ENJINDOTCOM

ENJINDOTCOM

Share

ENJINDOTCOM -- ENJIN MEDIA RESOURCES -- 201703437266 (002752428-W) is a new automotive tourism media channel

05/06/2026

Lain macam dia layan suasana...

Photos from ENJINDOTCOM's post 03/06/2026

Jika anda inginkan sebuah motosikal yang mampu memudahkan urusan harian untuk ke mana-mana dalam jarak sederhana, skuter MODA Aero-E 125 ialah skuter gaya hidup, berkuasa petrol mesra bajet yang direka untuk kegunaan berulang-alik di bandar. Dengan harganya berpatutan RM 5,189 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran), serta enjin 119cc, lampu LED moden dan dua port pengecasan USB.

Spesifikasi Utama

Enjin: 118.8cc, 4-lejang, disejukkan udara, disuntik bahan api (Fi)

Prestasi: 9.1 hp @ 7,500 rpm dan tork 9.5 Nm @ 6,000 rpm

Transmisi: CVT dengan pacuan akhir tali pinggang-V

Kapasiti Bahan Api: 5.5 liter

Penyimpanan: Petak bawah tempat duduk 6.5 liter .

Brek: Cakera hidraulik hadapan, dram mekanikal belakang

Suspensi: Fork teleskopik (hadapan), monoshock boleh laras pramuat (belakang)

Ketinggian Tempat Duduk: 780 mm

Photos from ENJINDOTCOM's post 29/05/2026

Jenama motosikal Malaysia, Aveta, telah secara rasmi memulakan operasi Pusat Servis Teknikal baharunya, yang berperanan sebagai kemudahan lepas jualan strategik yang dibuka khas untuk menyediakan sokongan teknikal lanjutan, perkhidmatan diagnostik rumit dan penyelesaian
waranti bagi pemilik motosikal Aveta dan
Peugeot di seluruh negara.

Bukan setakat pusat servis biasa, kemudahan baharu ini merupakan sebahagian daripada
pelaburan berterusan Aveta untuk menambah baik pengalaman pemilikan pelanggan, kecemerlangan teknikal, dan sokongan produk jangka panjang sambil syarikat mengembangkan
jaringan operasi di Malaysia.

Memandangkan jangkaan pelanggan semakin meningkat dalam pasaran kenderaan dua roda, khidmat sokongan lepas jualan yang boleh dipercayai telah menjadi pembeza penting bagi jenama motosikal. Pelancaran Pusat Servis Teknikal Aveta menekankan komitmen syarikat untuk memberikan ketenangan fikiran sepanjang perjalanan pemilikan.

“Pusat ini mencerminkan komitmen jangka panjang kepada pemilik motosikal di Malaysia. Memahami bahawa sokongan lepas jualan penting memainkan peranan yang sama dengan kualiti produk itu sendiri. Dengan menubuhkan sebuah pusat teknikal khusus, Aveta mencipta ekosistem sokongan lebuh kukuh yang membolehkan ianya menyelesaikan kes lebih rumit dengan secara cekap, memenuhi piawaian kualiti dan dapat memberikan tahap keyakinan lebih kukuh kepada para pelanggan kami,” kata Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motor Malaysia.

Pusat ini beroperasi pada hari Isnin hingga Khamis dari jam 8:30 PG hingga 5:30 PTG (Rehat Makan Tengah Hari: 12:30 TGH HARI – 1:30 TGH HARI) dan hari Jumaat dari jam 8:30 PG hingga 5:30 PTG (Rehat Makan Tengah Hari: 12:30 TGH HARI – 2:30 PTG). Kunjungan adalah melalui temujanji sahaja bagi memastikan perkhidmatan yang lebih efisien dan perhatian yang lebih khusus kepada setiap pelanggan. Pelanggan boleh menjadualkan janji temu dengan menghubungi +6012 503 5409

23/05/2026
23/05/2026

Suzuki DRZ400SM

Photos from ENJINDOTCOM's post 23/05/2026

Kecil-kecil cili padi..Moca

Photos from ENJINDOTCOM's post 16/05/2026

BMW enam paip ekzos, enam lampu hadapan LED. Setiap perincian BMW Motorrad Vision K18 ini memberi kelainan dengan enjin enam silinder sebaris yang ikonik.

Photos from ENJINDOTCOM's post 14/05/2026

Secara jujurnya walaupun baru 2 hari mencuba, Suzuki DRZ400 SM ni betul-betul seronok ditunggang, walaupun dalam kawasan bandar. Paling pantang jumpa selekoh pendek, dia melantun-lantun nak terjah.

Hantaran kuasa tak terlalu kasar, boleh dikawal dan dijinakkan. Dikuasai enjin serba baharu satu silinder 398cc 4-lejang DOHC dengan suntikan bahan api yang berupaya menjana kuasa 38hp dan tork 37Nm dan patuh emisi Euro 5+.

Suzuki DR-Z4SM hadir dengan pakej elektronik serta fungsi ‘ride-by-wire’ yang ada tiga mod. A, B dan C serta sistem ‘traction control’ yang menawarkan tiga tetapan 1,2. Cuma harganya sahaja cuak sikit.

Harga Suzuki DR-Z400SM (2026) di Malaysia bermula daripada RM42,988, dengan harga pengenalan istimewa RM39,888 untuk 50 pembeli terawal. Harap pihak Suzuki boleh cari jalan berkenaan perkara ini, motosikal ni syok weii!!!

Photos from ENJINDOTCOM's post 14/05/2026

Motosikal Kove 450RR berjaya menawan 21 Selekoh. Motosikal bersaiz pertengahan dalam pertarungan besar, 450RR berjaya ke garisan penamat.
15–17 Mei Pusingan WorldSBK Czech
Autodrom Most, Republik Czech

KOVE MOTO | Fokus Pada Prestasi

Want your business to be the top-listed Media Company in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Bandar Baru Bangi
Kajang
43650