D Amin Jaya Trading
Lokasi: Depan Pasar Kg. Raja, Besut. www.wasap.my/601155014975/daminjayatrading
✅ Fotostat ✅ Printing ✅ Laminate ✅ Binding ✅ Upah Taip ✅ Alat Tulis ✅ Alat Jahitan ✅ Baiki Mesin Jahit ✅ Bayar Bil Telco /Utiliti ✅ Tinted screen telefon ✅ Simkad.
24/08/2025
Terima kasih 🫰🏻
Tempahan design dan print menu.
Yang nak try American Breakfast boleh mai ke Restoran CABANA FOOD STATIONS berdekatan Masjid Al-Islah, Limbongan ✅
18/07/2025
Terima kasih customer-customer D Amin Jaya Trading. Kualiti fotostat No. 1 kita jaga, harga murah. insyaAllah 😘
23/05/2025
PENDAFTARAN DIBUKA ✅
Selamat Hari Jumaat semua…. Selesai urusan renew lesen pendidikan…. Tuisyen kami berdaftar sejak tahun 2007 lagi dengan JPNT… Pastikan tuisyen anak2 tuan/puan berdaftar dengan JPNT….
PENDAFTARAN MASIHHH DIBUKA LAGI….
PENDAFTARAN PERCUMA SAHAJA ✅
KAWASAN STRATEGIK DITENGAH2 KG RAJA ✅
KELAS BERAIRCOND ✅
SATU KUMPULAN HANYA 15 PELAJAR ✅
www.wasap.my/60173904975/KBA
05/08/2024
Nok mari print MENU MAKANAN KUALITI COMEI buleh tra mari D Amin Jaya Trading deh ✅
Terima kasih repeat print MENU dengan kita 😃
17/07/2024
Terima kasih adik-adik Unisza mai print FYP. Good luck for your final project. InsyaAllah result gempak-gempak blako! 🫰🏻
10/07/2024
Design by D Amin Jaya Trading dan fotostat 500 keping ✅
Terima kasih kak. Semoga perniagaan kak maju dan berjaya 🫰🏻
08/07/2024
Pertama sekali D Amin Jaya Trading ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat customer tetap dan baru kami kerana sentiasa mempercayai perkhidmatan kami. 🫰🏻untuk kamoo
Kalau customer lama kami sememangnya dah tahu, kami sebelum ini beroperasi di Alor Lintang selama lebih kurang 14 tahun tetapi telah membuat keputusan agak berat untuk berpindah ke Kampung Raja dua tahun lepas.
Bila berpindah di Kampung Raja -ibarat buka kedai baru orang kata. Masih ada customer lama kami yang belum tahu pun kami berpindah di sini.
Kedai kami pun biasa-biasa sahaja. Tidak se gah kedai-kedai senior lain. Ada yang baru nak kenal, ada yang belum pun kenal kedai kami.
Ketika cuti-cuti am pun kedai kami selalunya buka. Di Alor Lintang dahulu pun begitu juga. Banyak buka dari tutup. Nak memudahkan customer cari barang, fotostat atau print bahan ketika kedai-kedai lain banyak yang tidak beroperasi.
Tapi itulah,
Kalau masa cuti selalunya kedatangan customer agak luar biasa. Ramai dari kebiasaan.
Ada customer yang faham, dia sanggup tunggu.
Terima kasih 🙏🏻
Yang tak biasa dengan suasana sibuk kedai kami, mungkin sebelum ini datang suasana tenang-tenang sahaja, kami minta maaf. Mungkin ketika suasana sibuk itu kami tidak dapat memberi servis yang terbaik.
Apa-apapun terima kasih sekali lagi kerana mempercayai perkhidmatan kami. Selamat datang, dan sila datang lagi nanti ❤️
02/07/2024
Nok fotostat comei muroh acu tra mari kedai ni. Mudoh baso, insyaAllah puas hati 👍
Terima kasih cikgu! 😃
23/06/2024
300 Set. Hantar pagi, petang buleh ambik doh ✅
Terima kasih cikgu.
Harini kita BUKA macam biasa.
9.00 Pagi - 6.00 Petang ✅
Jemput maiii 🫰🏻
09/06/2024
Sedikit tips kalau nak print LAWOO macam menu ni 👇🏻
✅ Edit design dalam format FULL A4 (Potrait /Landscape) Nanti bila print akan jadi full gambar macam ni 👍
✅ Save ke format PDF Print /format gambar (PNG)
✅ Pastikan gambar dan tulisan dalam design tidak terlalu rapat dengan bahagian tepi kiri kanan & atas bawah
✅ Mari print kat D Amin Jaya Trading, Kg. Raja. InsyaAllah LAWOO & Pastikan ikut tips di atas. Wohaaa
Terima kasih Restoran Suwa-Sano repeat print menu dengan kita 🫰🏻
05/06/2024
“Dik, boleh tak edit dan buat muka depan pahtu fotostat buku ni 10 set?”
BOLEH KAK. Bisa diaturrrr ☺️
Terima kasih kak 🫰🏻
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
Lot 3A, Perkedaian MARA
Kampung Raja
22200
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Saturday | 09:00 - 18:00 |
| Sunday | 09:00 - 18:00 |