SKSI Troopers Rugby Club
Welcome to our page SKSI Troopers Rugby Club
12/07/2023
Ragbi Rimau MSSD Hulu Langat B12. Semoga terus semangat berusaha untuk baiki pasukan.
20/05/2023
20 Mei 2023 (Sabtu) - Hari ini latihan minggu kedua .. Selepas bercuti bulan puasa dan hari raya.. Alhamdulillah murid-murid SKSI sentiasa menunjukkan semangat kesukanan..
19/03/2023
18hb Mac 2023 (Sabtu): Latihan seperti biasa pada pagi Sabtu setiap minggu. Kehadiran masih memberangsangkan walaupun pada minggu terakhir cuti sekolah. Masih ramai bercuti di kampung dan sebahagian sibuk membuat persediaan menjelang pembukaan sesi baru persekolahan 2023 /2024. Ini adalah siri latihan terakhir SKSI Troopers sebelum bercuti menjelang Ramadhan Al-Mubarak selama sebulan dan di susuli Syawal.
Di jangka latihan akan bersambung pada minggu ketiga Syawal.
Selamat kembali ke sekolah pada Isnin 20hb Mac 2023 dan selamat menjalani ibadah puasa yang dijangka jatuh pada Khamis 24hb Mac 2023.
Taniah kepada pelatih-pelatih SKSI Troopers yang terpilih ke MRSM dan SBP.
18/02/2023
Setiap hari sabtu pagi merupakan latihan rutin buat pasukan SKSI Troopers Rugby Club untuk setiap minggu. Alhamdulillah sambutan pendaftaran ahli baru semakin bertambah setiap minggu. Sambutan yang tersangat memberangsangkan dari ibubapa murid-murid SKSI.
Semangat yang di tunjukkan oleh ahli pasukan ketika latihan hari ini tersangat luar biasa. Walaupun cuaca tersangat panas dari mula sehingga akhir latihan. Kelihatan ibubapa sentiasa ada untuk memberikan sokongan dari awal sehingga akhir latihan setiap minggu.
Turut hadir memberikan sokongan pada pasukan SKSI Troopers YDP PIBG Tn. Hj. Salahudin bin Amir Hassan, NYDP PIBG Dr Norakir bin Nordin, AJK PIBG En. Muhammad Khairul Amal bin Md Akhir. Turut berkesempatan membincangkan keadaan permukaan padang SK Saujana Impian yang kurang memuaskan untuk perancangan akan datang.
10/02/2023
Semangat dan ketekunan murid-murid pasukan SKSI Troopers Rugby Club yang di tunjukkan semasa di latihan kali kedua di padang SK Saujana Impian.
Lagi membuatkan semangat jurulatih dan murid-murid yang terlibat terus membara dengan kehadiran ibubapa yang setia menunggu memberikan sokongan pada anak masing-masing di dalam menjalani latihan rutin ragbi SKSI.
Latihan kali ini lebih bermakna dengan kehadiran PK KOKO Pn Norleha binti Adam untuk melihat keperluan dan suasana di dalam latihan serta memberikan sokongan penuh yang tidak berbelah bagi diatas penubuhan kelab Ragbi SKSI ini untuk kemenjadian murid-murid SK Saujana Impian di dalam penglibatan kelab sukan sekolah.
Turut hadir pada latihan kali ini YDP PIBG Tn. Hj. Salahudin bin Amir Hassan, AJK PIBG En. Muhammad Khairul Amal Bin Md Akhir dan En. Mohd Irwan Bin Mohamed yang turut memberikan sokongan pada pasukan Ragbi SKSI yang baru ditubuhkan ini.
Sesi latihan seterusnya akan diadakan esok hari pada 11 Februari 2023 dan akan terus diadakan pada setiap minggu hari Sabtu 08.00 pagi sehingga 10.00 pagi.
03/02/2023
Pendaftaran keahlian dan latihan kali pertama buat pasukan SKSI Troopers Rugby Club telah berlangsung pada 28 Januari 2023 di Pavillion SK Saujana Impian.
Walaupun cuaca hujan dan latihan tidak dapat dilakukan di kawasan padang sekolah tetapi tidak melunturkan semangat murid-murid SK Saujana Impian yang sudah tidak sabar untuk memulakan latihan pertama mereka yang telah diadakan di Pavillion SKSI.
Sesi latihan seterusnya akan diadakan esok hari pada 04 Februari 2023 dan akan terus diadakan pada setiap minggu hari Sabtu 08.00 pagi sehingga 10.00 pagi.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian
Kajang
43000