Outdoor Pro
An outdoor shop since 2015 based in Johor. We are selling a wide range of outdoor gear & equipment from the local & international brands.
We are an authorised dealer of some outdoor products for camping, trekking, travel, kayak, fishing accessories, and other adventure sport. We are bringing original brands such as Deuter, Leatherman, Buck, Sevylor, Camelback, Suunto, Coleman, Hypergear, Nite Ize, Ticket To The Moon, Lifestraw & Maglite. The products are like backpack, waterproof bag, tent, hammock, sleeping bag, pouch bag & etc.
13/05/2026
Siapa jenis s**a setup camping kemas, minimal & tahan lasak… memang wajib usha line up Primus ni. Dari pot set, bowl sampai vacuum bottle semua nampak premium bila pegang sendiri.
✅ Material ringan, sesuai untuk camping & hiking
✅ Vacuum bottle tahan panas/sejuk lebih lama
✅ Design minimal & premium look
✅ Datang dengan storage bag yang kemas
✅ Sesuai untuk solo camper sampai family camping
Kalau nak datang tengok sendiri lagi puas hati boleh rasa kualiti dia.
Apa benda paling kelakar pernah jadi masa camping/hiking?
12/05/2026
Terima kasih daun keladi buat pelanggan kami yang baru saja sambar Opolar F6201 Mist Fan ni! Dengan tangki air besar 11L, lepas ni boleh relaks layan angin sejuk lama-lama tanpa perlu pening nak kena kerap tambah air. Memang pilihan paling ngam untuk korang yang nak keselesaan di rumah atau semasa aktiviti outoor.
◼️◼️◼️◼️◼️◼️◼️◼️◼️◼️◼️◼️◼️◼️◼️◼️
Check Out Telegram Outdoor Pro Channel ⏬
[ https://t.me/outdoorpromalaysia ]
Website ⏬
https://outdoorpro.com.my/product/opolar-f6201-11l-water-tank-oscillating-rechargeable-mist-fan-in-10-inch/
⏳ 𝗕𝗨𝗦𝗜𝗡𝗘𝗦𝗦 𝗛𝗢𝗨𝗥𝗦:
Business Hours
Saturday – Thursday : 11.00 AM – 8.30 PM
Friday : 3.30 PM – 8.30 PM
🚪 𝗟𝗢𝗖𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡:
B-04, Blok A, Pekan Francais MARA Pulai, Taman Sri Pulai Perdana, Skudai, Johor.
(Google Maps: Outdoor Pro)
𝗢𝘂𝘁𝗱𝗼𝗼𝗿 𝗣𝗿𝗼 - 𝗪𝗲 𝗜𝗻𝘀𝗽𝗶𝗿𝗲 𝗬𝗼𝘂𝗿 𝗔𝗱𝘃𝗲𝗻𝘁𝘂𝗿𝗲
12/05/2026
𝗦𝗻𝗼𝘄 𝗣𝗲𝗮𝗸 𝗦𝗵𝗶𝗺𝗼 𝗚𝗿𝗼𝘄𝗹𝗲𝗿
🌐 Website: https://outdoorpro.com.my/product/snow-peak-shimo-growler/
🟧 Shopee: https://shopee.com.my/product/1527209834/40654662527/
🟪 Lazada: https://www.lazada.com.my/products/i4647557382.html
⬛ TikTok: https://vt.tiktok.com/ZS9FFRwMAyAyS-CUZPw/
𝗢𝘂𝘁𝗱𝗼𝗼𝗿 𝗣𝗿𝗼 - 𝗪𝗲 𝗜𝗻𝘀𝗽𝗶𝗿𝗲 𝗬𝗼𝘂𝗿 𝗔𝗱𝘃𝗲𝗻𝘁𝘂𝗿𝗲
11/05/2026
Memang leceh kalau tengah syok buat kerja dalam gelap, tapi sebelah tangan terpaksa pegang lampu suluh. Nak betulkan enjin kereta, tukar tayar tepi jalan, atau pasang khemah waktu malam jadi lambat sebab pergerakan tangan terbatas. Kadang-kadang kerja mudah pun boleh jadi stres sebab kena betulkan arah lampu yang bergerak atau terjatuh.
Masalah tak cukup tangan? Wuben X4 dengan magnetik ni memang jawapan dia. Lekatkan saja pada bonet kereta atau mana-mana permukaan besi, kerja terus jadi mudah sebab dua-dua tangan bebas bergerak sepenuhnya. Lampu pun kekal tegak pada satu arah tanpa perlu pegang sepanjang masa, jadi fokus pun tak terganggu dan segala kerja teknikal boleh siap dengan lebih cepat.
Walaupun saiznya nampak kecil dan ringan, cahaya 1500 lumens yang dihasilkan memang padu untuk menyuluh kawasan yang luas. Ditambah p**a dengan lampu sisi RGB, memang praktikal untuk pelbagai situasi sama ada nak guna lampu warm white masa lepak camping atau lampu merah untuk elakkan mata silau waktu malam. Memang satu pelaburan berbaloi untuk dijadikan teman setia dalam poket atau standby siap-siap dalam kereta untuk kecemasan.
Berminat nak grab satu? Whatsapp kami sekarang!
https://wa.link/lx87tm
11/05/2026
𝗖𝗵𝘂𝗺𝘀 𝗘𝗮𝘀𝘆 𝗚𝗼 𝗠𝗶𝗻𝗶 𝗪𝗮𝗶𝘀𝘁 𝗕𝗮𝗴
🌐 Website: https://outdoorpro.com.my/?s=Chums+Easy+Go+Mini+Waist+Bag&post_type=product
🟧 Shopee: https://shopee.com.my/product/1527209834/44350621695/
🟪 Lazada: https://www.lazada.com.my/outdoor-gear-equipment/?q=Chums%20Easy%20Go%20Mini%20Waist%20Bag&from=wangpu
⬛ TikTok: https://vt.tiktok.com/ZS9FHNyUdRTBA-TnXF2/
𝗢𝘂𝘁𝗱𝗼𝗼𝗿 𝗣𝗿𝗼 - 𝗪𝗲 𝗜𝗻𝘀𝗽𝗶𝗿𝗲 𝗬𝗼𝘂𝗿 𝗔𝗱𝘃𝗲𝗻𝘁𝘂𝗿𝗲
11/05/2026
🔥𝗜𝗴𝗹𝗼𝗼 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗶𝗹𝗲 𝗜𝗜 𝟭𝟲🔥
Bila tengah panas terik di campsite, buka cooler dan dapat air masih sejuk memang rasa lega lain macam. Saiz dia pun ngam tak terlalu besar, tapi cukup praktikal untuk bawak ke mana-mana.
✅ Kapasiti praktikal untuk trip santai & outdoor
✅ Mampu kekalkan suhu sejuk lebih lama
✅ Ringan & mudah dibawa dalam kereta atau campsite
✅ Design compact tapi ruang simpanan puas hati
✅ Sesuai untuk camping, picnic, memancing & family outing
Bila dah ada cooler macam ni, trip rasa lebih tenang, lebih tersusun, dan lebih nikmat.
𝒑/𝒔: 𝑩𝒆𝒓𝒃𝒆𝒍𝒂𝒏𝒋𝒂 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑨𝑻𝑶𝑴𝑬. 𝑩𝒂𝒚𝒂𝒓 𝒌𝒆𝒎𝒖𝒅𝒊𝒂𝒏, 𝒏𝒊𝒌𝒎𝒂𝒕𝒊 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈!
Dapatkan di Website Official Outdoor Pro
🛒 Klik link ni untuk grab:
👉https://outdoorpro.com.my/product/igloo-profile-ii-16-red-star-white/
11/05/2026
Victorinox Tweezers Small
Pernah hilang tweezer pada Victorinox korang? Benda kecil macam ni lah paling dicari bila nak cabut duri, serpihan kayu atau buat kerja halus masa camping, hiking atau EDC harian. Victorinox Tweezers Small ni replacement original yang sesuai untuk pelbagai model Swiss Army Knife.
✅ Original spare part Victorinox
✅ Compatible untuk Victorinox 58mm, 65mm & 74mm
✅ Boleh digunakan pada SwissCard
✅ Mudah cabut duri, serpihan kayu & benda halus
BERMINAT?
🟧 Shopee: https://shopee.com.my/product/1527209834/44002884487
10/05/2026
HAMMOCK ATAU TENT?
Nampak macam pilihan mudah, tapi sebenarnya pilihan ini banyak kaitan dengan cara seseorang berkhemah, tempat dia pergi dan siapa yang ikut sekali. Admin perhati ramai orang pilih ikut trend atau ikut apa yang nampak cantik dalam content. Itu tidak salah, cuma pilihan yang nampak menarik belum tentu paling sesuai untuk keadaan sebenar di lapangan.
Di Malaysia, kita tidak hanya fikir untuk tidur selesa. Kita juga kena fikir 𝗵𝘂𝗷𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗯𝗮 𝘁𝗶𝗯𝗮, 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗽, 𝗮𝗻𝗴𝗶𝗻 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺, 𝗻𝘆𝗮𝗺𝘂𝗸, 𝗵𝗮𝗯𝗮 𝘄𝗮𝗸𝘁𝘂 𝘀𝗶𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗽 𝗮𝗶𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗰𝗲𝗽𝗮𝘁 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗮𝘀𝗮𝗵. Sebab itu, bila tanya hammock atau tent, jawapan yang paling jujur ialah kedua duanya ada tempat masing masing. Yang penting bukan mana lebih hebat, tapi 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗶𝘁𝘂𝗮𝘀𝗶.
Hammock memang ada daya tarikannya sendiri. Ramai s**a sebab rasa lebih santai, lebih ringan untuk dibawa dan lebih cepat untuk dipasang kalau lokasi sesuai. Bila campsite ada pokok yang elok jaraknya, hammock boleh jadi pilihan yang sangat menyeronokkan untuk berehat. Badan tidak sentuh tanah, jadi ada kelebihan untuk elak permukaan yang basah atau tidak rata. Untuk cuaca panas, hammock juga selalunya rasa lebih berangin dan lebih nyaman. Sebab itu ramai yang dah cuba hammock rasa susah hendak patah balik.
Tetapi hammock bukan sentiasa mudah. Ramai yang baru hendak cuba tidak sedar yang hammock perlukan setup yang betul untuk benar benar selesa. Perlu ada strap, tarp, underquilt atau lapisan tambahan bila malam mula berangin. Jika hujan datang dan setup kurang kemas, air boleh masuk. Ada juga lokasi yang cantik untuk camping, tetapi tidak ada pokok yang sesuai untuk gantung hammock.
Tent p**a masih jadi pilihan ramai sebab ia rasa lebih lengkap dan lebih meyakinkan. Untuk keluarga, untuk yang bawa anak kecil, untuk yang mahu privasi, tent selalunya lebih praktikal. Barang lebih mudah disusun, ruang lebih tertutup dan ramai rasa lebih selamat bila boleh duduk, salin pakaian dan simpan gear dalam satu ruang. Bila hujan turun, tent yang dipasang dengan betul memang banyak membantu untuk bagi perlindungan.
Cuma tent juga ada cabarannya. Ramai orang nampak enjoy camping dalam content, tetapi tidak ramai cerita pasal 𝗰𝗼𝗻𝗱𝗲𝗻𝘀𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻, 𝗵𝗮𝗯𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽, 𝗿𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗶𝘁 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗹𝗲𝗰𝗲𝗵 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗸𝗵𝗲𝗺𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝘁𝗿𝗶𝗽. Bila malam lembap, dinding dalam tent boleh mula berwap. Bila pagi, ada yang terkejut sebab sleeping bag, pakaian atau barang lain terasa sedikit basah walaupun hujan tidak turun. Ini benda biasa dalam dunia camping, cuma ramai beginner belum sempat belajar.
Sebab itu admin selalu rasa perbualan hammock atau tent ini bukan untuk menang hujah. Ia lebih sesuai jadi ruang untuk saling belajar. Ada orang yang sesuai dengan hammock sebab dia s**a solo trip, mahu setup ringan dan s**a rasa terbuka dengan alam. Ada orang lebih serasi dengan tent sebab dia camp dengan keluarga, mahu privasi dan perlukan ruang untuk meletakkan gear. 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝘀𝘂𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻 & 𝘀𝗶𝘁𝘂𝗮𝘀𝗶.
Satu lagi perkara yang admin nampak selalu berlaku ialah 𝗯𝗲𝗴𝗶𝗻𝗻𝗲𝗿 𝗺𝗮𝗹𝘂 𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗮 𝗯𝗮𝘀𝗶𝗰. Malu hendak tanya mana lebih sesuai. Padahal benda begini normal. Semua orang bermula dari bawah. Semua orang pernah buat silap. Dalam outdoor, banyak perkara kecil yang orang hanya faham selepas beberapa trip. Sebab itu soalan basic ni adalah tanda seseorang itu mahu belajar dengan betul.
Kalau admin boleh beri pandangan yang paling ringkas, hammock sesuai untuk yang tahu apa yang dia perlukan, s**a setup yang ringan dan pergi ke tempat yang sesuai. Tent p**a sesuai untuk yang mahukan perlindungan yang lebih umum, lebih privasi dan lebih mudah untuk pelbagai situasi. Untuk camping di Malaysia, 𝗰𝘂𝗮𝗰𝗮, 𝗹𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶, 𝗷𝗲𝗻𝗶𝘀 𝘁𝗿𝗶𝗽 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 patut jadi panduan utama. Bukan semata mata sebab nampak cantik dalam gambar.
Akhirnya, outdoor ialah ruang untuk kenal diri sendiri, kenal batas, dan belajar buat keputusan yang lebih baik. Gear yang betul Adalah gear yang sesuai untuk kita guna dengan yakin. Kalau korang p**a macam mana, 𝘁𝗲𝗮𝗺 𝗵𝗮𝗺𝗺𝗼𝗰𝗸 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘁𝗲𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗻𝘁. Kongsikan sebab apa, pengalaman, silap yang pernah jadi dan tip yang korang rasa orang lain patut tahu. Biar ruang ini jadi tempat untuk kita belajar sama sama sebagai komuniti outdoor.
10/05/2026
Pernah rasa sakit mata bila guna lampu picit yang terlalu terang masa nak membaca atau buat kerja? Kadang-kadang bukan nak suluh pencuri pun, cuma nak cahaya yang selesa dan nampak natural. Sebab itulah Nitecore EDC07 ni memang pilihan paling bijak, sebab ada pilihan suhu warna yang boleh laras ikut situasi. Tak ada lagi masalah mata cepat letih atau silau yang memeningkan kepala.
Kalau tengah adventure dalam hutan atau buat rondaan malam, pilih saja mood Cool White 1,500 Lumens untuk nampak jalan jauh ke depan dengan jelas. Tengah buat kerja teknikal atau membaca, mood Neutral White memang paling ngam sebab cahaya dia seimbang, tak terlalu putih dan tak terlalu kuning. Nampak lebih jelas dan warna pun nampak real.
Tapi bila dah penat dan nak lepak santai depan khemah, tukar ke warm light. Serius, vibe terus jadi tenang dan cozy. Cahaya kuning ni pun sebenarnya sangat membantu kalau tiba-tiba cuaca berkabus atau berasap masa tengah jalan.
Paling best, senang nak selit dalam poket atau beg sebagai lampu harian. Tak perlu risau kalau kena hujan lebat sebab memang kalis air, dan kalau bateri habis, cas guna USB-C sahaja. Jadi, lepas ni tak perlu pening nak bawa banyak jenis lampu, bawa EDC07 ni satu pun dah cukup untuk cover semua jenis mood dan keperluan!
Berminat nak dapatkan?Whatsapp kami sekarang!
https://wa.link/viaw6v
09/05/2026
Penat-penat beli biji kopi mahal, tapi bila brew kat rumah rasa dia macam kopi biasa? Sebenarnya bukan salah kopi tu, tapi grinder korang yang buat hal sebab hasil kisar tak sekata. Sebab tu korang kena try Staresso Discovery II D6E PLUS. Electric grinder ni memang penyelamat untuk siapa yang nak layan kopi premium kat mana-mana pun. Dekat rumah boleh, office, nak bawa healing outdoor pun tak ada hal!
Kenapa kena pilih D6E PLUS?
✅ Kualiti Kisar Konsisten: Dengan 7-Axis Burr Design, setiap biji kopi dikisar tepat tanpa merosakkan rasa asli. Hasilnya? Kopi yang lebih clean, balance, dan tiada pahit yang melampau.
✅ Solid & Senyap: Badan full metal dengan NSK dual bearing. Bila pegang rasa padu, bila grind rasa smooth tanpa gegaran kuat.
✅ Bateri Tahan Lama: Cas sekali (Type-C), boleh guna sampai seminggu (25 kali grind) Tak payah pening cari plug setiap hari.
Kalau korang jenis yang serius pasal kopi, ini memang upgrade yang korang takkan menyesal. Jom grab sekarang!👇
🌐 Website: https://outdoorpro.com.my/product/staresso-discovery-ii-d6e-plus-electric-grinder-black/
🟧 Shopee: https://shopee.com.my/product/1527209834/41750569470/
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
B-04, Blok A , Pekan Francais MARA Pulai, Taman Sri Pulai Perdana, Skudai
Johor Bahru
81300
Opening Hours
| Monday | 11:00 - 20:30 |
| Tuesday | 11:00 - 20:30 |
| Wednesday | 11:00 - 20:30 |
| Thursday | 11:00 - 20:30 |
| Friday | 15:30 - 20:30 |
| Saturday | 11:00 - 20:30 |
| Sunday | 11:00 - 20:30 |