Rahiz Tech
Kami menyediakan perkhidmatan membaiki komputer. Serta menjual perkakasan komputer secara online.
Nak Buat Website? Saya Boleh Tolong! 💻✨
Saya offer khidmat design website untuk bisnes, personal branding, online store, portfolio, dan macam-macam lagi!
✅ Design cantik & ikut citarasa
✅ Mesra phone (mobile-friendly)
✅ Laju & mesra SEO
✅ Harga mampu milik
✅ Siap cepat & mudah bincang
Sesuai untuk:
🏪 Bisnes kecil / SME
🛍️ Online seller
🎨 Artis / Freelancer
📷 Photographer / Portfolio
Kalau berminat, boleh PM saya terus, atau komen kat bawah — saya akan reply!
Jom bina website yang power & nampak pro! 🔥
20/05/2025
Hi Everyone,
Rahiztech kembali beroperasi! Setelah sekian lama berehat, kami kini kembali dengan semangat baru untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan asas komputer, antaranya:
✅ Membaiki komputer
✅ Membuat website
✅ Reka design
✅ Upgrade komputer
Lebih mudah untuk anda, kami juga menyediakan perkhidmatan ke rumah (door-to-door) untuk keselesaan anda.
Terima kasih kepada yang masih menyokong, dan kami harap dapat bantu anda semua semula!
30/06/2023
Hi Everyone,
Rahiztech kembali lagi, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan bagi perkara asas komputer. antaranya adalah
✅Membaiki komputer
✅Membuat website
✅Reka design
✅Upgrade Komputer
Perkhidmatan kami tersedia sehingga depan pintu rumah anda.
28/06/2023
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha, kepada seluruh umat islam di dunia. 🐂🌙
09/07/2020
Perlu Hardisk ke SSD?
Perlu graphic Card baharu?
Perlu baiki screen anda?
Ye kami disini menyediakan perkhidmatan baiki komputer dengan segara dan perkhidmatan penghantaran. Anda tidak perlu angkut komputer anda ke kedai. Biar kami uruskan.
Hubungi kami Rahiz Technology
24/05/2020
Raya pertama cantik berseri,
Berbaju kurung bagai puteri,
Duit Raya jangan lupa diberi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
22/05/2020
Ingin menambah ayat ayat Al-Quran secara mudah ke dalam perisian Microsoft Word anda?
Perisian Quran Word iaitu sebuah Perisian Qura'an Tab di dalam Microsoft Word
Apa itu Quran Word?
1. Sebuah perisian yang membolehkan pengguna untuk mencari dan memasukkan ayat ayat Al-Quran ke dalam dokumen Microsoft Word anda
2. Perisian ini juga menggunakan kaligrafi Hafs pada ayat ayat Al-Quran yang dimasukkan
3. Memudahkan dan mempercepatkan pencarian ayat ayat Al-Quran.
Cara muat turun dan memasang perisian ini di komputer anda.
1. Tekan link https://quranword.net/project/quran-word-en/ untuk membuka website quranword dan tekan 'Download Now'
2. Pilih antara 2 versi perisian ini. Anda boleh menyemak sama ada komputer anda menggunakan sistem operasi 32-bit atau 64-bit dengan membuka 'File Explorer' --> 'This PC' --> Klik kanan dan tekan 'Properties'.
3. Menekan salah satu daripada versi perisian akan memuat naik fail secara automatik.
4. Buka applikasi yang telah dimuat turun untuk memasang perisian Quran Word dan klik pada 'Install'.
5. Tunggu beberapa minit untuk memastikan perisian dapat memuat turun fail fail yang diperlukan untuk melaksanakan pemasangan perisian.
6. Selepas siap, satu window baru akan keluar iaitu "Microsoft Visual Studio Tools for Office Runtime Setup".
7. Tanda 'I have read and accept the license terms' dan klik 'Install'.
8. Selepas beberapa minit, pemasangan perisian Quran Word anda sudah berjaya.
P.S Langkah ke-6 hanya perlu dilakukan pada sesetengah komputer sahaja.
Kebiasaanya Add-ins Quran Word akan ditambah secara automatik ke Microsoft Word anda.
Sekirannya tidak ada, ikut langkah di bawah.
Cara menambah Add-ins Quran Word di dalam Microsoft Word
1. Buka perisian Microsoft Word anda dan tekan pada tab 'Insert.
2. Tekan pada tab Add-ins.
3. Tekan 'My Add-ins' dan 'Manage other Add-ins...'
4. Satu window baru akan keluar untuk mengurus Add-ins anda akan keluar.
5. Di bahagian bawah sekali, pilih 'COM Add-ins' pada bahagian Manage dan tekan 'Go...'
6. Sekiranya Add-ins QuranWord dapat dilihat di bawah 'Add-ins available', tandakan dan tekan pada 'OK'.
7. Anda akan dapat lihat tab 'Quran' ditambah di dalam perisian Microsoft Word anda.
Quran Word sudah siap sedia digunakan di perisian Microsoft Word anda
07/05/2020
Tips penjagaan laptop yang boleh anda lakukan untuk memanjangkan lagi jangka hayat laptop anda.
1. Selalu melakukan pengimbasan virus menggunakan antivirus anda dan pastikan juga firewall antivirus anda selalu dipasang.
2. Pastikan file yang sudah tidak berguna dan software yang sudah tidak dipakai dibuang untuk memastikan storage laptop anda terjaga.
3. Elakkan penggunaan bateri sehingga kosong dan pastikan bateri tidak dicaj secara berlebihan sehingga boleh mengakibatkan bateri menjadi panas untuk menjaga jangka hayat bateri laptop anda.
4. Sentiasa pastikan file yang dimuat turun di internet dan disalin dari pendrive telah diimbas terlebih dahulu untuk mengelakkan virus.
5. Sentiasa pastikan software dan driver di laptop anda sentiasa dikemas kini.
6. Pastikan anda melakukan pembersihan terhadap kipas laptop anda untuk mengelakkan habuk berkumpul di laptop anda. Sekiranya anda tidak pasti cara melakukan pembersihan kipas yang betul, lebih baik hantar ke kedai.
7. Format laptop anda setiap 2 atau 3 tahun untuk memastikan laptop anda sentiasa berjalan dengan lancar.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Tebrau
Johor Bahru
81100
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 22:00 |
| Tuesday | 09:00 - 22:00 |
| Wednesday | 09:00 - 22:00 |
| Thursday | 09:00 - 22:00 |
| Friday | 09:00 - 22:00 |
| Saturday | 09:00 - 22:00 |
| Sunday | 09:00 - 22:00 |