Champs Auto
Service & Repair
24/01/2021
PERODUA MYVI
Tukar COOLING COIL
Rutin hari minggu CHAMPS AUTO memang utamakan kereta² 'appointment', customer yang dah buat booking slot untuk hari Ahad biasa akan hantar kereta ke bengkel lewat petang Sabtu selepas waktu kerja dan tugas kami adalah cuba terbaik selesaikan masalah atau kerosakan serta serah balik kereta pada customer ON TIME seperti yang telah dijanjikan. Bab spare-part usah risau, memang kami akan sedia segala yang diperlukan.
Alamakk!! Dah cerita panjang lebar p**a..😅 biar balik pada topik hari ini, sekiranya aircond kenderaan anda kurang sejuk dan terdapat kabus seperti asap putih tebal dalam kenderaan, kemungkinan kerosakan pada cooling coil kenderaan anda adalah tinggi.
Kebocoran minor@kecil ataupun besar pada cooling coil boleh mengakibatkan suhu dalam kenderaan jadi panas dan bau gas aircond dalam kenderaan juga akan dapat dihidu. Kerosakan ini boleh dibaiki dengan mengantikan seketul cooling coil baru atau servis, menampal kebocoran pada cooling coil tersebut.
Sebarang pertanyaan atau ingin buat appointment / booking slot untuk jentera kesayangan anda,
boleh menghubungi kami di nombor tertera
👇🏼👇🏼👇🏼
http://www.wasap.my/601116497015
http://www.wasap.my/60185786016
22/01/2021
PROTON SATRIA
Servis RADIATOR
Kenapa nak tukar sedangkan radiator yang sedia ada itu hanya perlu diservis untuk kembali berfungsi seperti baru. Kan lebih jimat?😁
Kenderaan/radiator yang berusia 5 tahun adalah jangka masa yang sesuai untuk anda hantar buat servis. Proses servis radiator adalah komponen tersebut akan dibuka dan dicuci.
Semasa proses servis radiator, mekanik akan buat penelitian di setiap inci bagi mengesan sebarang kerosakan seperti bocoh, retak, pecah, gasket sudah reput atau kerosakan lain yg sebenarnya masih boleh dibaiki di peringkat awal.
Sebarang pertanyaan atau untuk info. yang lebih lanjut, anda boleh menghubungi kami di nombor tertera👇🏼👇🏼👇🏼
http://www.wasap.my/601116497015
http://www.wasap.my/60185786016
19/01/2021
PROTON SAGA FLX
PERODUA MYVI
Tukar SPARK PLUGS
Spark plugs juga dikenali sebagai palam pencucuh.
Untuk pengetahuan anda, ignition plug cable berfungsi mengalirkan arus elektrik dari ignition coil atau distributor kepada spark plugs untuk mencetuskan percikan api yang akan membantu proses pembakaran campuran bahan api dan oksigen di dalam kebuk pembakaran seterusnya menggerakkan piston.
Piston akan memberikan kuasa yang diperlukan untuk memutarkan roda dan seterusnya menggerakkan kenderaan anda.
Dalam jangka masa panjang, lebihan gas dan bahan api yang tidak terbakar akan mewujudkan lapisan karbon pada spark plugs. Ia akan mengurangkan prestasi enjin dan pada masa yang sama membuatkan anda sukar menghidupkan enjin kenderaan.
Sebarang info. atau pertanyaan boleh menghubungi kami di nombor tertera👇🏼👇🏼👇🏼
http://www.wasap.my/601116497015
http://www.wasap.my/60185786016
17/01/2021
PROTON SAGA FLX
Tukar DRIVESHAFT & ENGINE MOUNTING
Baru siap job tukar driveshaft kiri dan kanan sekali dengan 4 biji mounting enjin jentera kesayangan abang GrabCar yang selalu support bengkel kami.
CHAMPS AUTO
beroperasi dari jam 10.00am ~ 7.00pm SETIAP HARI, hari minggu tidak dikecualikan untuk customer yang tidak dapat hantar kereta untuk diperbaiki pada hari bekerja dan dialu-alukan buat appointment pada hari minggu.
Terima kasih pada customer kerana percaya dan sudi memilih CHAMPS AUTO.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di nombor tertera👇🏼👇🏼👇🏼
http://www.wasap.my/601116497015
http://www.wasap.my/60185786016
16/01/2021
PROTON SAGA ISWARA 4G13
TOP OVERHAUL
Overhaul secara kasar terbahagi kepada 2 jenis :-
1️⃣ TOP Overhaul
• ia melibatkan bahagian dari atas piston, gasket, cylinder head dan juga termasuk dengan valve dan rocker arm.
2️⃣ FULL Overhaul
• ia melibatkan enjin blok, piston, conrod, crankshaft, bearing (kawasan enjin dan piston) oil sump dan lain-lain komponen di dalam enjin sesebuah kenderaan.
Apakah simptom yang menunjukkan kenderaan anda perlu di-overhaul?
i) keluar asap putih dari ekzos kenderaan
ii) enjin meragam sebab palam pencucuh berkerak
iii) minyak hitam berkurangan, biasa dipanggil enjin ‘makan minyak’
iv) suhu enjin seringkali panas
Macam mana nak memilih sama ada kena buat TOP overhaul atau FULL overhaul⁉️🤔
Sebenarnya ia bergantung kepada DI MANA dan JENIS MASALAH kenderaan tersebut.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di nombor tertera👇🏼👇🏼👇🏼
http://www.wasap.my/601116497015
http://www.wasap.my/60185786016
15/01/2021
NISSAN VANETTE C22
Servis CARBURETTOR
KENAPA dan MENGAPA kenderaan semput bila ‘tekan minyak’⁉️🤔
Tanda spark plug kenderaan rosak, tanda distributor rosak adalah merupakan tanda-tanda yang biasa berlaku. Selain dari itu juga masalah pada fuel filter, fuel pump, injector atau karburetor juga sering menjadi penyebab kepada masalah ini.
Secara ringkas, kebiasaannya masalah ini disebabkan oleh segala sesuatu yang berkaitan
i) sistem pencucuhan@ignition
ii) sistem bahan api@fuel system, atau
iii) sistem pengambilan@intake system
Sekiranya anda memerlukan bantuan / info. yang lebih lanjut, sila hubungi nombor tertera di bawah
👇🏼👇🏼👇🏼
http://www.wasap.my/601116497015
http://www.wasap.my/60185786016
13/01/2021
PROTON WIRA
Tukar MAGNETIC CLUTCH@compressor
Refill AIR-COND GAS R134a
COMPRESSOR merupakan komponen yang penting dalam sistem aircond kereta. Gagal berfungsi dengan baik akan menyebabkan aircond kereta kurang sejuk atau terus tak sejuk langsung.
Selepas kami periksa, rupanya electromagnetic clutch yang membawa masalah pada compressor tersebut, secara keseluruhan compressor masih ‘sihat’ lagi, belum tiba penghujung hayatnya.
Kami gantikan bahagian mana yang rosak, kenapa nak buang duit untuk tukar sebiji compressor yang baru?
CHAMPS AUTO
beroperasi dari jam 10.00am ~ 7.00pm SETIAP HARI. KunjungiLah bengkel kami mengikut kesesuaian masa anda sekiranya perlukan perkhidmatan kami.
📍Lokasi kami ialah di 15-G, Pusat Perdagangan, Jalan Kampar Barat 1, Taman Kampar Barat, 31900 Kampar, Perak.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di nombor tertera👇🏼👇🏼👇🏼
http://www.wasap.my/601116497015
http://www.wasap.my/60185786016
11/01/2021
PERODUA VIVA
Tukar CLUTCH PLATE, CLUTCH COVER, CLUTCH BEARING & FLYWHEEL OIL SEAL
Untuk pengetahuan anda, clutch plate direka mampu bertahan sehingga 50,000km hingga 100,000km ataupun lebih dari itu.
Ketahanan clutch plate itu sebenarnya bergantung kepada gaya pemanduan anda misalnya jika anda kerap memandu di kawasan bandar, sudah tentunya anda kerap menggunakan clutch anda dan inilah faktor utama penyumbang kecepatan clutch plate kenderaan anda menjadi haus kerana anda sering menekan clutch dan menukar ke gear rendah.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di nombor tertera👇🏼👇🏼👇🏼
http://www.wasap.my/601116497015
http://www.wasap.my/60185786016
10/01/2021
PROTON WIRA
Servis RADIATOR,
Tukar RADIATOR BOTTOM HOSE, BY PASS HOSE, RADIATOR SPARE TANK & COOLANT
Refill AIR-COND GAS R134a
Terdapat pelbagai punca yang boleh membawa kepada masalah temperature kereta naik. Kebiasaannya seperti kipas radiator tidak berfungsi, masalah radiator bocor atau tersumbat, masalah thermostat dan bermacam-macam lagi.
Kesulitan kenderaan anda, kami usaha untuk atasi. Terima kasih kerana memilih dan menggunakan khidmat kami untuk jentera kesayangan anda.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di nombor tertera👇🏼👇🏼👇🏼
http://www.wasap.my/601116497015
http://www.wasap.my/60185786016
09/01/2021
PERODUA VIVA
Tukar TIMING BELT, TIMING TENSIONER BEARING & CRANKSHAFT SEAL
Ramai pengguna kenderaan masih tidak pasti bila sebenarnya perlu tukar timing belt ⁉️🤔
Ia perlu ditukar setiap kali 90,000km atau 100,000km dan kos menggantikan timing belt yang baru memang tak murah. Jika anda menggunakan Perodua Viva, ia lebih mahal dari timing belt Proton Wira.
Kebiasaannya timing belt tidak bagi apa-apa tanda atau ‘hint’ bila ia nak putus. Tiba-tiba saja ia boleh putus dengan sendiri.
Sesetengah enjin, ia akan berbunyi. Untuk memastikan bunyi tersebut berpunca dari timing belt, anda jiruskan sedikit air paip pada timing belt yang sedang berputar. Jika bunyi hilang semasa dibasahi air tersebut, maka memang timing belt kereta anda wajib diganti segera.
Apabila timing belt putus, ia akan melibatkan kos yang sangat tinggi kerana komponen² dalam enjin banyak yang akan rosak, patah dan retak.
Jadi pastikan anda tukar timing belt tepat pada masanya.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di nombor tertera👇🏼👇🏼👇🏼
http://www.wasap.my/601116497015
http://www.wasap.my/60185786016
07/01/2021
Salam sejahtera dan selamat pagi semua.
Sudah agak lama tidak bersiaran di page CHAMPS AUTO. Kali ini bukan lagi isu teknikal, selepas tamat pkpb@kampar, admin sibuk dengan projek di luar kawasan Kampar, mekanik p**a tak menang tangan cuba terbaik diagnose dan setel masalah kereta setiap customer. Di antara job yang paling mencabar adalah job overhaul gearbox auto kereta Perodua Bezza.
Bagi sikit masa admin consolidate gambar² dan harap dalam masa terdekat, admin dapat kongsi bersama anda pasal punca utama kerosakan gearbox kenderaan.
Bengkel beroperasi seperti biasa dari jam 10:00am~7:00pm SETIAP HARI.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di nombor tertera👇🏼👇🏼👇🏼
http://www.wasap.my/601116497015
http://www.wasap.my/60185786016
Semoga tahun 2021 penuh berkah dan penuh dengan petualangan baru.. 🤜🏼🤛🏼
22/12/2020
PERODUA KANCIL
Servis CARBURETTOR
Tukar THERMOSTAT,
COOLANT replacement & bleeding
Tanda² kaburetor yang bermasalah:
i) enjin kenderaan akan menjadi semput².
ii) enjin kenderaan juga sukar dihidupkan terutama pada waktu pagi atau masa enjin kenderaan sejuk.
iii) enjin menjadi tidak stabil dan boleh 'mati' dengan sendiri.
iv) enjin kurang power dan kekurangan daya pecutan.
v) timing menjadi tinggi dan tidak boleh dilaras.
vi) penggunaan bahan api akan meningkat.
Seiring perjalanan masa, kotoran dan mendapan biasa terhasil di dalam kaburetor. Ia perlu dibuka dan diservis untuk mengelakkan kaburetor mendatangkan masalah pada kenderaan anda.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di nombor tertera👇🏼👇🏼👇🏼
http://www.wasap.my/601116497015
http://www.wasap.my/60185786016
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
15G, Pusat Perdagangan, Jalan Kampar Barat 1, Taman Kampar Barat
Kampar
31900
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 19:00 |
| Tuesday | 10:00 - 19:00 |
| Wednesday | 10:00 - 19:00 |
| Thursday | 10:00 - 19:00 |
| Friday | 10:00 - 19:00 |
| Saturday | 10:00 - 19:00 |
| Sunday | 10:00 - 19:00 |