PERKOBF Negeri JOHOR
Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia Cawangan Negeri Johor
13/04/2026
AGM PERKOBF MALAYSIA CAWANGAN NEGERI JOHOR KALI KE 13/2025
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Johor Kali Ke-13/2025 yang disusuli dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh ukhuwah, harmoni dan semangat kebersamaan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada VIP Perasmi, Yang Berhormat Datuk Haji Pandak Ahmad, Ahli Dewan Negeri Johor (DUN Kota Iskandar) atas kesudian merasmikan majlis serta sokongan berterusan kepada perjuangan kontraktor Bumiputera.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Presiden PERKOBF Malaysia, En. Tukiman bin Radion atas kepimpinan dan komitmen yang berterusan dalam memperkasa kontraktor Bumiputera.
Turut dirakamkan penghargaan kepada:
• Naib Presiden 1 merangkap YDP Pulau Pinang, En. Mohamed Amir bin Aziz
• Naib Presiden 2 merangkap YDP PERKOBF Perak, En. Khairul Ariffin bin Sabri
• Setiausaha Agung PERKOBF Malaysia, Puan Junida Hani binti Jamaludin
• YDP PERKOBF Pahang, Puan Norhamila binti Mohd Datar
• Timbalan YDP PERKOBF Melaka, Puan Zanaria binti Mohamed
Ucapan terima kasih juga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa PERKOBF Negeri Johor sesi 2022–2025 atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada barisan Ahli Jawatankuasa Baharu sesi 2026–2028. Semoga terus komited dalam memperjuangkan kepentingan kontraktor Bumiputera serta memartabatkan industri pembinaan ke tahap yang lebih tinggi.
Penghargaan tidak terhingga juga kepada semua ahli PERKOBF Negeri Johor yang hadir dan memberikan sokongan padu dalam menjayakan mesyuarat ini.
Semoga semangat “Aidilfitri – Ukhuwah – Profesionalisme” terus menjadi tunjang dalam memperkukuh perpaduan dan kerjasama dalam kalangan kita.
Taqabbalallahu minna wa minkum. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
20/03/2026
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ تَقَبَّلْ يَا كَرِيْمُ
27/02/2026
04/02/2026
PERKOBF Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, serta Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Johor atas penganjuran Program Cabutan Kerja-Kerja Undi Elektrik bagi Peruntukan Kerajaan Negeri dan Persekutuan Tahun 2026.
Majlis yang telah diadakan pada 4 Februari 2026 (Rabu) di Pulai Springs Resort, Johor Bahru, merupakan satu inisiatif penting dalam memastikan pelaksanaan projek-projek kerajaan dilaksanakan secara telus, adil dan berintegriti.
PERKOBF Johor turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Cawangan Kejuruteraan Elektrik (KJEN) JKR Johor, Ir. Ts. Hj Kamaruzaman bin Kasimin dan seluruh pasukan beliau atas komitmen, ketelusan serta pengurusan yang amat teratur sepanjang pelaksanaan program ini.
Usaha ini secara langsung memperkukuh keyakinan kontraktor tempatan, khususnya kontraktor Bumiputera elektrik di Negeri Johor, untuk terus berdaya saing dan menyumbang ke arah pembangunan infrastruktur negara.
27/01/2026
Berbesar hati menghadiri Sesi Libat Urus bagi Semakan Semula Code of Conduct for Industrial Harmony (COC) anjuran Kementerian Sumber Manusia bersama Jabatan Tenaga Kerja.
PERKOBF Negeri JOHOR diwakili oleh YDP Tuan Haji Zahrul-lail bin Hj Ab Moez, Setiausaha Mohd Yusof bin Kadir dan Bendahari En Shamshul Bin Sukri.
Sesi ini menjadi platform penting untuk mendapatkan pandangan serta input daripada pihak berkepentingan bagi memastikan COC kekal relevan, progresif dan selari dengan landskap pekerjaan semasa demi keharmonian industri negara.
Butiran program:
🗓 26 Januari 2026 (Isnin)
⏰ 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Opero Hotel Southkey, Johor Bahru
Semoga hasil libat urus ini dapat memperkukuhkan hubungan industri serta memberi manfaat kepada majikan, pekerja dan pembangunan negara secara menyeluruh.
13/11/2025
💼 SEMINAR MATA CCD FIZIKAL – NOVEMBER 2025
Topik: Effective Workgroup & Team Dynamics in Construction
Hari ini berlangsung satu lagi program bermanfaat anjuran bersama PERKOBF Negeri Johor dan ABM Negeri Johor bertempat di Sunway Hotel Big Box, Medini, Johor Bahru.
📅 Tarikh: Khamis, 13 November 2025
🕗 Masa: 8:30 pagi – 5:00 petang
Seminar ini memberi tumpuan kepada cara mengurus dan membina pasukan kerja yang lebih berkesan di tapak pembinaan — dari komunikasi, produktiviti sehinggalah kepada semangat kerjasama dan dinamik kumpulan.
Matlamatnya jelas: bantu para kontraktor memahami dan menangani cabaran pelbagai ragam pasukan dengan lebih efektif, profesional dan harmoni. 💪🏗️
PERKOBF Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ABM Negeri Johor atas kerjasama erat dan sokongan padu dalam menjayakan seminar ini. Moga jalinan baik ini terus diperkukuh demi kemajuan industri pembinaan Bumiputera. 🤝
Tahniah dan terima kasih juga kepada semua peserta yang turut sama menjayakan program ini! 🙌
23/10/2025
PERKOBF Negeri Johor Hadir Sesi Libat Urus CIDB Malaysia
Semalam 22/10/2025 (Rabu) Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Malaysia, Cawangan Negeri Johor telah dijemput oleh CIDB Malaysia untuk menghadiri Sesi Libat Urus Pindaan Peraturan Pendaftaran Kontraktor dan Analisa Impak Inisiatif Pemantapan Proses Pendaftaran Kontraktor (Zon Selatan) bertempat di Hotel Capri by Fraser, Johor Bahru.
PERKOBF Negeri Johor diwakili oleh:
✅ Tuan Haji Zahrul-lail bin Hj Ab Moez – Yang Dipertua
✅ Tuan Haji Zaabah bin Hj Kasim – Timbalan Yang Dipertua
✅ Puan Siti Suraini binti Surat – Pengerusi Biro Kursus & Latihan
Sesi ini bertujuan mendapatkan pandangan industri berhubung:
🔹 Keperluan pendaftaran & kawalan pematuhan kontraktor asing
🔹 Tanggungjawab serta liabiliti kontraktor semasa pelaksanaan projek
🔹 Analisa impak terhadap pelaksanaan inisiatif penambahbaikan proses pendaftaran kontraktor
PERKOBF Negeri Johor menyambut baik usaha CIDB dalam memperkukuh sistem pendaftaran kontraktor yang lebih telus, efisien dan selaras dengan keperluan semasa industri pembinaan.
23/09/2025
05/09/2025
Mesyuarat AJK Negeri PERKOBF Johor Kali ke-8 (2022-2025)
Alhamdulillah, pada 4 September 2025 (Khamis) yang lalu, Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Malaysia, Cawangan Negeri Johor telah berjaya mengadakan Mesyuarat AJK Negeri kali ke-8/2022-2025 bertempat di Johor.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua, Tuan Haji Zahrul-lail bin Hj Ab Moez bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir jam 12.10 tengahari.
Dalam mesyuarat ini, jawatankuasa telah bersetuju melantik 3 orang AJK Negeri baharu, iaitu:
1️⃣ En. Mosliadi bin Jasmani (Daerah Kulai)
▪️ AJK Negeri
▪️ Pengerusi PERKOBF Daerah Kulai
2️⃣ En. Nor Hisyam bin Mustapha (Daerah Muar)
▪️ AJK Negeri
▪️ Penolong Pengerusi Biro Kursus/Latihan
3️⃣ En. Mohd. Fazrul bin Kamat (Daerah Kluang)
▪️ AJK Negeri
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan beberapa isu penting melibatkan konsesi, kursus & latihan, TCC serta hal-hal lain berkaitan kepentingan ahli persatuan.
Semoga dengan pelantikan baharu ini dan komitmen semua AJK Negeri, PERKOBF Johor akan terus maju, mantap serta menjadi wadah terbaik dalam memperjuangkan kepentingan kontraktor Bumiputera kelas F di Negeri Johor.
🔹
🔹
🔹
03/09/2025
Alhamdulillah..
Hari ini, PERKOBF Negeri JOHOR yang diketuai oleh YDP Tuan Haji Zahrul-lail bin Haji Ab Moez bersama AJK Negeri telah berkunjung ke Johor Centre for Construction Development Jccd Johor bagi mengadakan kunjungan hormat ke atas CEO, Encik Nor Syazlan bin Haji Abd Razak.
Banyak perkara menarik sempat dibincangkan – daripada peluang kursus & latihan, kerja undi, isu konsesi, kemudahan pinjaman projek hinggalah kepada pembangunan kontraktor kecil Kelas F di Johor.
Alhamdulillah, pertemuan yang berlangsung penuh harmoni ini turut diakhiri dengan jamuan makan tengah hari bersama pihak JCCD. Terima kasih diucapkan atas layanan mesra dan sambutan yang amat baik.
Moga kerjasama ini menjadi langkah penting dalam memperkukuh kontraktor bumiputera Johor serta memacu industri pembinaan negeri ke tahap lebih tinggi.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the hotel
Website
Address
No. 22 Jalan Kalong 1
Johor Bahru
81200