Capiq Property

Capiq Property

Share

SELL & BUY HOME PROPERTY

Photos from Capiq Property's post 24/05/2022

ALHAMDULILLAH ๐Ÿคฒ

Terima kasih Maxxan Realty, Sallymiss Laimin & Azura Nawawi serta kepada semua yang banyak membantu secara langsung dan tak langsung. InsyaAllah, saya akan mempertingkatkan lagi usaha. Aamiin.

SYAFIQ AIZAT
PERUNDING HARTANAH

wasap.my/60175413169/nakbelirumah
wasap.my/60175413169/nakjualrumah
wasap.my/60175413169/naksewarumah

16/09/2021

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ

Semoga kita terus maju dan jaya. Bersamalah kita menjaga keamanan dan keharmonian kita semua.

31/08/2021

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat menjalani kehidupan dalam keadaan yang aman dan harmoni di negara tercinta, Malaysia. Oleh itu, saya dengan berbekalkan semangat patriotisme mahu mengajak anda untuk terus menyemarakkan keharmonian yang dikecapi selama ini demi Negara yang tercinta dan sekali gus memartabat agenda untuk membina negara. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2021๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Merdeka! Merdeka! Merdeka.๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

09/08/2021

SALAM MAAL HIJRAH ๐Ÿ˜‡

Photos from Capiq Property's post 31/07/2021

๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ฆ ๐Ÿฎ ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ , ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž.

Lokasi: ๐˜“๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ท๐˜ช๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฆ, ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ ๐˜œ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ช๐˜ต๐˜ช, 32610, ๐˜š๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช ๐˜๐˜ด๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ, ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ.


ASKING PRICE: ๐—ฅ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿด๐Ÿฌ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ

๐˜ฟ๐™€๐™๐˜ผ๐™„๐™‡๐™Ž:
โœ… 4 bilik
โœ… 3 bilik air
โœ… 1540 sq.ft
โœ… 22'ร—70
โœ… Leasehold Bumi
โœ… Gated & Guarded

Taman ini merupakan kawasan perumahan berpengawal dan berkomuniti aman. Berhampiran dengan masjid Bandar U dengan pelbagai kemudahan setempat seperti sekolah, sekolah agama, kedai runcit, restoran, pasaraya tesco & pelbagai rangkaian makanan segera dan lain-lain.
Juga berhampiran dengan Universiti Teknologi Petronas dan Uitm Seri iskandar.

๐˜ผ๐™ˆ๐™€๐™‰๐™„๐™๐™„๐™€๐™Ž:
โœ… Taman Permainan
โœ… Pasaraya Tesco
โœ… Pasaraya Billion
โœ… Pasaraya Econsave
โœ… D'mall Seri Iskandar
โœ… Sekolah Menengah
โœ… Sekolah Rendah
โœ… Masjid Bandar Universiti
โœ… Sekolah Agama Rakyat
โœ… Taska & Tadika
โœ… Klinik
โœ… Bank
โœ… Petrol Pam.
โœ… Rangkaian makanan segera.

Hubungi/Whatsapp โ˜Ž๏ธ

SYAFIQ AIZAT
017-5413169
PERUNDING HARTANAH

wasap.my/60175413169/wtbLakeville280k
wasap.my/60175413169/wtbLakeville280k

25/07/2021

๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—ฆ๐—˜๐—ฆ ๐—๐—จ๐—”๐—Ÿ ๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—›

Kadang owner rumah nak jual tapi tak tau nak jual macam mana.

Dan ada juga buyer yang nak beli rumah tapi tak tau tujuan dia.

Saya akan bantu semua 10 proses dibawah ini. Untuk tahu lebih lanjut boleh hubungi saya.

SYAFIQ AIZAT
PERUNDING HARTANAH

wasap.my/60175413169/nakbelirumah
wasap.my/60175413169/nakjualrumah
wasap.my/60175413169/naksewarumah

21/07/2021

๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—› ๐—ก๐—”๐—ž ๐—๐—จ๐—”๐—Ÿ

"๐˜Œ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ช๐˜ฌ, ๐˜ด๐˜บ ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ถ ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ณ.. ๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ด๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ต ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ถ.. ๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ?"

Step:

1๏ธโƒฃ. Hubungi ejen hartanah yang anda yakin & selesa utk berurusan.

2๏ธโƒฃ. Ejen hartanah akan buat pre semakan harga pasaran, harga yang telah terjual beli untuk unit yang sama "transacted price", harga pesaing dan harga cadangan yang sesuai mengikut analisis market semasa.

3๏ธโƒฃ. Jika bersetuju dengan harga cadangan agent ataupun harga cadangan selepas discussion. Ejen akan membuat lawatan pertama "inspection" ke atas rumah yang hendak dijual sama ada ditemani oleh pemilik rumah (amat digalakkan utk memudahkan anda mengenali lebih rapat siapa ejen hartanah yang anda lantik), melalui wakil, penyewa ataupun serahan kunci secara terus (untuk rumah kosong).

4๏ธโƒฃ. Next, Agent hartanah tersebut akan mengiklankan hartanah anda secara meluas kepada semua prospek melalui pengiklanan online ataupun offline (banner).

5๏ธโƒฃ. Selesai membuat pengiklanan, Agent tersebut akan menguruskan kesemua proses penjualan bermula dengan membawa bakal pembeli melihat rumah tersebut (viewing), menguruskan pinjaman perumahan, menguruskan peguam dan lain2 jika diminta.

6๏ธโƒฃ. Pemilik rumah perlu menyediakan dokumen berikut untuk tujuan penjualan rumah.

โžก๏ธ Sales & Purchase Aggrement
โžก๏ธ Geran strata/individual
โžก๏ธ Cukai Tanah/pintu
โžก๏ธ Bil Api/Air/Indah water
โžก๏ธ Bil maintenance.

Boleh hubungi saya:

Syafiq Aizat
017-5413169

wasap.my/60175413169/nakjualrumah

20/07/2021

SALAM AIDILADHA 1442H

Di muara sungai Sarawak banyak buaya,
Buaya timbul setiap hari,
Corona Virus sungguh berbahaya,
Raya, raya jugakโ€ฆ tapi jangan lupa jaga diri.

18/07/2021

๐— ๐—ฅ๐—ง๐—ง/๐— ๐—ฅ๐—ง๐—” vs ๐— ๐—Ÿ๐—ง๐—ง/๐— ๐—Ÿ๐—ง๐—”
=========================================

Setiap produk ada kelebihan & kelemahan masing-masing.

MRTT - Mortgage Reducing Term Takaful (Islamic)
MRTA - Mortgage Reducing Term Assurance (Conventional)
MLTT - Mortgage Level Term Takaful (Islamic)
MLTA - Mortgage Level Term Assurance (Conventional)

18/06/2021

"๐—™๐—ฅ๐—˜๐—˜๐—›๐—ข๐—Ÿ๐——" ๐˜ƒ๐˜€ "๐—Ÿ๐—˜๐—”๐—ฆ๐—˜๐—›๐—ข๐—Ÿ๐——" ๐Ÿ ๐Ÿ˜๏ธ

Ramai orang berkira-kira nak beli leasehold, sedangkan nak beli freehold lebih mahal. Kalau tak mahal pun, kawasan tu memang tak ada freehold, yang ada cuma leasehold.

Ini ringkasan penting untuk tahu beza antara freehold dan leasehold.
1) ๐™‹๐™€๐™ˆ๐™„๐™‡๐™„๐™†๐˜ผ๐™‰โœ…

Tanah freehold dimiliki oleh individu. Sesiapa yang beli tanah atau dihadiahkan tanah. Status tanah tu, freehold. Tapi kalau leasehold, tanah ni dimiliki oleh kerajaan. Tanah ni tak dijual, tapi dipajak oleh kerajaan kepada individu atau pemaju yang bangunkan rumah.
2) ๐™๐™€๐™ˆ๐™‹๐™Š๐™ƒ ๐™‹๐˜ผ๐™…๐˜ผ๐™†๐˜ผ๐™‰ โœ…

Freehold takde pajakan, sebab tanah ni dibeli. Kalau dipindah milik, nama pemilik tersebut adalah individu atau syarikat, bukan kerajaan. Leasehold ada pajakan selama 99 tahun. Selepas habis tempoh pajakan, cuma kena perbaharui tempoh pajakan saja. Senang faham, kerajaan cuma bagi sewa saja untuk tanah berstatus leasehold.
3) ๐™ƒ๐˜ผ๐™๐™‚๐˜ผ โœ…

Mesti kita perasan harga rumah berstatus freehold lebih mahal dari leasehold. Sebabnya pemaju beli tanah tersebut untuk bina rumah. Jika leasehold, pemaju cuma bayar premium untuk dapatkan pajakan selama 99 tahun. Pemaju tak beli pun. Tapi masih ada juga rumah leasehold masih mahal. Ini disebabkan lokasi tersebut sudah membangun dan tinggi premiumnya.
4) ๐™๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™ƒ ๐˜ฝ๐˜ผ๐™†๐˜ผ๐™‡ ๐˜ฟ๐™„๐˜ผ๐™ˆ๐˜ฝ๐™„๐™‡ โœ…

Bab ni lagi ramai yang keliru. Kerajaan tak ambil sesebuah tanah disebabkan status freehold atau leasehold. Kerajaan ambil disebabkan atas faktor pembangunan kawasan tu. Walaupun rumah berstatus freehold sekalipun, kerajaan tetap akan ambil jika perlu pada pembangunan seperti highway. Pampasan pulak akan dibayar.
5) ๐™๐™๐™ˆ๐˜ผ๐™ƒ ๐˜ฝ๐˜ผ๐™†๐˜ผ๐™‡ ๐™๐™Š๐˜ฝ๐™Š๐™ƒ โœ…

Tak semudah itu rumah nak diroboh. Jika sesuatu kawasan tersebut sudah membangun, kepadatan penduduk sudah mapan, tiada keperluan untuk kerajaan ambil semula tanah leasehold, walaupun statusnya milik kerajaan. Kerajaan hanya akan teruskan pajakan. Dan pajakan itu boleh disambung selepas 99 tahun.
6) ๐™๐˜ผ๐™†๐™๐™ ๐™‰๐˜ผ๐™† ๐˜ฝ๐˜ผ๐™”๐˜ผ๐™ ๐™‹๐™๐™€๐™ˆ๐™„๐™๐™ˆ โœ…

Rumah freehold tiada premium. Boleh duduk melebihi 100 tahun tanpa bayar pajakan. Tapi leasehold perlu bayar untuk sambung tempoh pajakan. Kita tak perlu risau dengan kadar premium, kerana hidup kita pun tak sampai 100 tahun. Jawapannya, kita terselamat dari membayar premium tu. Jadi tak payahlah risau.
Anak-anak nak sambung duduk? Takde maknanya anak kita nak sambung tinggal. Mereka mungkin beli rumah jauh dari tempat asal kita, bekerja atau kahwin di tempat lain. Silap hari bulan, rumah kita tu pun dijualnya.
Kesimpulan saya. Kalau ada rumah leasehold di kawasan tu, tak ada apa nak dirisaukan. Beli jelah walaupun tak ada freehold.
Kalau ada otai yang baca ni, yang salah tu, saya mohon maaf, boleh tegur mana yang salah. Saya budak baru belajar.

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Ipoh
31400