Pemakanan Sihat

Pemakanan Sihat

Share

jom like and follow page ni untuk ketahui lebih lanjut tentang pemakanan sihat

26/05/2022
25/01/2022

ANGGUR

Di dalam surah Ar-Rad, ayat 4 Allah berfirman:
"Dan di bumi terdapat bahagian2 yg berdampingan, kebun-kebun anggur, tanaman2, pohon kurma yg bercabang dan yg tidak bercabang; disirami dgn air yg sama, tetapi Kami lebihkan tanaman yg satu dari yg lainnya dalam hal rasanya. Sungguh, pada yang demikian itu trdpt tanda2 (kebesaran Allah) bagi org2 yg mengerti"
Anggur dikatakan mempunyai pelbagai khasiat, antaranya mengurangkan keradangan, mencegah penyakit nyanyuk, melancarkan perjalanan darah dan membersihkan perut.

25/01/2022

HALBA

Nabi s.a.w. pernah bersabda:
"Jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas".
Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas). Wanita arab s**a mengambil halba ni untuk cantikkan buah dada. Bagi ibu yang menyusu, halba menambahkan susu badan. Halba juga dapat membantu mengurangkan gula, merendahkan kolesterol, melegakan batuk kronik, bengkak gusi dan sebagai pembuka selera.

25/01/2022

SUSU KAMBING

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Akan tiba suatu masa di mana kambing adalah sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana"
Mengikut kajian, susu kambing mampu membantu masalah seperti asma, reumatik, demam kuning, insomnia dan menguatkan tulang.
Khasiatnya dikatakan lebih baik daripada susu lembu dan hampir menyamai susu ibu.

25/01/2022

BIJI HITAM (HABATUSSAUDA)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda:
"Jadilah seperti biji habb al-sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali mati"
Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa habatussauda itu menghapuskan angina dalam usus dan demam, baik merawat 'leukoderma', membuka urat yg halus dan menghilangkan penyakit selsema.

25/01/2022

KURMA

Kurma banyak disebut di dalam al-Quran, antaranya dalam surah Mukminah ayat 19:
"Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan"
Kurma merupakan "tenaga segera" kerana mudah diserap dan diproses. Ia juga mengandungi kandungan serat yang tinggi (3x lebih tinggi daripada pisang).
Nabi s.a.w. pernah bersabda:
"Rumah yang tiada kurma adalah rumah yang tiada makanan"
Sabda Nabi yang lain:
"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu"
Khasiat kurma adalah sebagai penguat memori, penawar racun dan penawar pelbagai penyakit.

kredit to https://id.linkedin.com/pulse/21-jenis-makanan-sunnah-h-harydah

19/01/2022

KENAPA MADU.................

Madu merupakan satu ciptaan Allah swt yang sangat istimewa. Madu telah digunakan secara meluas oleh semua golongan masyarakat. Selain menawarkan rasa yang lazat dan manis, adakah madu baik untuk kesihatan?

Fakta ringkas mengenai madu

Fakta yang paling penting, jangan pernah memberikan madu kepada kanak-kanak di bawah usia 12 bulan.
Madu mempunyai hubung kait dengan fungsi penyembuhan luka dan berperanan sebagai antibakteria semulajadi.
Boleh digunakan untuk menggantikan gula dalam makanan, dan menjadikan ia satu pilihan yang lebih sihat.
Madu telah digunakan dalam perubatan untuk lebih 5,000 tahun.

Want your practice to be the top-listed Clinic in Kampung Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kampung Raja
Kampung Raja
22200