Autism Experience Centre - AXCC
MENTARI TLC ialah pusat terapi dan pembelajaran bagi membantu meningkatkan kebolehan anak-anak yang bekeperluan khas.
hubungi:
019-315 1680 (Pn.Syabila)
019-2151680 (Cik Asma) Kami menyediakan program-program terbaik untuk kanak-kanak yang mempunyai masalh seperti tiada fokus, masalah kemahiran motor kasar dan motor halus, masalah sensori, masalah tingkahlaku, masalah sosial dan masalah dalam aktiviti seharian (ADL).
31/05/2026
DAULAT TUANKU
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada Autism Experience Care Cantre (AXCC).
31/05/2026
Cahaya kedamaian, harapan yang membara.
Sempena sambutan Hari Wesak pada 31 Mei 2026 ini, kami di AXCC ingin mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua yang meraikannya. Semoga hari ini membawa sinar ketenangan, kegembiraan, dan limpahan kasih sayang yang tidak terhingga buat anda dan keluarga tersayang.
Di AXCC, kami percaya bahawa setiap insan berhak disinari cahaya harapan. Mari kita terus menyemai sifat kasih sayang, kesabaran, dan saling memahami antara satu sama lain, selari dengan moto kami, "Together We Grow".
selamat menyambut Hari Wesak!
26/05/2026
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H
Menjelang 10 Zulhijjah, seluruh warga Autism Experience Care Centre (AXCC) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam, khususnya kepada ibu bapa, penjaga, dan komuniti hebat kami.
Aidiladha bukan sekadar sambutan, tetapi sebuah madrasah yang mendidik kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan, dan ketaatan yang sebenar.
Seperti mana firman Allah SWT:
"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya..." (Surah Al-Hajj, Ayat 37)
Mari kita jadikan momentum hari raya mulia ini untuk terus memupuk rasa syukur, saling berkongsi rezeki, dan menguatkan ukhuwah sesama kita. Semoga segala ibadah korban dan amalan kita diberkati serta diterima oleh-Nya.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha daripada kami di AXCC!
25/05/2026
✨ Doa paling mustajab… adalah doa di Hari Arafah. ✨
9 Zulhijjah hadir membawa seribu peluang untuk kita kembali mendekat kepada Allah
Walaupun tidak berada di Tanah Suci, kita masih boleh merebut keberkatan Hari Arafah dengan memperbanyakkan doa, zikir dan muhasabah diri.
“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT yang satu sahaja, tiada sekutu bagiNya, milikNya segala kekuasaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
Semoga setiap doa yang dipanjatkan hari ini:
🤲 dipermudahkan urusan
🤲 diberikan ketenangan hati
🤲 dikurniakan kesihatan dan rezeki yang baik
🤲 serta dipenuhi dengan kasih sayang dan keberkatan
Selamat menyambut Hari Arafah daripada kami di AXCC Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita semua.
21/05/2026
Cilik AXCC Belajar 'Tawaf' & Berihram! 🕋❤️
Melihat senyuman dan kesungguhan anak-anak istimewa ini memakai pakaian ihram putih bersih, hati mana yang tidak tersentuh?
Baru-baru ini, anak-anak di Autism Experience Care Centre (AXCC) telah melalui pengalaman yang sangat berharga dalam Simulasi Haji Cilik! Melalui aktiviti hands-on seperti ini, kami bantu mereka:
✅Mengenali Ibadah Haji - Belajar tentang Kaabah, ihram, dan konsep tawaf dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.
✅Merangsang Kemahiran Sosial & Motor - Bergerak bersama rakan-rakan, belajar mengikut giliran, dan membina fokus.
✅Pendedahan Visual & Fizikal - Anak-anak sangat responsif kepada pembelajaran praktikal (experiential learning). Bila mereka lalui sendiri, memori itu lebih melekat dalam hati mereka.
Setiap langkah kecil mereka mengelilingi 'Kaabah' simulasi ini adalah satu kejayaan besar buat kami di AXCC. Semoga suatu hari nanti, mereka benar-benar dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Menjadi tetamu Allah yang mulia. Amin YRA. 🤲
JKM kini membuka permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 ✨
Bantuan “one-off” untuk anak yang layak 😊
📌 Permohonan dibuka:
15 Mei 2026 – 15 Julai 2026
Jangan tunggu last minute tau 👀
Save & share post ni dekat parents lain supaya lebih ramai dapat manfaat 🤍
Sebarang pertanyaan boleh PM atau komen “INFO” 😊
18/05/2026
Sambutan Hari Guru di AXCC: Guru Bitara, Nadi Negara! ❤️
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru dan terapis di AXCC atas dedikasi, kesabaran, dan kasih sayang yang tiada henti dalam membimbing anak-anak. Anda adalah inspirasi bagi kami semua!
Selamat Hari Guru! ✨
16/05/2026
Guru Bitara, Nadi Negara. ✨
Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang gigih menabur bakti, khususnya buat barisan guru di Autism Experience Care Centre (AXCC). Terima kasih kerana menjadi cahaya dan inspirasi buat anak-anak.
Setiap usaha anda adalah hadiah yang paling bermakna buat masa depan mereka. Selamat Hari Guru! 💙
InspirasiGuru
15/05/2026
Guru Bitara, Nadi Negara. ✨
Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang gigih menabur bakti, khususnya buat barisan guru di Autism Experience Care Centre (AXCC). Terima kasih kerana menjadi cahaya dan inspirasi buat anak-anak.
Setiap usaha anda adalah hadiah yang paling bermakna buat masa depan mereka. Selamat Hari Guru! 💙
Ramai parents tak sedar 3 tanda awal autisme ni
1️⃣ Tak respond bila nama dipanggil (umur 1-2 tahun)
2️⃣ Kurang eye contact
3️⃣ Lambat atau tiada komunikasi (tak babbling, tak menunjuk)
Ini bukan diagnosis. Kalau risau, dapatkan penilaian awal sekarang di AXCC.
Semakin awal, semakin baik! ❤️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the practice
Website
Address
16-1 Jalan SP 1/2 Bandar Saujana Putra
Jenjarom
42610
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:30 |
| Tuesday | 08:30 - 17:30 |
| Wednesday | 08:30 - 17:30 |
| Thursday | 08:30 - 17:30 |
| Friday | 08:30 - 17:30 |
| Saturday | 08:30 - 17:30 |