RAM Guard Services Sdn Bhd

RAM Guard Services Sdn Bhd

Share

Security Services Company providing Malaysian and Nepalese Guards Security Guards (Malaysian and Nepalese) supply in Peninsula Malaysia. Apply now!

Borang Permohonan atas talian
https://forms.gle/i3vQwiiLjAkP77ey5

24/06/2026

Esok, menghadiri Taklimat Tender Keselamatan Hospital di Kelantan. Kalau dapat, Warga Kelantan amat beruntung lepas ni!
Kita Cuba.

22/06/2026

Pengawal Keselamatan: Adakah Majikan Anda Mencarum SOCSO (PERKESO)?

Ramai Pengawal Keselamatan tidak menyedari betapa pentingnya caruman SOCSO sehinggalah sesuatu yang buruk berlaku.

Bayangkan jika seorang pengawal mengalami kemalangan serius semasa bertugas, hilang upaya kekal, atau lebih tragis lagi meninggal dunia akibat kemalangan pekerjaan.

Jika caruman SOCSO dibuat dengan betul:
✅ Rawatan perubatan boleh ditanggung.

✅ Faedah kehilangan pendapatan boleh dibayar.

✅ Pampasan hilang upaya boleh diberikan.

✅ Waris boleh menerima faedah orang tanggungan dan bantuan pengurusan pengebumian.

Tetapi jika majikan gagal mencarum SOCSO:
❌ Pekerja dan keluarga mungkin menghadapi kesukaran mendapatkan faedah yang sepatutnya.

❌ Keluarga mungkin kehilangan sumber pendapatan utama tanpa perlindungan yang mencukupi.

❌ Proses tuntutan dan tindakan undang-undang boleh menjadi lebih rumit dan memakan masa.

⚖️ **Mencarum SOCSO bukan pilihan, tetapi kewajipan undang-undang bagi majikan. Kegagalan mencarum boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan, denda dan penalti terhadap majikan.

🛡️ Sebagai Pengawal Keselamatan, jangan hanya tanya berapa gaji yang ditawarkan. Tanyakan juga:

Adakah syarikat mencarum KWSP dan SOCSO saya?"**

Kerana apabila musibah berlaku, perlindungan inilah yang boleh membantu anda dan keluarga meneruskan kehidupan.

22/06/2026

Selamat Pagi.

Kaji Selidik Keperluan & Faedah Pengawal Keselamatan 19/06/2026

Selamat petang Tuan tuan dan Puan puan.

Borang Kaji Selidik sudah boleh dibuat secara talian online. Hanya login menggunakam emel gmail dan jawab soalan berkenaan. Kita mahu memastikan kajian ini disampaikan kepada pihak berkenaan untuk dianalisa secara terbuka dan bagi mengenal pasti isu isu dalaman industri. Terima kasih sangat atas sokongan. Url seperti di bawah.

Kaji Selidik Keperluan & Faedah Pengawal Keselamatan Terima kasih kerana mengambil bahagian dalam kaji selidik ini. Tujuan kaji selidik ini adalah untuk memahami keperluan, harapan, dan faedah pekerjaan yang paling penting bagi Pengawal Keselamatan (PK) dan Pengawal Keselamatan Wanita (PKW). Semua jawapan adalah sulit dan hanya digunakan untuk tujuan....

19/06/2026

Kaji Selidik Faedah & Kebajikan Pengawal Keselamatan

Tuan/Puan yang dihormati,

RAM Guard Services ingin memahami dengan lebih baik keperluan, kebajikan dan faedah yang paling dihargai oleh Pengawal Keselamatan (PK) dan Pengawal Keselamatan Wanita (PKW).

Soalan:

Apakah faedah (benefit) atau kebajikan yang paling anda harapkan daripada sebuah syarikat keselamatan yang baik?

Sila nyatakan pendapat anda dengan jujur dan terperinci. Antara perkara yang boleh dipertimbangkan ialah:

1. Gaji yang kompetitif dan dibayar tepat pada masanya
2. Caruman EPF & SOCSO yang lengkap
3. Insurans kemalangan atau perlindungan tambahan
4. Elaun pengangkutan
5. Elaun kedatangan penuh (attendance allowance)
6. Elaun prestasi atau bonus tahunan
7. Penginapan yang selesa dan terjaga
8. Latihan kemahiran dan peluang kenaikan pangkat
9. Uniform dan peralatan kerja yang berkualiti
10. Penghargaan pekerja cemerlang
11. Cuti tahunan dan cuti sakit berbayar
12. Bantuan kebajikan kecemasan
13. Jadual kerja yang teratur dan adil

Soalan Tambahan

1. Nyatakan TIGA (3) faedah yang paling penting bagi anda sebagai seorang Pengawal Keselamatan.

2. Jika anda boleh mencadangkan SATU perkara yang boleh meningkatkan kebajikan pengawal keselamatan, apakah cadangan tersebut?

3. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri syarikat keselamatan yang terbaik untuk bekerja?

"Pendapat anda amat penting bagi membantu kami mewujudkan tempat kerja yang lebih baik, adil dan menjaga kebajikan semua pengawal keselamatan."

Sila Jawab dalam ruangan komen Tuan tuan dan puan puan!

18/06/2026

Sesiapa yang pernah berkerja sebagai PK dan PKW dalam Hospital tentu tahu kod insiden ini. Hospital menggunakan sistem kod warna untuk kecemasan, dan pengawal keselamatan selalunya adalah barisan hadapan yang perlu bertindak segera.

18/06/2026

Mungkin ada diantara kita yang masih tidak faham,perkara melibatkan gaji dll bukannya di bawah pandangan KDN ataupun PIKM.

Kalau gaji, EPF/SOCSO- Hubungilah pejabat JTK terdekat. Mereka lebih arif.

15/06/2026

Bersama team leader untuk taklimat pagi Sabtu. Rikh Sarki,Man Magar , Sugrib dan Om Bahadur BK.

15/06/2026

Kawalan dalaman kilang juga adalah separuh tugasan kita sebagai seorang anggota keselamatan. Kerja pemantauan adalah berasaskan SOP yang sudah di berikan.

Kerajaan Malaysia - Jabatan Imigresen Malaysia 15/06/2026

Selamat Pagi Semua!!

Nampaknya, warga kita lebih proaktif dalam membongkar anasir anasir PK Pakistan, PK Indonesia dan bangsa lain yang tidak dibenarkan dalam Industri Kawalan Keselamatan.

Syabas! Bravo! Terus buat aduan ke SISPAA Jabatan Imigresen Malaysia melalui sesawang dibawah.

Kerajaan Malaysia - Jabatan Imigresen Malaysia

Want your business to be the top-listed Business in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No 31-3, Jalan Impian Mahkota 1, Saujana Impian
Kajang
43200

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Saturday 08:30 - 13:00