TNB Integrated Learning Solution - ILSAS

TNB Integrated Learning Solution - ILSAS

Share

We incorporate PRAXIS - a hands-on approach to ensure total application of the knowledge translating to job-ready workforce.

TNB Integrated Learning Solution - ILSAS stands as a TNB corporate academy in Malaysia, dedicated to offering people solutioning and certification programs aimed at enhancing human capital excellence for our clients. TNB Integrated Learning Solution - ILSAS is a premier technical training institute equipped with over 30 years of experience and proven track record in the field of power utility engi

31/07/2026

Sekalung Tahniah

Tahniah diucapkan kepada Ir. Ts. Ahmad Farid bin Jamil atas pelantikan sebagai Head (PMO), Distribution Network Division, TNB berkuat kuasa 3 Ogos 2026.

Warga kerja TNB ILSAS mendoakan kejayaan dan kecemerlangan berterusan.

Photos from TNB Integrated Learning Solution - ILSAS's post 29/07/2026

FINANCE ACADEMY: LEADERS' UNPLUGGED SESSION
LDC–TNB | 27 JULAI 2026

Leadership Insight: Daripada Kepastian Kejuruteraan kepada Ketidakpastian Strategik

Perkongsian Dr. Ahmad Jaafar Abd Hamid yang merangkumi pengalaman selama 38 tahun bersama TNB memberikan satu perspektif yang sangat bermakna tentang erti kepimpinan pada masa kini. Antara mesej yang paling memberi kesan ialah apabila beliau berkata, "Leadership is not about protecting certainty, it is about preparing organisations to thrive amid uncertainty."

Kepimpinan hari ini bukan lagi tentang mempunyai semua jawapan atau memastikan segala-galanya berjalan seperti yang dirancang. Sebaliknya, seorang pemimpin perlu berani membuat keputusan dalam keadaan yang penuh ketidakpastian, sambil membina organisasi yang cukup tangkas dan berdaya tahan untuk menghadapi apa jua cabaran masa hadapan. Dalam dunia yang sentiasa berubah, daripada peralihan tenaga, kemajuan teknologi, kecerdasan buatan hinggalah kepada perubahan jangkaan pelanggan, pemimpin juga perlu berubah cara berfikir.

Satu lagi pengajaran besar daripada perkongsian beliau ialah nilai kepimpinan tidak lagi diukur sekadar melalui pencapaian operasi atau prestasi kewangan. Sepanjang perjalanan kerjayanya, daripada bidang operasi sistem, tenaga boleh baharu, kepimpinan komersial sehinggalah mengurus portfolio subsidiari TNB, Dr. Ahmad menunjukkan bahawa setiap perubahan peranan menuntut cara berfikir yang lebih luas. Kepakaran teknikal tetap penting, tetapi ia perlu diseimbangkan dengan pemikiran strategik, kefahaman kewangan, kebijaksanaan membuat keputusan serta keupayaan melihat sesuatu daripada perspektif pelanggan.

Seperti yang beliau tekankan, kewangan bukan sekadar fungsi pelaporan, tetapi satu keupayaan kepimpinan. Setiap keputusan yang dibuat bukan hanya perlu memberikan p**angan kepada organisasi, malah perlu membina kepercayaan pelanggan, menyokong aspirasi negara dan mencipta nilai yang berkekalan untuk generasi akan datang.

Tambahan beliau, “engineering taught me how systems work, but finance taught me how businesses survive”. Namun, di sebalik kejuruteraan dan kewangan, terdapat satu perkara yang lebih penting iaitu tujuan (purpose). Ilmu dan pengalaman menjadikan kita cekap, tetapi tujuan yang jelas menjadikan kita seorang pemimpin yang memberi makna kepada orang lain. Sebab itu, proses belajar tidak sepatutnya berhenti walau setinggi mana jawatan yang kita pegang.

Pemimpin masa hadapan bukanlah mereka yang mempunyai semua jawapan, tetapi mereka yang sentiasa belajar, berani menyesuaikan diri, mampu menghubungkan manusia dengan tujuan yang lebih besar, dan membuat keputusan hari ini demi manfaat jangka panjang.

Penutup beliau yang sangat berbekas, "The future belongs to leaders who can connect engineering, business, finance and purpose." Itulah ciri pemimpin yang diperlukan untuk membawa TNB terus maju dalam dunia yang semakin mencabar.

29/07/2026

💡 Belajar. Berkembang. Berjaya.

Saksikan perkongsian pengalaman peserta mengenai bagaimana LinkedIn Learning telah membantu mereka meningkatkan kompetensi, memperkukuh kemahiran profesional dan menyokong pembangunan kerjaya secara berterusan.

🎥 Saksikan video penuh di platform LinkedIn Learning: https://tinyurl.com/bdhed95b
🔓 Aktifkan akaun LinkedIn Learning anda untuk menyaksikan video penuh testimoni dan pelbagai kandungan pembelajaran digital yang lain!

📧 Sekiranya anda mengalami sebarang masalah teknikal, sila hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp 018-9722 413.

Photos from TNB Integrated Learning Solution - ILSAS's post 27/07/2026

BILA NILAI DIUJI, PILIHAN MENENTUKAN SIAPA KITA

23 Julai 2026 | Ada isu yang s**ar dibincangkan, namun apabila ia memberi kesan kepada diri, keluarga dan organisasi, kita tidak boleh memilih untuk berdiam diri.

Sembang Telus – Human Governance Series telah membuka ruang perbincangan yang matang dan penuh makna menerusi dua sesi yang saling melengkapi. Inisiatif ini merupakan kerjasama ketiga bagi tahun 2026 antara Jabatan Integriti TNB dan Leadership Development Centre (LDC), TNB ILSAS. Program yang berlangsung secara hibrid dari TNB PERDA, Pulau Pinang mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Sesi pertama, “Hati-Hati, Jangan Mudah Terpesona” yang disampaikan oleh Encik Mohd Faizal Mohd Salleh daripada AKPK mengupas realiti penipuan, scam dan manip**asi emosi yang semakin licik. Perkongsian ini mengingatkan bahawa mangsa scam bukan semestinya kurang bijak, sebaliknya sering menjadi mangsa apabila emosi mengatasi pertimbangan. Kesedaran, ilmu dan sikap berhati-hati merupakan benteng terbaik dalam membuat keputusan.

Sesi kedua, “Office Wife & Office Husband – Trend atau Red Flag?” p**a mengajak peserta melihat isu hubungan di tempat kerja daripada perspektif agama, psikologi, perundangan dan integriti. Perbincangan ini bukan untuk menghukum, tetapi mengajak semua bermuhasabah tentang kepentingan menjaga hati, batas dan amanah dalam setiap hubungan.

Walaupun kedua-dua sesi membincangkan isu yang berbeza, mesej yang disampaikan tetap sama iaitu setiap keputusan bermula daripada satu pilihan, dan setiap pilihan akan memberi kesan kepada diri, keluarga serta organisasi.

Antara pengajaran utama yang dikongsikan ialah pentingnya menjaga hati kerana di situlah bermulanya setiap keputusan, memelihara batas demi mengekalkan profesionalisme, melaksanakan amanah sebagai asas integriti serta menjadikan ilmu sebagai panduan dalam membuat pertimbangan yang terbaik.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua panel atas perkongsian yang sangat bermakna, kepada semua peserta yang hadir serta kepada pas**an BSO TNB PERDA atas kerjasama yang cemerlang dalam menjayakan program ini.

Semoga setiap ilmu yang dikongsikan menjadi manfaat dan terus mengingatkan kita bahawa Human Governance bukan sekadar satu konsep, tetapi budaya yang bermula daripada hati, diterjemahkan melalui tindakan dan dibuktikan melalui amanah. Kerana akhirnya, pilihan kecil yang dibuat hari ini mampu menentukan masa depan yang lebih besar pada hari esok.

27/07/2026

🌟 Kemahiran Teknikal Membuka Jalan, Kemahiran Insaniah Menjadikan Anda Luar Biasa! 🚀

Dalam era ET, kejayaan bukan hanya bergantung kepada kepakaran teknikal — tetapi juga kepada kemahiran insaniah yang membentuk pemimpin masa depan.

Tingkatkan kemahiran anda hari ini dan bersedia untuk masa depan!

24/07/2026

🌍🚀 Masa depan dunia kerja adalah digital – adakah anda sudah bersedia?

Berikut adalah kursus-kursus terbaik untuk mengasah kemahiran digital anda!

💡 Lindungi masa depan kerjaya anda dengan meningkatkan kemahiran hari ini.

Tahun ini, kemahiran digital manakah yang menjadi fokus anda?

💬 Kongsikan bersama kami di ruangan komen! 👇

Photos from TNB Integrated Learning Solution - ILSAS's post 23/07/2026

FROM FRAMEWORK TO REALITY: DRIVING ETSA’S STRATEGIC VALUE CREATION

Bangi, 14 Julai 2026 – Dalam usaha memperkukuh peranan strategik Energy Transition & Sustainability Academy (ETSA), ETSA Working Committee ILSAS telah menganjurkan sesi strategik “Leveraging the Value Management Framework” bersama Team Strategy, Partnership & Transformation.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Puan Farah Nadziah binti Yusoff, Lead, Strategy, Partnership & Transformation. Turut hadir bersama ialah Pengarah Urusan ILSAS, Tuan Haji Zulkifli Salahudin. Perkongsian tersebut mengupas bagaimana VMF boleh dimanfaatkan untuk memperkukuh proses perancangan strategik, mengenal pasti peluang penciptaan nilai serta meningkatkan prestasi dan keberkesanan organisasi.

Sesi ini memberi fokus kepada pemahaman dan penerapan Value Management Framework (VMF) sebagai pendekatan strategik dalam menterjemahkan aspirasi organisasi kepada nilai dan impak yang jelas serta mampan.

Photos from TNB Integrated Learning Solution - ILSAS's post 22/07/2026

PELANGGAN SEBAGAI PEMACU PERTUMBUHAN: STRATEGI MENCIPTA NILAI DAN KELESTARIAN ORGANISASI

Bangi | ILSAS telah menganjurkan sesi ceramah bertajuk “Turning Customer into Engine of Growth” yang telah disampaikan oleh Datuk Kamal Arifin bin A. Rahman, Chief Retail Officer pada 20 Julai 2026. Sesi ini memberi perspektif strategik mengenai bagaimana pelanggan boleh diangkat daripada sekadar pengguna perkhidmatan kepada rakan strategik yang menyumbang kepada pertumbuhan, inovasi dan kelestarian organisasi.

Sepanjang sesi, beliau berkongsi aspirasi TNB Retail yang berteraskan tiga enjin utama pertumbuhan iaitu Engine of Reliability, Engine of Revenue Growth dan Engine of Future Growth yang menekankan kepentingan membina hubungan pelanggan yang kukuh bagi memastikan pertumbuhan perniagaan yang mampan.

Antara pengisian utama yang dikongsikan adalah:

1. Membina Kepercayaan Pelanggan (Engage)
• Memastikan pengalaman pelanggan yang konsisten melalui pelbagai saluran perkhidmatan.
• Mengukuhkan kepercayaan pelanggan menerusi perkhidmatan yang cekap dan bekalan yang boleh dipercayai.
• Memanfaatkan maklum balas pelanggan bagi meningkatkan tahap kepuasan dan kualiti perkhidmatan.

2. Memperkasa Pendigitalan Pelanggan (Adopt)
• Menggalakkan penggunaan platform digital seperti myTNB dan myTNB Biz.
• Meningkatkan penggunaan bil dan pembayaran digital bagi memudahkan urusan pelanggan.
• Memanfaatkan data serta analitik tenaga untuk membantu pelanggan membuat keputusan yang lebih cekap dan bijak.

3. Menjana Nilai dan Pertumbuhan Bersama (Grow)
• Memperluas penawaran perkhidmatan melangkaui pembekalan tenaga tradisional.
• Menggalakkan penggunaan penyelesaian tenaga hijau, tenaga boleh baharu dan inisiatif kecekapan tenaga.
• Membina perkongsian strategik yang mampu menjana nilai jangka panjang kepada pelanggan dan organisasi.

4. Memacu Pertumbuhan Masa Hadapan
• Mempercepatkan transformasi digital dalam ekosistem pelanggan.
• Menggalakkan inovasi berteraskan keperluan pelanggan dan kelestarian.
• Menjadikan setiap interaksi pelanggan sebagai peluang untuk mencipta nilai dan pertumbuhan baharu.

Program ini telah memberikan pendedahan yang bernilai kepada para peserta mengenai kepentingan strategi berfokuskan pelanggan dalam menghadapi landskap perniagaan yang semakin dinamik dan kompetitif. Pendekatan yang dikongsikan jelas menunjukkan bahawa pelanggan bukan sahaja menjadi penerima perkhidmatan, malah merupakan aset strategik yang berperanan sebagai pemacu pertumbuhan organisasi dalam merealisasikan aspirasi pertumbuhan yang mampan, inovatif dan berdaya saing.

22/07/2026

📚 Adakah anda memanfaatkan sepenuhnya LinkedIn Learning?

Berikut adalah 3 ciri hebat yang boleh mempertingkatkan perjalanan pembelajaran anda!

✨ Semakin banyak anda belajar, semakin jauh anda berkembang.

Antara ciri kegemaran anda di LinkedIn Learning — yang mana satu paling anda s**a?

💬 Kongsikan bersama kami di ruangan komen! 👇

21/07/2026

Your Customers Remember More Than Your Service. They Remember Their Experience.

Dalam dunia hari ini, pengalaman pelanggan menjadi pembeza utama sesebuah organisasi. Setiap interaksi yang anda kendalikan bukan sahaja mempengaruhi kepuasan pelanggan, malah membentuk kepercayaan, kesetiaan dan reputasi TNB.

Customer Experience Certification Programme direka khas untuk membangunkan kompetensi yang diperlukan bagi menghasilkan pengalaman pelanggan yang cemerlang dan konsisten.

Sepanjang program ini, anda akan mempelajari bagaimana untuk:
✅Memahami keperluan pelanggan dengan lebih mendalam.
✅Berkomunikasi dengan yakin, profesional dan penuh empati.
✅Menyelesaikan isu pelanggan secara efektif.
✅Mengamalkan pendekatan customer-centric yang memberi impak kepada prestasi organisasi.

🎓 9 Modules | 18 Days | Professional Certification

Tingkatkan kompetensi. Kukuhkan keyakinan. Cipta pengalaman pelanggan yang memberi impak.

Tempat adalah terhad. Daftar sekarang dan jadilah sebahagian daripada tenaga kerja yang memacu Customer Excellence di TNB.

📩 Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran:
Wan Hanie
✉️ [email protected]
📞 019-264 8698

Want your business to be the top-listed Engineering Company in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


ILSAS, University Tenaga Nasional, Jalan Ikram/UNITEN, Km 7, Bandar Baru Bangi
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00