LR SPA
Beauty & Wellness - Home & Mobile SPA
22/05/2023
Promotion… Lady boss Birthday
27/5 - 11/6.
22/05/2023
Treatment..
13/03/2019
Sri Sari herbs 👍🏻
25/01/2019
Sabun Manggis & Sabun Manjakani
Dapatkan Sabun Manggis & Sabun Manjakani 📲0136732146
23/01/2019
Sauna & Lulur..
14/07/2018
Sabun Manggis amat sesuai untuk lelaki & wanita yang mempunyai masalah jerawat & resdung..
☎️ 013 6732146
07/07/2018
Cuti2 nie leh manja2kan diri... berlulur kita..
Milky Coconut + Warm Ginger.. melembutkan kulit & buang angin dalam badan...
22/06/2018
Set - set Berpantang mengikut budget anda..
Jom dapatkan SET KELENGKAPAN LEPAS BERSALIN SERENDAH RM100 ke atas !!
* Mandi Herba hanya 2kali sehari pagi dan petang dengan air suam-suam kuku. Mulai dengan menjirus dari kaki ke atas untuk mengelak tubuh/urat terkejut.
* Pilis - Sapukan "Bedak Panas Srisari Herbs" untuk membantu mengurangkan rasa pening/nak pitam bagi sesetengah orang. Rasa berangin je, sapu baik-baik jangan sampai masuk mata.
* Bertungku adalah amalan wajib dalam pantang, lakukan bertungku selepas mandi. Pastikan bertungku dengan tungku srisari herbs yang mengandungi sarung herba. Seelok-eloknya 2 atau 3kali sehari lepas mandi. Kadang-kadang tak sempat so buat sekali sehari dah memadai. Hasilnya memanglah... segar dan lega.. Tumpukan bertungku di kawasan rahim dan juga satu badan. Best sangat!
* Berurut tempoh 3hari berturut-turut selepas balik dari hospital di awal kelahiran. Semasa berurut tu bidan pasti sengkak peranakan yang dah jatuh. Bidan urut buang angin dekat badan. Best je rasa nanti lega, ringan dan sedap kalau melahirkan anak melalui operation jangan lakukan apa-apa aktiviti disekitar perut.
* Berbengkung siang dan malam mesti sentiasa berbengkung. Sapukan Parem + Air perahan limau + Sedikit kapur dan alas kain nipis dan berbengkung. Bengkung Srisari Herbs terdapat beberapa jenis dan saiz, ada yang zigzag, ada yang tebal (lebih selesa) untuk support tulang belakang.
* Pakai barut (param) sebelum bengkung.Ubat barut boleh membantu memecahkan lemak dan menghalang angin masuk.
* Pakai stokin setiap masa untuk mengelak sejuk dan masuk angin. Cukup habis pantang dah tak perlu pakai stokin
* Makan kerap tapi dalam kuantiti sedikit. Ini tips yang sangat berkesan untuk kekal langsing. Sebelum makan pastikan mesti pakai bengkung dulu. Kalau dah pakai bengkung sebelum makan mesti makan tu sikit jer nanti. Taklah melantak namanye.. Seeloknya makan dan minum 6kali sehari. Makan berat macam nasi tu 2kali je sehari. Kalau makan nasi mesti nasi panas. Minum air kosong suam mesti banyak , bagus untuk tambah susu (kata orang tua dalam pantang tak elok minum air banyak-takut kembang?? Itu sebab ada rawatan tangas.
* Baring dan rehat secukupnya. Hadkan pergerakan ketika masih dalam pantang. Cara duduk dalam pantang mesti bersimpuh. Elakkan duduk bersila bertujuan nanti tulang punggung kembang.
* Ikat rambut tegang-tegang. Supaya kulit muka jadi tegang. Boleh menaikkan seri muka dan melegakan kepala. Jangan sesekali biarkan rambut lepas untuk elak masuk angin.
* Senaman pemulihan dan mengempiskan perut
Pantang adalah bertujuan untuk pemulihan luaran dan dalaman badan bagi wanita selepas mengandung 9 bulan dan berhempas pulas ketika ingin bersalin. Tempoh berpantang adalah sangat bermanfaat jika wanita lepas bersalin ini amalkan penjagaan kesihatan yang cukup rapi dan teratur.
www.wasap.my/0136732146
18/06/2018
[BEDAK HANGAT 3 DALAM 1]:
(Param, Pilis & Tapel)
☑ Param
Khasiat : Baik sekali untuk mengurangi rasa letih dan lenguh-lenguh pada orang dewasa dan anak-anak. Dapat juga mngubati seliuh atau salah urat. Di sapu di seluruh badan supaya badan tidak masuk angin.
Cara Guna: Ambil secukupnya dan tmbahkan sedikit air sehingga menjadi pes dan sapu pada bahagian tubuh yang terasa letih.
☑ Pilis
Khasiat : Pilis digunakan untuk melegakan sakit sakit di bahagian ubun dan pening kepala akibat berpantang. Ia dapat mengurangkan kesan gelap mata yang biasanya di alami ibu yang lepas bersalin.
Cara guna : Ambil secukupnya dan tmbahkan sedikit air sehingga menjadi pes dan sapukan pada bahagian dahi. Pakailah Pilis setiap hari 2 kali sehari (Pagi dan Petang)
☑ TAPEL
Khasiat : Baik sekali untuk mengecutkan otot-otot perut yang kendur. Memutihkan kembali perut yang selalunya mempunyai tanda2 hitam selepas melahirkan. Khasiat tapel juga untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut.
Cara Guna : Ambil secukupnya dan tmbahkan sedikit air sehingga menjadi pes dan sapu pada bahagian perut sebelum berbengkung. Pakailah Tapel setiap hari 2 kali sehari (Pagi dan Petang)
📱0136732146
# srisariherbs
07/06/2018
7 Aura Bunga..
☎️ 013 6732146
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kg Baru Hulu (M) Air Kuning
Kampar
31920