Rynaz Aliments
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rynaz Aliments, Food Delivery Service, BSP Avenue Bdr Saujana Putra, Jenjarom.
01/09/2021
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah SWT.🤲🤲🤲
Terima kasih sebab sentiasa support dan berikan feedback2 yg sgt positif kepada produk-produk kami. ♥️♥️♥️
InsyaAllah kami akan sentiasa pastikan kualiti dan rasa yg sedap2 shj utk customer kami ♥️♥️♥️🥰🥰🥰
26/07/2021
REBRANDING!!
Alhamdulillah Brownies by Rynaz Cottage telah di jenama kan semula sebagai Rynaz Aliments.
Kami merasakan keperluan untuk jenamakan semula kerana kami telah pelbagaikan produk produk jualan kami.
Bermula dengan hanya Brownies, kini ada beberapa lagi tambahan produk jualan kami seperti Kek Batik, DONIS, Burnt Cheese cake, Puding England, masakan Melayu & Western/Italian.
Kami akan cuba mempelbagaikan lagi produk-produk keluaran Rynaz Aliments pada masa akan datang.
Terima Kasih atas sokongan anda semua.
Salam Aidiladha kepada anda semua yg sentiasa sokong kami. Kami doakan semoga anda semua dilindungi dari perkara2 yg keji dan mungkar dan juga dilindungi daripada wabak Covid19.
Sedikit perkongsian tentang ibadah korban
Ibadah qurban merupakan satu ibadah (Ta’abbudi) yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. Di dalamnya terkandung banyak hikmah. Sejarah ibadah qurban bermula pada zaman Nabi Ibrahim A.S. ketika peristiwa penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S. yang telah digantikan dengan seekor kambing dengan kuasa Allah S.W.T.
Antara hikmah ibadah korban
1.Sebagai tanda ketaatan seorang hamba kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Ibadah korban mengingatkan kita tentang peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihi Salam yang telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala untuk menyembelih putera baginda Nabi Ismail Alaihi Salam. Ia merupakan pengorbanan yang benar-benar menguji keimanan dan kesabaran mereka berdua. Perintah yang amat berat itu telah dilaksanakan atas dasar iman dan taqwa yang dilakukan tanpa ragu-ragu atau was-was. Atas dasar ketaatan dan ketulusan mereka tersebut, maka Allah Subhanahu Wata'ala akhirnya telah memerintahkan agar Nabi Ismail Alaihi Salam digantikan dengan seekor kibas.
2.Memupuk sikap pemedulian dan prihatin terhadap masyarakat. Ini jelas melalui pengagihan daging-daging korban tersebut kepada yang berhak menerimanya khususnya kepada para fakir miskin dan yang memerlukan.
3.Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihi Salam dapat mengasuh dan mendidik diri untuk bersikap sabar terhadap apa jua ujian yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dalam kehidupan, tidak mudah mengeluh dan tetap menyerah dan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Ketahuilah, apa pun jua keadaan dan musibah yang berlaku, semuanya itu adalah ketentuan dan ketetapan daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Baqarah ayat 156:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ
صدق الله العظيم
“Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kami kembali”
4. Dapat mengikis sifat tamak dan menwujudkan sifat murah hati untuk membelanjakan harta ke jalan Allah Subhanahu Wata'ala. Ingatlah, harta yang dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada kita itu bukan hak milik mutlak kita sendiri malah di dalamnya ada hak-hak orang lain seperti golongan fakir miskin dan sebagainya. Harta itu hendaklah disalurkan untuk dizakat, sedekah, wakaf dan membantu yang memerlukan melalui ibadah korban.
5.Ibadah korban melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wata'ala terhadap nikmat rezeki yang telah dikurniakan. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Hajj ayat 34:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
وَلِڪُلِّ أُمَّةٍ۬ جَعَلۡنَا مَنسَكً۬ا لِّيَذۡكُرُواْ ٱسۡمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِيمَةِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِۗ
صدق الله العظيم
“Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syariatkan penyembelihan korban sampai mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka.”
Marilah kita sama-sama muhasabah diri untuk memanfaatkan kelebihan rezeki yang dikurniakan Allah Subhanahu Wata'ala kepada kita untuk melaksanakan ibadah korban. Mudah-mudahan dengan ibadah korban. Mudah-mudahan dengan ibadah korban yang kita lakukan itu rezeki kita semakin bertambah berkat dan dijauhi segala maksiat serta malapetaka. Semoga ibadah korban dan amal kebajikan yang kita lakukan atas dasar keikhlasan dan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala diterima dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. Amin Ya Rabbal Alamin.
Surah Al-Hajj ayat 37:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ كَذَٲلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
صدق الله العظيم
“Daging dan darah binatang korban itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah. Tetapi yang sampai kepadaNya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Dia memudahkannya untuk kamu supaya kamu membesarkan Allah atas hidayatNya kepada kamu. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat kebaikan”
Akhir kata berkongsi rezeki itu amat mulia di sisi Allah SWT. Di saat kita senang enak menikmati makanan yang sedap, kadangkala kita terlupa ada insan yang terpaksa mengikat perut dan berlapar kerana serba kekurangan. Selamat menjalani ibadah qurban kepada seluruh umat Islam.
08/07/2021
Penat tu memang penat, tapi lepas kek selamat smpai ke customer, customer pn terus wasap mcm ni, penat2 tu hilang bagai debu-debu di tiup angin...🥰🥰🥰
Terima kasih pd semua customer2 yg selalu sokong bisness kecik kami, insyaAllah jika diizinkan-Nya satu hari kita ada our own shop
02/07/2021
Alhamdulillah antara produk2 jualan kami bulan lepas, insyaAllah bulan ni kita maju lg kedepan
14/06/2021
Alhamdulillah sbb selalu support ♥️♥️♥️
12/06/2021
Rezeki hari ini...thank you. ❤
11/06/2021
Alhamdulillah 🤲🤲🤲
Tq semua.. Semoga kawan2 dimurahkan rezki dan dipermudahkan setiap urusan. Aaminnn.
Alhamdulillah our new logo
Terima kasih sebab sentiasa support bisnes kecil kami ♥️♥️♥️
11/06/2021
Alhamdulillah our new logo
Terima kasih sebab sentiasa support bisnes kecil kami ♥️♥️♥️
05/06/2021
Alhamdulillah..ape yg baik itu dari Allah dan kekurangan dari kami sendiri
Tq to customer2 yg sentiasa support kami
Nak try kek batik premium dari kami ? Mini ada whole pn ada, brownies premium pn ada...klik saje link kt bwh
mywa.link/fidvnzlr
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
BSP Avenue Bdr Saujana Putra
Jenjarom
42619