Institut Darul Ridzuan

Institut Darul Ridzuan

Share

We are the research and inclusive development agenda consulting firm and think tank for the state of Perak, Malaysia.

Institut Darul Ridzuan (IDR) is a think-tank body for Perak State Government. IDR undertakes independent and high quality problem solving-oriented research on socio-economic and other relevant issues facing the State and advocates new public policy and recommendations, strategies and facilitation. IDR was initiated by Menteri Besar YAB Datoโ€™ Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir, in his effort to tra

Photos from Institut Darul Ridzuan's post 12/06/2026

๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ญ๐š ๐Š๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐ˆ๐ฆ๐ฉ๐š๐ค ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ฌ๐š๐ง๐š๐ง ๐๐š๐ฌ๐š๐ซ ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐š๐ค

Daerah Kerian menjadi lokasi pertama bagi pelaksanaan Pengumpulan Data Kajian Impak dan Keberkesanan Pasar Sejahtera Rakyat Perak (PSRP), menandakan bermulanya usaha untuk menilai keberkesanan inisiatif ini dari perspektif rakyat.

Melalui kajian ini, Institut Darul Ridzuan (IDR) mendapatkan maklum balas secara langsung daripada pengunjung dan peniaga bagi memahami impak sebenar pelaksanaan PSRP serta mengenal pasti ruang penambahbaikan yang dapat memperkukuh pelaksanaan program pada masa hadapan.

Usaha ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Perak dalam memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan terus relevan, berkesan dan memberi manfaat kepada rakyat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kerian, Yayasan Bina Upaya (YBU), para peniaga, pengunjung dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta meluangkan masa untuk menjayakan pengumpulan data ini.

11/06/2026

10/06/2026

IPOH, 10 Jun 2026 โ€“ Institut Darul Ridzuan (IDR) telah menyampaikan Geran Penerbitan Perak Sejahtera 2030 berjumlah RM87,000 kepada lima penyelidik daripada lima universiti terpilih sempena Perak Research Policy and Conference (PPRC) 2026.

Pemilihan penerima geran dibuat daripada 334 cadangan kajian yang diterima, dimana 40 kajian telah terpilih bagi sesi pembentangan dan lima (5) kajian terbaik menerima geran penerbitan bernilai RM17,400 setiap satu. Penyelidikan yang dipilih merangkumi bidang strategik seperti transformasi digital, kecerdasan buatan, ekonomi inklusif, kelestarian, sekuriti makanan, tadbir urus dan keberkesanan penyampaian awam.

Pada majlis yang sama, IDR turut mengiktiraf kecemerlangan penyelidik dan kreativiti masyarakat melalui Pertandingan Poster Penyelidikan Perak Sejahtera 2030 yang menerima 58 penyertaan serta Pertandingan Fotografi Perak Sejahtera 2030 bertemakan โ€œPerak Sejahtera: Hasil Dirasaโ€ yang menerima 280 penyertaan sepanjang tempoh penganjurannya.

Kesemua geran dan hadiah telah disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Yang Amat Berhormat Datoโ€™ Seri Saarani Mohamad, disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datoโ€™ Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Sambutan yang memberangsangkan daripada komuniti penyelidikan dan masyarakat mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh pembangunan negeri Perak melalui idea, bukti dan perspektif rakyat selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.

Photos from Institut Darul Ridzuan's post 10/06/2026

Mesyuarat Penyelarasan Bilangan 2 Program NEXGEN Perak ASEAN Conference (NEXPAC) 2026 telah diadakan pada 9 Jun 2026 di Institut Darul Ridzuan (IDR).

Mesyuarat ini menghimpunkan Jawatankuasa Induk yang diwakili daripada Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Jawatankuasa Dewan Belia Perak, Majlis Belia Negeri Perak, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan IDR bagi memperkukuh penyelarasan serta memantapkan perancangan pelaksanaan NEXPAC 2026 yang dijadualkan berlangsung pada Disember 2026.

Melalui sesi perbincangan dan percambahan fikiran yang konstruktif, ahli-ahli mesyuarat telah mengemukakan pelbagai cadangan penambahbaikan terhadap kertas kerja yang dibentangkan bagi memastikan NEXPAC 2026 dirancang secara strategik, inklusif dan berupaya memberikan impak yang signifikan kepada pembangunan belia di peringkat negeri, kebangsaan dan serantau.

01/06/2026

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda.

Semoga Allah SWT mengurniakan Baginda Tuanku dan Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta keberkatan dalam memayungi rakyat dan negara.

Dirgahayu Tuanku.

Daulat Tuanku.

Sembah takzim daripada,
Institut Darul Ridzuan (IDR)

Photos from Institut Darul Ridzuan's post 29/05/2026

Selesai sesi pengumpulan data lapangan bagi Kajian Keberkesanan Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai yang melibatkan sesi FGD bersama penduduk, peniaga dan agensi berkepentingan di Pulau Pangkor pada 19-21 Mei 2026

Kajian turut diteruskan melalui sesi temu bual bersama penduduk sekitar Pulau Pangkor bagi mendapatkan pandangan dan pengalaman secara langsung mengenai pelaksanaan status pulau bebas cukai.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan berkongsi pandangan sepanjang pelaksanaan kajian ini.

29/05/2026

Photos from Institut Darul Ridzuan's post 26/05/2026

Tahniah kepada para pemenang Pertandingan Fotografi Perak Sejahtera 2030! ๐Ÿ†

Institut Darul Ridzuan (IDR) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang atas karya yang berjaya mengetengahkan perspektif rakyat menerusi tema โ€œPerak Sejahtera: Hasil Dirasaโ€.

Penghargaan turut dirakamkan kepada semua peserta, panel penilai, rakan kerjasama strategik serta semua pihak yang telah menjayakan pertandingan ini.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address

B-1-9, Greentown Suria
Ipoh
30450

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30