Cikgu Zue
BANTU ANAK TINGKATKAN DAYA INGATAN
26/09/2022
Kalau demam, sakit lenguh seluruh badan. Amal minum teh bunga telang.
Saya pun dah berjinak jinak dengan supertea ni.
Banyak digunakan dalam perubatan Ayurveda dan Cina tradisional untuk redakan demam.
Ni versi paracetamol natural. Ada sifat anti-pyretic. Saluran darah bawah lapisan kulit dilebarkan. Udara akan sejukkan darah.
Bantu turunkan suhu panas dengan sejukkan badan. Ia juga bersifat diuretik dengan singkirkan toksin melalui air kencing.
Ni resipi mudah. Kalau rasa nak demam, amal minum ni.
- 4/5 helai bunga telang
- madu asli
- jus perahan limau kasturi
- air
1. Masukkan air panas ke dalam bekas tahan haba. Masukkan bunga telang.
2. Kacau dan tunggu sehingga bertukar warna. Kemudian, tapis.
3. Biarkan sejuk seketika.
4. Masukkan jus limau dan madu.
5. Kacau dan minum.
Kalau tak boleh dapat bunga ori. Boleh guna bunga telang kering organik.
Rasanya sedap masam manis. Bolehlah cuba.
P/S: KETAHUI KHASIAT BUNGA TELANG
(https://neuroversiti.com/khasiat-bunga-telang/).
25/09/2022
Kerap kencing? Walaupun tak minum banyak air? Ini petua rahsia redakannya.
1. Blend delima jadi pes.
2. Campur 1 sudu dengan segelas air.
3. Amal 2 kali sehari selama 10 hari.
Boleh juga buat jus aloe vera.
1. Blend ekstrak aloe dengan jus buah sitrus ikut citarasa.
(Lemon, limau purut, limau kasturi, oren.)
2. Minum sekali dengan fiber.
Bantu kurangkan radang pada pundi. Sensasi terbakar dan tingkatkan fungsi buah pinggang.
Bolehlah cuba.
20/09/2022
Terkejut pulak tengok. Yang dalam gambar ni bukan minuman. Bukan juga makanan. Bukan food tapi Frakenfood.
Minum atau makan benda macam ni cerahkan masa depan kita. Cerah ke mana? Cerah untuk dapat macam macam penyakit. Dari diabetes sampai penyakit jantung.
Jadi kalau terjumpa dalam menu atau ternampak orang order, tak payahlah order.
Kesian kat tubuh. Kita nak pakai lama lagi. Boleh begitu?
.Rizal
18/09/2022
Macam mana cara puji anak? Kalau anak datang dan tunjuk hasil kerja dia, apa kita nak sebut?
Jawapan yang anda bagi akan tentukan bentuk minda yang terbentuk. Nanti dewasa jadi orang macam mana.
Jawapan anda adalah acuan awal.
Jom kita semak sekejap dengan dua situasi ni:
Situasi 1
Anak anda siapkan kerja sekolah. Dia bawa dan tunjuk pada anda. Kerja kemas. Jawapan betul. Anda kata pada anak anda “bagus Along. Betul semua ni. Tahniah anak mama.’
Situasi 2
Anak anda siapkan kerja sekolah. Dia bawa dan tunjuk pada anda. Kerja kemas. Jawapan betul. Anda kata pada anak anda “tahniah along atas usaha along ni. Nampak sangat bila studi jawapan semua betul.
Sedar atau tidak ramai parents akan sebut seperti Situasi 1. Anak dapat no 1 terus sebut tahniah.
Apa berlaku kalau sebut tahniah terus ni? Kalau kita sebut tahniah terus anda asuh anak fokus pada hasil sahaja. Mesej subliminal atau tersirat yang disampai ialah ‘Hasil itu yang penting’
Anak membesar fokus pada hasil. Toleransi pada gagal akan menipis. Toleransi pada dapat markah rendah akan kurang. Yang tinggi ialah rasa kecewa.
Apa yang berlaku ialah kita membina cara fikir atau mindset yang dinama sebagai fixed mindset.
Yang bagus ialah cara Situasi 2. Cara ini fokusnya ialah pada proses. Tumpuan pada usaha bukan hasil. Kalau hasil sahaja, hasil boleh diperolehi dengan cara yang tidak betul.
Apabila usaha yang dipuji, si anak akan kaitkan hasil dengan usaha. Nak sesuatu kena usaha. Yang diaktifkan di otak ialah network kreatif. Anak ini akan membesar dengan Growth Mindset.
Anak begini lebih sihat. Social bonding lebih baik. S**a membantu dan tidak cari jalan pintas. Usaha selalu di depan. Hasil mengikut dari belakang.
Jadi kalau nak puji anak, sebut ”Tahniah Along atas usaha Along.” Fokus pada usaha.
Belajar sesuatu?
14/09/2022
KENAPA ANAK MALAS BELAJAR?
MALAS adalah sifat negatif yang dimiliki oleh semua insan.
Namun, yang membezakan kita dengan orang lain adalah cara kawal sifat malas.
Malas juga boleh dikatakan penyakit paling besar dalam diri manusia.
Sikap malas boleh menyebabkan seseorang gagal dalam kehidupannya.
Banyak kajian menunjukkan persekitaran yang tidak ceria membuat anak malas buka buku.
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Tanggungjawab mak ayah adalah gilap kelemahan dan baiki kelemahannya.
Cikgu nak SHARE TIPS untuk memupuk minat belajar ialah Ibu bapa seharusnya menemani anak-anak ketika sesi pembelajaran di Rumah.
Jangan salahkan anak kalau anak anda malas belajar, tetapi lihat pada cara didikan kita mendidik anak. Tepuk dada tanya hati
P/S: Belajar sesuatu? Jika belajar reply ❤️ pada Cikgu 🥰
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kampung Limbongan
Kampung Raja
22000