Halwanis
Persatuan Halwanis Selangor (Halwanis) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sejak 2014.
Halwanis adalah singkatan bagi Badan Hal Ehwal & Kebajikan Wanita Selangor yang berfokuskan kepada isu-isu wanita.
18/02/2026
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN! πβ¨
Assalammualaikum WBT warga Hulu Langat tercinta,
Beberapa jam sahaja lagi, kita akan melangkah masuk ke gerbang penuh rahmah. Kami di HALWANIS Hulu Langat ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak buat semua! ππΈ
DOA MALAM INI:
"Ya Allah, bantulah kami untuk sentiasa mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan memperbaiki ibadah kami kepada-Mu di bulan yang mulia ini. Ya Allah, terimalah puasa dan qiam kami, serta jadikanlah setiap amalan kami tulus ikhlas hanya kerana-Mu." π€² (Rujukan Doa Harian: Laman Web MyJAKIM)
PESANAN BUAT SAHABAT HALWANIS:
π Mulakan dengan Niat: Malam ini, jom kita pasang azam paling kuat. Bukan sekadar nak kurus, tapi nak "kuruskan" dosa dan "gemukkan" pahala.
π Eratkan Kasih Sayang: Buat para ibu dan wanita di Hulu Langat, semoga setiap hidangan sahur dan berbuka yang disediakan menjadi asbab syurga buat kalian.
π Infaq Ramadan: Jangan lupa selitkan sedikit rezeki buat tabung kebajikan Halwanis. (Link di komen)
HARAPAN KAMI:
Semoga Ramadan esok menjadi permulaan kepada perubahan yang lebih baik. Mari kita jadikan daerah Hulu Langat bercahaya dengan tadarus Al-Quran dan semangat ukhuwah yang kental.
Selamat menunaikan solat Tarawih pertama dan selamat bersahur esok! π₯πΏ
Ikhlas,
HALWANIS Hulu Langat πΈ
17/02/2026
Malam ini kita tengok anak bulan ye.
Jika kelihatan, malam ini kita mula solat terawih dan esok berpuasa.
Jika tidak kelihatan, esok malam kita mula solat terawih dan lusa berpuasa.
MAJLIS CERAPAN RASMI HILAL RAMADHAN 1447H
Sesi cerapan anak bulan (Hilal) Ramadhan bagi tahun ini akan dilaksanakan pada
17 Februari 2026 (Selasa) / 29 Syaβban 1447H
Sesi cerapan di negeri Selangor akan dilaksanakan di 3(tiga) tempat cerapan seperti berikut:
1. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
2. Baitul Hilal Bukit Malawati, Kuala Selangor
3. Baitul Hilal Bukit Jugra, Kuala Langat
Pengisytiharan rasmi tarikh bermulanya 1 Ramadhan 1447H akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
17/02/2026
π§§ Tahun Baharu Cina, Semangat Perpaduan Hulu Langat! π§§
Kami di HALWANIS Hulu Langat ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh warga Hulu Langat yang meraikannya.
Makan besar bersama keluarga,
Tradisi dijaga, hubungan erat;
Gong Xi Fa Cai buat semua,
Keharmonian dikecap di Hulu Langat.
Semoga tahun ini membawa kemakmuran, kesihatan yang baik, dan kebahagiaan yang melimpah ruah buat anda sekeluarga! πβ¨
Langat
10/02/2026
Menjunjung Kasih Tuanku.
BACK TO SCHOOL.
ALL THE BEST KIDS!
10/01/2026
Pejam celik, sedar tak sedar tinggal 40 hari sahaja lagi sebelum kita menyambut bulan Ramadan 1447H.
Dah selesai ganti puasa?
Dah mula persiapkan diri?
Semoga kita dipertemukan dengan bulan yang penuh barakah ini. πβ¨
07/01/2026
Perhatian buat penerima SARA!
Bantuan SARA 2026 telah dikreditkan.
Anda boleh mula membuat semakan di aplikasi MyKasih bermula hari ini Khamis, 8 Januari 2026.
Jangan lupa semak ya!
Assalamualaikum wbt.
Puasa AYYAMUL BIDH ataupun disebut Puasa Putih di bulan REJAB 1447H Januari 2026
InsyaAllah jatuh pada hari-hari berikut:-
π· Sabtu, 3/1/ 2026 - 13 Rejab 1447H
π· Ahad, 4/1/2026 - 14 Rejab 1447H
π· Isnin, 5/1/2026 - 15 Rejab 1447H
Semoga dipermudahkan segala urusan kita untuk meraih rahmat dan redhaNya.
01/01/2026
Selamat menyambut tahun baru 2026!
Mari kita mulakan tahun ini dengan azam untuk lebih menyayangi keluarga, lebih peka terhadap kebajikan mereka yang memerlukan, dan lebih aktif menyumbang kepada kebaikan masyarakat.
Moga Allah SWT melimpahkan keberkatan dalam setiap usaha kita, memurahkan rezeki buat semua, dan menjadikan tahun ini tahun yang penuh kasih sayang serta kesejahteraan bagi kita semua.
48 hari menuju
Ramadan 1447H
16/12/2025
PERMOHONAN STR 2026 TELAH DIBUKA: JANGAN TERLEPAS BAYARAN STR FASA 1
Permohonan STR 2026 telah pun dibuka dan boleh dimohon oleh rakyat Malaysia sama ada B40 atau M40.
Daftar di link
https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Permohonan
Permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturut β turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026.
Semak di link ini
https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Kajang
43000