Smart Archery

Smart Archery

Share

Everything start from here

31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak 🪷

Semoga sambutan Hari Wesak membawa kedamaian, kebahagiaan dan keharmonian kepada semua yang meraikannya.

Marilah kita bersama-sama menghayati nilai kasih sayang, toleransi, belas ihsan dan saling menghormati demi membina masyarakat yang lebih bersatu dan sejahtera.

Ikhlas daripada SMART ARCHERY 🏹

"Membentuk fokus, disiplin dan sahsiah melalui sukan memanah."

26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ✨

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sentiasa mengiringi setiap langkah kita.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. 🤍🏹

Ikhlas daripada
SMART ARCHERY 🎯

22/05/2026

Selamat Bercuti Pertengahan Tahun
23 Mei – 7 Jun 2026 ✨

Gunakan masa cuti untuk rehat, luangkan masa bersama keluarga, dan jangan lupa teruskan latihan walaupun sedikit 💪🏹

Semoga semua pemanah dan keluarga sentiasa sihat, ceria, dan selamat sepanjang cuti sekolah.

Ikhlas daripada
SMART ARCHERY

21/05/2026

Champion bukan training bila semangat je… champion training walaupun malas...

15/05/2026

Selamat Hari Guru buat semua insan yang mendidik tanpa jemu.

Terima kasih kerana bukan sahaja mengajar tentang ilmu, tetapi juga tentang disiplin, sabar dan semangat untuk terus melangkah.

Daripada kami di Smart Archery, semoga segala jasa dan pengorbanan para guru sentiasa diberkati dan dihargai... 🏹📚

Photos from Smart Archery's post 15/05/2026

Tahniah buat semua pemanah Smart Archery yang telah berjuang di MSSJ Segamat 2026.

Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi semangat, disiplin, dan keberanian anda semua untuk berdiri di garisan menembak itu sendiri sudah cukup membanggakan.

Teruskan berusaha, teruskan belajar, dan jangan pernah berhenti percaya pada kemampuan diri sendiri.
Semoga pengalaman hari ini menjadi langkah untuk kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. 🎯🔥

“Setiap anak panah yang dilepaskan membawa bersama usaha, doa, dan pengorbanan.”
— Smart Archery

Photos from EAD Archery's post 14/05/2026
09/05/2026

Selamat Hari Ibu daripada keluarga Smart Archery 🌷🏹

Buat semua ibu yang sentiasa menjadi tulang belakang, pemberi semangat dan insan paling kuat di sebalik setiap kejayaan anak-anak… terima kasih atas segala pengorbanan, doa dan kasih sayang yang tidak pernah putus. ❤️

Semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan.
Anda bukan sekadar ibu, tetapi juga inspirasi buat kami semua. 🤍

Ikhlas daripada,
Smart Archery 🏹

30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2026
Terima kasih atas segala usaha, dedikasi dan pengorbanan dalam membangunkan diri, keluarga dan negara.
Semoga segala penat lelah dibalas dengan kejayaan yang berterusan.

28/04/2026

Tahniah ke MSSJ 2026 – Segamat 🎯

Alhamdulillah, tahniah kepada pemanah Smart Archery yang berjaya ke MSSJ 2026:

1. Nur Maira Ayuni
2. Muhammad Elman Syahmie
3. Muhammad Amsyar
4. Nur Elmiya Syarfina
5. Dzakir Khafadi
6. Nur Hasya Nadrah
7. Emrys Ridha
8. Kavinisha a/p Vijayan
9. Ain Fadzila Aisya

Teruskan fokus dan jaga momentum...
Ini bukan penamat—ini langkah seterusnya untuk buktikan kemampuan 💪

Semoga berjaya di MSSJ Segamat. Kita aim lebih tinggi! 🎯🔥

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Johor Bahru