi rosak pH kulit. Orang ekzema kena fokus jaga pH kulit

✔️ Pantang dan always pantang. Tapi pantang yang salah. Memang orang Melayu terkenal dengan pandai pantang makan tapi malangnya pantang makan ekzema disamakan dengan pantang makan orang bersalin. Orang bersalin ada masalah angin dan urat. Orang ekzema pantang sampai badan hilang zat dan nutrisi. Pastu badan tak cukup mineral dan vitamin untuk pulih disalahkan benda lain

25/10/2022

TIPS ELAK RUAM BABY NEWBORN JADI EKZEMA

Saya selalu terima banyak sangat soalan tentang 'Puan, p**i kat baby newborn saya ni ekzema ke'

Dan gambar di bawah ni adalah gambar baby saya sendiri masa sekitar day 3 pantang dan masa naik ni memang saya tahu ia bukan ekzema

Ya rupa kulit baby saya tu agak merisaukan ya puan puan tapi semasa itu saya memang tahu ia bukan ekzema

Pengalaman sebagai Eczema Health Coach mengajar saya satu lesson penting iaitu :

RULE 1..

Ekzema akan jadi ekzema disebabkan fikiran dan emosi

RULE 2..

Ruam yang simple boleh melarat jadi kulit sensitif jika anda mulakan rawatan menggunakan krim yang mengandungi 'harsh chemicals' seperti s.t.e.r.o.i.d atau apa saja krim warna putih dalam bekas putih atau berbau hospital

RULE 3..

Ruam pada baby newborn anda memang sah bunga bunga ekzema jika semasa proses kelahirannya dia diberi antibiotik atau ibu yang melahirkan ada mengambil antibiotik. Maka, gut flora ibu dan anak ini sudah rosak dan dimusnahkan oleh antibiotik dan jika the lining gut is weak maka the skin immunity juga sangat lemah dan tak kuat. Jadi ruam yang simple boleh leads to eczema breakout

Dan saya dah biasa baby sulung saya pun naik begini time minggu pertama pantang, adiknya pun naik masa minggu pertama pantang

TIPS ELAK RUAM NEWBORN JADI EKZEMA

1. Saya memang stop fikir yang bukan bukan

2. Jangan mencuba krim apa apa

3. Jaga kebersihan kulit baby setiap kali lepas menyusu. Saya akan sentiasa spray Organic Moroccan Rose Water di tapak tangan saya dan sapu di seluruh p**i dan leher baby then lap bersih dengan tisu bersih.

Kenapa? Kulit baby yang delicate mudah naik ruam bila panas berkuap atau disebabkan susu dan air liur yang meleleh. Jadi sentiasa bersihkan dengan air tapis, atau air mineral dan saya pilih Organic Moroccan Rose Water sebab ia anti kuman dan menyejukkan kulit yang panas

Punyalah kerap saya spray sampai sambil pejam mata lepas menyusu malam pun saya buat rutin bersihkan p**i baby setiap kali lepas menyusu

4. Masa pantang, saya memang tak ambil susu lembu, makanan berpengawet, dan gula putih. Gluten saya makan roti whomeal yang tiada pengawet dan biskut kering sourdough homemade cicah susu kambing organik

5. Jangan bagi baby berkuap panas. Jika saya bertungku dan bersauna saya letak baby di ruang tamu . Maksud lain adalah, sentiasa anginkan kulit baby. Jangan bedung bila hari panas atau berkuap. Bagi baby pakai baju longgar dan selesa

6. Tak cuba apa apa krim di pasaran. Haha

Bila kulit baby surut sendiri?

Dalam 4 days.

PS : Bila tengok gambar kulit baby saya masa ni hairan juga sebab baru perasan oh boleh tahan nampak teruknya. Tapi waktu tu tak perasan teruk sebab saya memang tak fokus belek kulitnya. Saya fokus kesihatan saya, rutin pantang saya, baca benda benda positif, banyakkan ketawa so layan video lawak dan jaga kebersihan kulitnya setiap kali lepas menyusu.

Tahukah anda :

70% ibu yang pernah ada anak ekzema cenderung set di minda bawah sedar mereka bahawa : anak seterusnya pasti ekzema juga

Ya tanpa sedar

Jadi sebelum repair kulit anak, repair kepala dan fikiran ibu dulu ya

25/10/2022

PROMO BUKAN SEBARANG PROMO!
Kami nak berkongsi kenikmatan berganda untuk korang
semua.
Apa tunggu lagi?!
Jom dapatkan sekarang! Sementara stok mash ada!
Promo ini berlangsung sehingga 31 Oktober 2022!

Harga sebalang hanya RM11 sahaja!!!

Jika berminat sila pm ke 0137034622

Photos from Nil5bros's post 25/10/2022

📌 PROMOSI DAGING ALLANA 65 🐂

📌 PADA 26/10/2022

📌 HARGA ASAL PRODUK INI RM 20.00🔐

📌UNTUK 1 HARI PALING XMASUK AKAL🤯 RM 17.50 SAHAJA‼️‼️ YE DIULANGI RM 17.50 SAHAJA‼️‼️

📌KENAPA PERLU DAPATKAN HARINI

📌1. PENGHANTARAN PERCUMA🚚💨

📌2. WARRANTY : JIKA DAGING SUDAH TIDAK BOLEH DIGUNAKAN ATAUPUN BERBAU AKAN DIGANTI DENGAN YANG LAIN🤯

📌3. JIMAT RM 2.50 DARI HARGA ASAL

📌DPTKAN SEKARANG‼️‼️

📲WHATSAPP ⁨+60 11-3741 2379
📞 +60 11-1632 5598

25/10/2022

HQ NAK BAGI 500 CTN PERCUMA⁉️ 😱

Sempena bulan Oktober ni, HQ nak bagi 500 CTN POUCH BAG (60g) kepada rakan-rakan niaga NZCrunchies!

Wah! Betul ke ni???
—-
STOKIS/LEADER:
Beli 2 CTN BOTOL, PERCUMA 1 CTN POUCH BAG 60g

EJEN:
Beli 1 CTN BOTOL, PERCUMA 15 PEK POUCH BAG 60g
—-

Apa tunggu lagi, korang??? Jom grab sekarang! 🥳🥳🥳

Harga hanya RM11 sahaja!!!

Jika berminat boleh pm ke 0137034622

25/10/2022

SURPRISE, SURPRISE! 🎉

Kejutan untuk penggemar-penggemar NZCrunchies kali ni, korang BELI 2 BOTOL NZCrunchies, korang DAPAT 1 PEK POUCH BAG 60g PERCUMA! 😍

Promo ini berlangsung selama 1 bulan sahaja tauuu!

Jangan lepaskan peluang! Jom grab sekarang!

Harga hanya RM11 sahaja

Jika berminat pm ke 0102499301

18/10/2022

MEDIHERBS GOLD OIL INI MENGGUNAKAN 3 BAHAN UTAMA

☘️Teras Kemuning Hitam
☘️Daun Emas
☘️Bonglai

KELEBIHAN MEDIHERBS GOLD OIL❓❓❓🤔
📌Boleh menyelesaikan 1001 penyakit kulit
📌100% bahan semulajadi tanpa steroid
📌Kesan seawal 3 hari
📌Mampu menyembuhkan penyakit walaupun sudah berpuluh tahun
📌Mudah meresap hingga akar kulit
📌Hilang tanpa kesan parut
📌Tidak melekit dan bau wangi
📌Tiada kesan sampingan
📌Selamat digunakan utk semua peringkat umur
📌Dibacakan ayat2 ruqyah utk peyambuhan

Mediherbs Gold Oil merawat terus sampai ke akar kulit supaya masalah kulit tu tidak berulang balik🥰✨

18/10/2022

Masalah ekzema dan alergik di tapak tangan . Alhamdulillah penggunaan 4-5 hari je dh 80% kering dan hampir sembuh😍

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kampung Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Ikm Besut Jalan Alor Lintang
Kampung Raja
22200