Waida Books

Waida Books

Share

Kepakaran saya adalah mencadangkan anda buku-buku dan ebook yang menarik. Buku-buku yang ditawarkan

Photos from Waida Books's post 04/07/2023

Assalamualaikum ๐Ÿค—

Misi Mudah Memasak Ramadhan nanti. "Pes Masak Putih @ Masak Kurma". Resipi ini hasil didikan mak yda. Orang lama panggil masak putih, rasa seperti masak kurma juga. Mak s**a masak style gini. Katanya lebih puas hati. Dulu-dulu rempah ini mak gigih mengiling, sekarang lebih selesa tumbuk dan blend sahaja. Cara mak, mak tumbuk dan blend bahan-bahan sahaja, kemudian terus guna atau terus simpan freezer.
Cara yda, terus menumis bahan supaya senang memasak Ramadhan nanti. Bila nak masak nanti, cuma tumis hirisan bawang dan halia dengan sedikit minyak sahaja. Kemudian terus masukkan bahan mentah, pes dan santan.

Bahan-bahan
- Jintan manis 7 sudu
- Jintan putih 4 sudu
- Rempah biji 2 sudu (tak ada dalam gambar)
-Serbuk Kas-Kas 5 Sudu
- Buah Keras 10 biji
- Bawang merah 3 labu
-Bawang besaq 2 labu
- Bawang putih 1 labu ( dalam 12 biji)
- halia 5 cm

Note : Petua mak yda, mesti lebihkan Jintan manis dan serbuk kas-kas. Rasa lebih sedap dan warna pun lebih putih. Petua dari kak sulung p**a, boleh juga blend sedikit nyioq untuk menyedapkan kuah bila masaka nanti.

Cara Memasak
-Rebus dahulu kedua-dua Jintan dan rempah biji tersebut. Kemudian tapis dan tumbuk sehingga lumat. Satukan juga buah keras dan tumbuk sehingga puas hati.
- Tumis 4 sekawan dengan bawang dan halia yang telah diblend ( bawang separuh sahaja menumis, separuh lagi satukan dengan rempah). Tumis dengan api yang sederhana. Sementara menunggu bawang garing, urus p**a rempah.
-Rempah yang di tumbuk tadi satukan dengan bawang dan halia yang berbaki tadi. Satukan juga serbuk kas-kas. Blend agak lama ya. Pastikan rempah betul-betul halus dan hancur.
- Bahan yang telah di blend terus masukkan ke kuali yang ditumis tadi.
- Tumis pes sampai garing dan pecah minyak.
-sudah masak baru masukkan buah keras yang sudab ditumbuk. Buah keras memekatkan kuah.
- Sudah masak tutup api. - Mula-mula menumis bawang tadi, lupa p**a nak letakkan daun kari. Ok saja letak last pun. Tabur daun kari dan gaul.
-Siap dan sedia disimpan ke dalam freezer.

Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Syariah Islam (PSI) 07/08/2021

Assalamualaikum๐Ÿ˜˜. Pagi korang ๐Ÿ‘‡

Sedang berlangsung. Jika ada anak yang ambil SPM subjek Pendidikan Syariah Islamiah boleh ikuti dilink di dibawah ini ๐Ÿ‘‡.Terima Kasih

Ikhlas dari BITARA MEDIA

Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Syariah Islam (PSI) Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Syariah Islam (PSI)Hari & Tarikh : 7/8/2021 (SABTU)Masa : 9.00 - 11.00 pagiSemua Calon Peperiksaan SPM Pendidi...

15/06/2021

Ibu Ayah tengah fikir aktiviti di rumah pengganti Gajet untuk anak-anak ?

Kami ada Starter Kit melukis yang sesuai untuk mereka. Kalau grab sekarang dapat LCD Writing Tablet secara per cuma!

Anak-anak pasti leka buat aktiviti bersama Set ini sepanjang hari semasa musim PKP ni. Ibu-ibu juga berpeluang Menangi Gelang Emas dan banyak lagi Hadiah Menarik dengan setiap Pembelian Set ini.

NAK ?

Klik saja disini ๐Ÿ‘‡

bit.ly/Ydawasapower
bit.ly/Ydawasapower
bit.ly/Ydawasapower

Photos from Waida Books's post 07/05/2021

Syukur alhamdulillah. Salah satu tempat yang menjadi pilihan untuk diwaqafkan buku-buku terbaru terbitan Bonda Nor Resources adalah SK Felda Laka Selatan Changlun.

Terima kasih kepada guru PSS iaitu Cikgu Ika. Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang berwaqaf๐Ÿ‘.

Jom berwaqaf ilmu ๐Ÿ˜.

07/05/2021

Assalamualaikum ๐Ÿ˜˜.

Pagi yang cerah.
Tenang sungguh pagi ini.
Terasa nak melihat langit lama-lama.
Subhanallah. MasyaAllah. Tabarakallaj

Photos from Waida Books's post 04/05/2021

Terima kasih Bonda Nor dan team penulis. Buku-buku ini sungguh menginspirasikan, memudahkan pemahaman dan seronok dibaca. Santai tapi padat dengan ikhtibar, sempadan juga pengajaran๐Ÿ’–.

Berwaqaf buku insyaAllah kita juga sedang berwaqaf ilmu. Pahala sentiasa mengalir selagi pembaca beroleh manfaat, keinsafan atau jentikan untuk berubah ke arah kebaikan.

Semoga bermanfaat buat sesiapa pun yang membacanya. Amin ๐Ÿคฒ. Mohon doa semua sahabat disini ๐Ÿ’–.

Ini proses seliaan sebelum diletakkan di tempat yang sesuai โœ”. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah berwaqaf dan mendoakan.

Semoga pahala berwaqaf ini sentiasa mengalir untuk pewaqaf atau orang-orang yang telah meninggalkan dunia ini. Amin ๐Ÿคฒ.

02/05/2021

"Ya Allah, rahmati diriku, sahabat-sahabatku dan guru-guruku di bulan ramadan ini. Temukan kami dengan malam lailatur qadar."

Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan dia.

Pasakkan dihati kita beribadah bukan untuk ramadan atau pujian manusia tapi untuk mencapai reda Allah.

01/05/2021

Salam ramadan 19.

Kita sudah di akhir ramadan.
Belajar untuk fokos kebaikan yang kita mampu. Belajar juga untuk istiqsmah dengannya.

Jom maknakan peluang ini sebaik-baiknya.

Photos from Waida Books's post 30/04/2021

Cepat korang. Order cepat Set flash sale hari ini. 8 buah buku dengan hanya rm100 ๐Ÿคฉ.

Wah-wah jimat sungguh ni!. Dah la beruntung dapat buku yang best untuk bacaan para wanita khususnya. Suami pun boleh baca untuk lebih memahami hati wanita.

Nak hadiah pada anak-anak gadis kita pun boleh. Bukan apa persediaan ilmu untuk mereka menginjak dewasa.

Senang cerita bacaan seisi keluargalah!. Anda tekan ja di link ini untuk order ๐Ÿ‘‡

http://bit.ly/DbnYdaBooks
http://bit.ly/DbnYdaBooks
http://bit.ly/DbnYdaBooks

Jika perlukan bantuan Waida untuk mengisi borang pembelian, amanah untuk berwaqaf atau sebarang pertanyaan terus halo-halo Yda di whatsaap. Klik ja disini ๐Ÿ‘‡

www.wasap.my/60132042873/flashsalejumaat

30/04/2021

Pagi Jumaat 18 Ramadan ๐Ÿคฉ.

Alhamdulillah selesai membaca buku "Diet Mak-Mak" ๐Ÿ˜Ž.

Buku yang santai tapi sampai. Sarat dengan info kesihatan dan mudah di hadam ๐Ÿ’–.

Photos from Waida Books's post 29/04/2021

Pernah terfikir kenapa melukis dan mewarna penting untuk perkembangan minda anak-anak seawal usia 2 hingga 8 tahun?

Jom temui jawapannya dengan dapatkan buku Mudahnya Melukis. Mereka pasti seronok dengan aktiviti baru ini.

Apa tunggu lagi?
Harga yang mampu milik disertakan sekali dengan banyak hadiah Menarik.

Nak tahu pelbagai lagi hadiah Menarik?
Komen PM.

Want your business to be the top-listed Shop in Jitra?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


No 133, Tingkat Bawah, Taman Desa Damai, Jalan Hospital Daerah
Jitra
06000