Johan Ropi

Johan Ropi

Share

Calon Barisan Nasional P160 Johor Bahru

23/12/2025

Apa lagi Cina mahu?

Ingat headline ini pada tahun 2013?
S**a atau tidak, ia merumuskan sokongan kaum Tiong Hua secara majoritinya kepada DAP.

DAP dan UMNO jika berlaga pasti membawa sentimen perkauman kerana masing-masing pun sedar akan fan base mereka.

Maka, tidak hairanlah mereka yang atas pagar juga turut serta mengecam dan tidak setuju kepada niat hati sentimen benci yang dipaparkan.

Mereka sedar kosnya adalah kehancuran perpaduan, bukan imej kehakiman.

18/07/2025

KENYATAAN MEDIA
17 Julai 2025

“Apabila Fakta Disalah Tafsir dan Kemajuan Dipolitikkan”

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh ARMADA BERSATU Johor Bahru yang memperlihatkan kekeliruan kronik antara angka pertumbuhan ekonomi dengan agenda kemajuan menyeluruh.

Kekeliruan ini amat mendukacitakan lebih-lebih lagi datang daripada sebuah entiti politik yang pernah, walaupun seketika, menerajui pentadbiran negeri ini. Tempoh singkat itu pun telah meninggalkan kesan yang mendalam, bukan dalam bentuk kemajuan, tetapi kekeliruan dasar dan ketidaktentuan hala tuju.

1. Johor Maju, Mereka Gelisah

Ekonomi Johor bukan sekadar angka. Ia adalah natijah daripada dasar yang berpaksikan realiti dan pelaksanaan yang konsisten. Pertumbuhan KDNK sebanyak 6.4% dan pelaburan mencecah RM30.1 bilion bukan berlaku secara kebetulan. Ia adalah hasil kepimpinan yang stabil, pentadbiran yang berwibawa dan dasar yang mesra pelabur.

Kejayaan ini wajar dihargai, bukan diperlekeh. Bila Johor melangkah maju, segelintir p**a menjadi gelisah.

2. ARMADA – Tolong Jangan Beretorik

Menaikkan ekonomi negeri dan memacu pertumbuhan bukan tugas ringan. Ia menuntut visi, iltizam, dan kestabilan politik bukan retorik bermusim.

Hakikatnya, Johor menjadi destinasi pelaburan kerana keyakinan terhadap kepimpinan YAB Menteri Besar Johor, serta kestabilan di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Jangan rendahkan usaha bertahun-tahun hanya demi naratif politik jangka pendek yang hambar dan tidak bertulang.

3. Gaji Rendah, Brain Drain – Kita Akui, Tapi Kita Juga Bertindak

Kerajaan negeri tidak pernah menafikan wujudnya cabaran seperti kadar gaji rendah dan penghijrahan bakat muda. Tetapi perbezaannya: kami tidak menafikan, kami bertindak.

Antara langkah konkrit yang sedang digerakkan:
• Penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) – Menawarkan gaji kompetitif kepada tenaga kerja tempatan dalam sektor bernilai tinggi.
• Penubuhan Johor Talent Development Council (JTDC) – Melahirkan modal insan mengikut keperluan sebenar industri.

Ini bukan gimik atau mimpi kosong. Ini pelan tindakan berfasa dan berasaskan realiti.

4. Demografi Berbeza – Tapi Tiada Daerah Ditinggal

Adalah dangkal untuk membandingkan Johor Bahru dengan daerah lain tanpa memahami konteks sosioekonomi, geografi dan potensi setempat.

Namun hakikatnya, kerajaan negeri tidak meminggirkan mana-mana daerah.

Mersing:
• Naik taraf KampungStay Teluk Buih
• Pusat Rekreasi Sungai Triang Besar
• Pemulihan Pantai Air Papan sebagai tarikan pelancongan

Segamat:
• Pusat Rekreasi Pesisir Sungai Segamat
• Tapak Belia Tunku Mahkota Ismail Youth Center (TMIYC)
• Segamat & Mersing sebagai Hab pengeluaran makanan: sektor pertanian, perikanan dan tenusu

Kota Tinggi:
• 14 inisiatif khas untuk warga Felda bernilai RM4.5 juta
• Penyelesaian isu rumah terbengkalai generasi kedua Felda
• Peruntukan RM25 juta untuk siapkan projek-projek perumahan tersebut dalam tahun ini

Semua pembangunan ini dirancang secara strategik dan bersesuaian dengan kekuatan tempatan — bukan pendekatan “one-size-fits-all”.

5. Ironi Paling Ketara

Mereka melaung-laungkan kononnya mahu membela yang miskin.

Tetapi soalnya:
Siapakah yang gagal menyelesaikan isu perumahan dan kemiskinan bandar sewaktu diberi peluang memerintah?

Jangan sembunyikan kegagalan semalam dengan menuduh dan menunggang kejayaan hari ini.

Kami Realistik, Bukan Retoris

Kenyataan ARMADA Johor Bahru tidak lebih daripada cubaan membina naratif politik separuh masak, berasaskan manip**asi statistik dan sentimen kosong.

Kami tidak mendakwa kerajaan negeri ini sempurna. Tapi kami jujur, realistik dan komited. Setiap cabaran diakui, dan ditangani. Kejayaan hari ini bukan hadiah, ia hasil usaha dan kestabilan pentadbiran.

Jika benar mereka ingin membela rakyat, buktikan dengan pelan konkrit, bukan sekadar skrip basi yang diulang-ulang.

Kami menyeru ARMADA dan semua pihak agar lebih matang dalam berpolitik. Jangan kaburkan rakyat dengan persepsi palsu. Berpolitiklah dengan fakta, adab dan tanggungjawab.

Kami penuh yakin dengan visi dan misi YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi dalam menerajui pentadbiran negeri Johor, serta komited untuk terus menjadikan Johor sebagai sebuah negeri yang maju, sejahtera dan berdaya saing.

Johor Maju bukan retorik, ia dasar dan tindakan. Rakyat perlukan solusi, bukan sandiwara.

Sekian.

Syarul Adam Bin Rahmatullah
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru

15/04/2025

Menteri Luar, Islam Hadhari, Perang Jambatan Bengkok dan Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Malaysia).

Ini adalah vokabulari peribadi saya apabila merujuk kepada pemimpin yang penuh kesabaran ini.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu'anhu, semoga amalan dan jasamu menjadi bekalan ke syurga.

Terima Kasih Pak Lah.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Johor Bahru
81200