Page Rasmi Sekolah Kebangsaan Peringgit

Page Rasmi Sekolah Kebangsaan Peringgit

Share

Facebook Rasmi Sekolah Kebangsaaan Peringgit Melaka.

Photos from Page Rasmi Sekolah Kebangsaan Peringgit's post 19/06/2026

Program: Bengkel Pendidikan Metamorfosis Rama-Rama
Tarikh: 16 Jun 2026 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Dewan Sekolah
Anjuran : Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka

Bengkel ini telah memberi pendedahan kepada murid tentang proses metamorfosis rama-rama serta meningkatkan pengetahuan mereka mengenai kehidupan serangga dan kepentingan memelihara alam sekitar. Murid turut berpeluang mengikuti aktiviti pembelajaran yang menarik dan interaktif. πŸ¦‹πŸŒΏ

Photos from Page Rasmi Sekolah Kebangsaan Peringgit's post 16/06/2026

πŸš€ Program Planetarium Bergerak: Dari Dinosaur ke Angkasa Lepas! πŸ¦–

Pada 15 Jun 2026, murid-murid SK Peringgit telah menyertai Program Planetarium Bergerak yang menawarkan pengalaman pembelajaran yang menarik dan interaktif. Melalui simulasi 360Β°, murid berpeluang meneroka dunia dinosaur, mengenali planet-planet serta keindahan alam semesta.

Program ini berjaya menarik minat murid terhadap bidang sains dan penerokaan angkasa sambil belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

✨ Belajar sambil meneroka, mencipta pengalaman yang bermakna! πŸš€πŸŒ

15/06/2026

🌟 SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH 🌟

Warga SK Peringgit dengan penuh rasa bangga dan sukacita merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada:

Pn. Hj. Marianee binti Sa’adon

atas kenaikan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SK Tun Syed Ahmad Shahabudin berkuat kuasa pada 15 Jun 2026.

Semoga dengan amanah dan tanggungjawab baharu ini, beliau terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan serta inspirasi dalam memimpin dan mencipta kecemerlangan dalam bidang kokurikulum.

Jasa, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di SK Peringgit amatlah dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Tahniah sekali lagi. Semoga terus cemerlang dan sukses di tempat baharu. 🌹✨

Ikhlas daripada:
Guru Besar, Pentadbir & Warga SK Peringgit

Photos from Page Rasmi Sekolah Kebangsaan Peringgit's post 12/06/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS TEAM SCRABBLE SK PERINGGIT 🌟

Warga SK Peringgit merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pasukan Scrabble SK Peringgit atas pencapaian cemerlang berjaya memperoleh Tempat Ke-8 daripada 132 buah sekolah dalam Pertandingan Scrabble Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 yang telah berlangsung di SMK Sungai Udang.

πŸ‘ Tahniah kepada murid-murid yang mengharumkan nama sekolah:

πŸ”Ή Muhammad Adeeb Farhan bin Mohamad Shah Hafi
πŸ”Ή Nur Irtia Adriana binti Mohammad Razali

Penghargaan dan tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing:

πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Nazirah binti Abu Hassan
πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Mazlinda Wati binti Haron

Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan dan membuktikan bahawa usaha gigih, komitmen serta semangat juang yang tinggi mampu menghasilkan kecemerlangan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Peringgit untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

β€œIlmu Untuk Kejayaan”

Photos from Page Rasmi Sekolah Kebangsaan Peringgit's post 11/06/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.

Tahniah diucapkan kepada Sarjan TKRS Muhammad Amirul Hafiz bin Hamdan atas kejayaan cemerlang apabila berjaya meraih Top 5 dalam Pertandingan Bantu Mula dan meraih Johan Gerak Waja.

Kejayaan ini melayakkan beliau mewakili Negeri Melaka ke Kem Wira MADANI yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 22 hingga 25 Jun.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum. Seluruh warga sekolah mengucapkan syabas dan tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini.





πŸŽ‰πŸ‘πŸ‡²πŸ‡Ύ

11/06/2026

🌷 SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS 🌷

Warga SK Peringgit mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada:

Cikgu Mohamad Azharuddin bin Sarip
πŸ“š Pengkhususan: Bahasa Melayu

Semoga kehadiran cikgu akan terus menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan, memperkukuhkan budaya ilmu serta menjadi inspirasi kepada warga sekolah khususnya anak-anak didik SK Peringgit.

Kami mendoakan agar cikgu sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kekuatan, serta dipermudahkan dalam menjalankan amanah mendidik generasi pewaris bangsa.

✨ β€œGuru Hebat, Murid Cemerlang, Sekolah Gemilang.” ✨

Selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar SK Peringgit. Bersama-sama kita melakar lebih banyak kejayaan demi kecemerlangan sekolah dan masa depan anak-anak.

Photos from Page Rasmi Sekolah Kebangsaan Peringgit's post 09/06/2026

🌟 Keputusan Pertandingan Keceriaan Kelas Minggu Ke-16

Tahniah diucapkan kepada semua kelas yang telah berusaha menceriakan kelas masing-masing! πŸ‘βœ¨

πŸ† Keceriaan Kelas Tahap 2
πŸ₯‡ 6 Delta
πŸ₯ˆ 6 Beta
πŸ₯‰ 4 Beta

πŸ† Keceriaan Kelas Tahap 1
πŸ₯‡ 2 Sigma
πŸ₯ˆ 2 Gamma
πŸ₯‰ 2 Beta

Teruskan usaha mencipta suasana pembelajaran yang kondusif, ceria dan menarik! πŸŒˆπŸ“š Semoga lebih banyak idea kreatif dapat ditampilkan pada minggu akan datang πŸ’‘βœ¨

06/06/2026

Setinggi-tinggi ucapan selamat maju jaya diucapkan kepada Muhammad Hakim dan Ilman Muqree yang akan mewakili Negeri Melaka ke Peringkat Kebangsaan Bola Tampar. Semoga berjaya melakar kecemerlangan dan terus mengharumkan nama sekolah, negeri serta negara. 🏐✨

22/05/2026

πŸ“’ MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026 πŸ“’

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Cuti Pertengahan Tahun 2026 bagi murid-murid dan warga Sekolah Kebangsaan Peringgit akan bermula pada:

πŸ—“οΈ 23 Mei 2026 hingga 7 Jun 2026

Sesi persekolahan akan bermula semula pada:

πŸ“š 8 Jun 2026 (Isnin)

Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid, ibu bapa/penjaga serta warga sekolah. Gunakanlah masa cuti ini dengan aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga serta sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri. ✨

Jumpa lagi di sekolah nanti dengan semangat yang lebih ceria dan bersemangat! 🌟

Photos from Page Rasmi Sekolah Kebangsaan Peringgit's post 22/05/2026

πŸ“’ PROMOSI PROGRAM PLANETARIUM BERGERAK: DARI DINOSAUR KE ANGKASA LEPAS! πŸ¦–πŸš€βœ¨

Pada hari ini telah berlangsung sesi promosi Program Planetarium Bergerak: Dari Dinosaur ke Angkasa Lepas! kepada murid-murid SK Peringgit bermula jam 8.00 pagi hingga 8.30 pagi.

Sesi promosi ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid tentang pengalaman pembelajaran interaktif yang bakal mereka lalui melalui dunia dinosaur, penerokaan angkasa lepas serta tayangan simulasi 360° yang menarik dan menyeronokkan. 🌍🌌

Program ini diharapkan dapat menyemai minat murid terhadap bidang sains, teknologi dan imaginasi kreatif melalui pendekatan pembelajaran yang lebih santai dan menyeronokkan. πŸ›°οΈβ­

Terima kasih kepada semua guru dan murid yang memberikan kerjasama sepanjang sesi promosi berlangsung. 😊

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kampong Peringgit?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


KM4 Jalan Pantai Peringgit
Kampong Peringgit
75400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00