Satay Raf Malik
Assalammualaikum & Salam Sejahtera..
Di Satay Raf Malik, Kami amat mementingkan kualiti bahan yang kami gunakan bagi setiap makanan yang kami sediakan kepada anda..
Ada perjalanan yang tidak berakhir dengan sorakan,
tetapi dengan diam yang penuh rasa.
Tahun 2025,
kami memilih untuk mengundur diri.
Bukan kerana sudah tiada cinta,
tetapi kerana perjalanan ini telah memberi segalanya yang kami ada.
Setelah 5 tahun Satay Raf Malik berdiri dalam dunia F&B,
melalui hari yang naik dan malam yang jatuh,
melalui senyum yang ikhlas dan penat yang disembunyikan,
kami akan menamatkan operasi pada 31 Disember 2025.
Tidak semua hari indah.
Ada masa kami hampir menyerah,
ada masa kami bertahan hanya dengan harapan.
Ada jualan yang menggembirakan,
dan ada hari sunyi yang mengajar kami erti sabar.
Dunia ini mengajar kami bahawa
kuat itu bukan sentiasa menang,
tetapi memilih untuk terus berdiri
walaupun tiada siapa melihat betapa letihnya diri ini.
Setiap asap arang yang naik,
setiap cucuk yang dipusing perlahan di atas bara,
adalah doa kecil agar esok
lebih baik daripada hari ini.
Kepada setiap customer yang pernah singgah,
yang menunggu,
yang kembali,
yang menyebut nama kami pada orang lain —
terima kasih kerana percaya, walaupun kami hanya sebuah kedai kecil.
Finally… it’s time to say goodbye.
Bukan penamat kenangan,
tetapi penutup satu bab yang kami tulis
dengan peluh, doa dan sepenuh hati.
Kami mengundur diri dengan rasa syukur yang dalam,
membawa bersama setiap kenangan
yang pernah tercipta di sini.
Terima kasih kerana pernah ada.
Terima kasih kerana pernah memilih kami.
Satay Raf Malik. ❤️🔥🥹
13/10/2025
Satay Raf Malik will be closed for today and tomorrow for private function.. See you guys on Wednesday!!!
Sedapnya Nasi Lemak Sutun ni Wak.. Di review dan dipastikan sedap oleh Pelakon asal Filem Sutun sendiri…
Apa lagi nak ragu? Cargasss Serbu Satay Raf Malik Sireh Park!!!
Warga Johor yang nak makan Satay, Jom datang ke Satay Raf Malik pekena satay dengan nasi lemak yang memang surrr.. Kalau tak sedap, jangan panggil Satay Raf Malik lah bang… 🙈🙈🙈
Tayangan hari-hari bermula 4:30pm - 11:30pm kecuali Isnin
Bila boss tak ada, masing2 jadi boss…
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
No. 58, Jalan Adda 8/1, Adda Height
Johor Bahru
81100
Opening Hours
| Tuesday | 07:30 - 23:30 |
| Wednesday | 07:30 - 23:30 |
| Thursday | 07:30 - 23:30 |
| Friday | 07:30 - 23:30 |
| Saturday | 07:30 - 23:30 |
| Sunday | 07:30 - 23:30 |