Nixk.M.R

Nixk.M.R

Share

"Ketika kamu merasa hidup kamu susah, sering di belenggu masalah. Yakinlah ada lagi mereka yang nasib susah. Jadi, bersyukurlah."

Ketika kamu merasa hidup kamu sedih, yakinlah ada lagi yang lebih pedih. Islam first , "Kekayaan terbesar adalah kekayaan jiwa." I'm A Scalper, fastest in the world

15/11/2024

TAHNIAH MALAYSIA JUARA DUNIA!
Kitalah juara kejuaraan dunia IESF-WEC Riyadh 2024 selepas menewaskan Filipina dengan kemenangan bersih 2-0!
Senarai pemain Malaysia bertanding:
- Muhammad Haqullah (Sekys)
- Ealtond Rayner (Lolealz)
- Muhammad Qayyum Ariffin (Yums)
- Ilman Zareef Zulkifli (Gojes)
- Hazziq Danish Mohamad Rizwan (Stormie)
Kontinjen negara dibantu oleh Michael Bocado (Arcadia) sebagai Ketua Jurulatih dan Ozoraveki sebagai pembantu jurulatih serta Amir Syafiq sebagai pengurus.
Sebelum ini, Malaysia bergelar juara dunia di kejohanan Mid Season Cup (MSC 2024) yang merupakan sebahagian dari acara Esports World Cup (EWC).

02/03/2022

TNB saran tarif khas untuk aktiviti melombong kriptowang

TNB saran tarif khas untuk aktiviti melombong kriptowang
Operasi perlombongan Bitcoin secara haram kini kian berleluasa. Aktiviti ini juga mengakibatkan TNB kerugian berbilion ringgit disebabkan adanya kecurian elektrik. Oleh itu, Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang mencari cara untuk benarkan operasi ini berjalan secara sah dengan memperkenalkan tarif khas untuk aktiviti ini.
Menurut pengerusi dan ketua pegawai eksekutif TNB, Datuk Baharin Din, cadangan kadar tarif khas untuk melombong Bitcoin telah dirangka dan ia telah dimajukan kepada Suruhanjaya Tenaga Malaysia (Energy Commission) untuk mendapat kelulusan. Cadangan ini juga dikemukakan bagi menggalakkan pengendali lombong Bitcoin mendapatkan bekalan elektrik secara sah.
Kalau anda nak tahu bertapa parahnya kerugian yang dihadapi TNB, dalam tahun 2018 terdapat 610 kes kecurian elektrik telah dikesan. Kemudian, jumlah melonjak pada tahun 2021 apabila sebanyak 3,091 kes telah direkodkan.

Sebenarnya, aktiviti melombong Bitcoin yang dijalankan secara haram boleh datangkan risiko besar kepada premis serta orang lain di sekitar. Hal ini kerana biasanya orang yang mencuri elektrik untuk mesin melombong Bitcoin menggunakan kelengkapan elektrik yang tidak mendapat perakuan.

Maka ia boleh mengakibatkan kebakaran berlaku. Selain itu, aktiviti ini juga boleh menyebabkan gangguan bekalan elektrik di kawasan sekitarnya.
Jumlah tenaga yang dicuri oleh pelombong haram ini bukannya sedikit. Contohnya, dalam 2018, TNB melaporkan lebih daripada 4,545 GWh tenaga telah hilang daripada grid kuasa. Kerugian yang dianggarkan adalah lebih daripada RM2.3 billion. Disamping itu, pemilik premis akan teraniaya kerana perlu menanggung segala tuntutan dan tindakan yang dikenakan oleh pihak berkuasa hasil daripada aktiviti haram ini.

Dengan inisiatif mengenakan tarif khas untuk perlombongan Bitcoin, mungkin ia dapat mengurangkan kes kecurian elektrik serta mengurangkan kerugian yang berlaku selama ini.

[Sumber: NST, FMT]

24/02/2022

Sistem Yang Mengehadkan Perlombongan Kripto Pada GPU NVIDIA Siri RTX3000 Telah Dipintas

Kegilaan perlombongan kripto menyebabkan bekalan GPU berkuasa untuk PC menghadapi kekurangan yang serius. Harga GPU melambung dua kali ganda sehingga sukar untuk peminat PC membelinya tanpa merabakkan poket. NVIDIA memperkenalkan Lite Hash Rate Limiter pada GPU siri RTX3000 untuk mengelakkan ia digunakan untuk melombong Ethereum. Tetapi sistem ini telah berjaya dipintas.

Perisian RTX LHR v2 Unlocker yang memintas halangan hashrate telah berjaya digunakan pada GPU RTX 3060, RTX 3060 Ti, RTX 3070 , RTX 3070 Ti, RTX 3080 dan RTX 3080 Ti. Pembangunnya yang hanya dikenali sebagai Sergey mengubahsuai perisian pemandu dan BIOS bagi mengembalikan prestasi perlombongan sebenar pada kesemua GPU ini.

RTX LHR v2 Unlocker akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Februari hadapan dengan ia boleh diuji oleh sebilangan pengguna sekarang.

Sumber PC_Gamer.com

22/02/2022

Saham Terkini ,boleh beli..

Pemerintah Arab Saudi Luncurkan Haji Metaverse, Ini Tanggapan MUI #iNewsSiang 11/02 12/02/2022

Arab Saudi Bangun Ka’bah Metaverse, Jika menunaikan Haji
tidak SAH.

https://www.youtube.com/watch?v=adOffZM2zVU

Pemerintah Arab Saudi Luncurkan Haji Metaverse, Ini Tanggapan MUI #iNewsSiang 11/02 Tanggal Tayang: 11/02/2022Dapatkan sajian berita-berita liputan langsung dari lapangan dan peristiwa terkini secara cepat dan akurat dari seluruh Indonesia. ...

Photos from Nixk.M.R's post 23/01/2022

NFT Space Journey

"Siapa cepat ke hadapan ia untung"

23/01/2022

Salam
Retromania telah mendapat jemputan utk membuat Motorshow jelajah Selangor sempena pelancaran dan perasmian E-Sport peringkat Negeri Selangor yg akan dinamakan RETROMANIA Motorshow Road Tour Selangor 2022.

Road Tour ini akan diadakah di setiap Daerah di dalam Selangor bermula Januari hingga September dimana setiap jelajahan dlm Daerah tersebut akan diadakan Event Esport dan Retromania Motorshow. Utk Permulaan..acara perasmian dan pelancaran Event ini akan di adakan di Perkarangan Parking Stadium Shah Alam pada 22-23/1/2022.

Untuk Slot Retromania Motorshow akan diadakan Motorshow pelbagai kategori, Konvoi bermotorsikal, jualan Booth Assesori permotoran dan juga Retro Car booth sale.

Kita akan maklumkan lebih details mengenai Event ini dlm masa terdekat.
yang berminat utk berniaga bersama Retromania...bolehlah menghubungi saya.
0196247011

Kopipess ...

Shah Alam, Malaysia

23/01/2022

PUBG MOBILE GLOBAL CHAMPIONSHIP 2022

BERITA : Cabaran Team Malaysia E-Sport, PUBG MOBILE. Bersaing merebut hadiah bernilai USD1.5juta.

Photos from Nixk.M.R's post 22/01/2022

Saham dari US malam tadi dan sebelumnya nampak bergitu downtrend. Kebanyakan syarikat besar2 dari sana ada penurunan sedikit, malah saham seluruh dunia pun..ada juga terjejas sedikit.. Harap2 minggu depan ada lampu hijau atau lampu merah terus downtread...?.

17/01/2022

" Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya. Kalau muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. "

🤲🤲🤔🤔🤔😀😀

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Jenjarom?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Saujana Putra
Jenjarom
42610