GPMS UiTM SHAH ALAM

GPMS UiTM SHAH ALAM

Share

GPMS Cawangan Khas UiTM Shah Alam ; DEMI AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas UiTM Malaysia (GPMS UiTM) mula didaftarkan di UiTM (ketika itu ITM) pada tahun 1974. Bertitik-tolak dari saat awal penubuhannya, matlamat GPMS UiTM jelas, untuk memperjuangkan agenda pendidikan anak-anak bangsa Melayu, selari dengan asas perjuangan GPMS itu sendiri dan seiring dengan objektif penubuhan UiTM iaitu menjadi salah satu institut pengaji

18/05/2026

Bluetooth sunglasses with super long battery life - buy one get one free, HKD 59

Photos from GPMS UiTM SHAH ALAM's post 18/05/2026

[PAUTAN KASIH RENTAK BERUKHWAH]

Sorotan Program Pautan Kasih: Rentak Berukhwah hasil kerjasama GPMS bersama Istiqamah Resource yang telah berlangsung pada 16 Mei 2026 di Taman Botani Negara Shah Alam, bersempena sambutan Hari Guru sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan para pendidik dalam membentuk generasi masa hadapan.

Program ini dianjurkan sebagai medium untuk mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kerjasama serta membina hubungan yang lebih harmoni dalam kalangan peserta. Melalui pelbagai aktiviti santai, interaktif dan bermanfaat yang dijalankan sepanjang program, para peserta bukan sahaja dapat mengisi masa dengan aktiviti berfaedah, malah turut berpeluang membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran komunikasi serta mengukuhkan nilai kebersamaan dalam suasana yang ceria dan penuh makna.

Selari dengan semangat Hari Guru, program ini turut membawa nilai pendidikan yang bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah, bahkan melalui pembentukan sahsiah, pengukuhan adab, semangat kepimpinan serta pembelajaran secara pengalaman (experiential learning). Hal ini kerana pendidikan yang berkesan lahir daripada bimbingan, tunjuk ajar dan nilai murni yang diterapkan oleh para pendidik dalam kehidupan seharian.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Penghargaan khusus turut dizahirkan kepada para guru dan pendidik yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, membimbing serta membentuk anak bangsa demi masa depan yang lebih baik.

Semoga segala usaha yang dicurahkan memberikan manfaat, memperkukuh ukhuwah serta terus menyemarakkan semangat pendidikan dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Photos from GPMS UiTM SHAH ALAM's post 12/05/2026

[AKTIVITI HIKING]
📍Tasik Cermin, Shah Alam
📅 9/5/2026

Satu langkah, seribu kenangan.
Ekspedisi mendaki kali ini ke Tasik Cermin bukan sekadar tentang aktiviti riadah fizikal atau mengejar langkah semata-mata. Ia merupakan satu perjalanan untuk kita kembali menghargai alam, sambil memperkukuhkan lagi ikatan ukhuwah sesama ahli GPMS UiTM Shah Alam. Di sebalik setiap titisan peluh dan nafas yang tercabut, tersimpan semangat kebersamaan yang tidak ternilai.
Aktiviti ini menjadi bukti bahawa kerjasama pasukan adalah kunci utama dalam menempuh apa jua rintangan. Walaupun penat mendaki dan mencabar stamina, segalanya terasa hilang dan terbayar saat mata dihidangkan dengan keindahan panorama Tasik Cermin yang cukup tenang dan memukau. Pengalaman bermakna seperti inilah yang akan terus terpahat dalam ingatan kita semua.
Semoga setiap langkah yang kita atur hari ini menjadi pembakar semangat untuk terus maju dalam segala lapangan yang kita ceburi.

Sekian,

Belajar Terus Belajar.

09/05/2026

[PROGRAM HIKING]

9/5/2026 - Satu langkah, seribu kenangan.
Program Hiking GPMS di Tasik Cermin bukan sekadar aktiviti riadah, tapi juga peluang untuk eratkan ukhuwah, bina semangat berpasukan dan cipta memori bersama 🌿⛰️

Walaupun penat mendaki, semuanya terbayar dengan pemandangan yang cantik dan pengalaman yang bermakna. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini

Sekian,

Belajar Terus Belajar.

09/05/2026
Photos from GPMS UiTM SHAH ALAM's post 02/05/2026

|SOROTAN HARI BERTEMU PELANGGAN GPMS 2026|

Hari Bertemu Pelanggan bersama GPMS telah berlangsung dengan jayanya pada 20 hingga 21 April 2026 bertempat di Dewan Mawar Qaseh, Kolej Mawar, UiTM Shah Alam bermula jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program seperti pameran booth serta sesi perkenalan mengenai GPMS. Terima kasih diucapkan kepada semua warga UiTM Shah Alam yang hadir dan memeriahkan booth GPMS. Semoga segala pengisian yang disediakan memberi manfaat dan kenangan yang bermakna buat semua.

Sekian,

Belajar Terus Belajar

Photos from GPMS UiTM SHAH ALAM's post 02/05/2026

[KEM REMAJA BERILMU]

Sorotan program Kem Remaja Berilmu yang telah berlangsung pada 10–12 April di SMK Abdul Jalil. Program ini bertujuan membina jati diri, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi serta memupuk semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Sekian,
Belajar Terus Belajar.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Ipoh