DOSM Perak
Department Of Statistics Malaysia, Perak
31/05/2026
πππππππ πππππππππ ππππ ππππππππππ ππππ ππ-πππππππ πππππ ππππ
ππππππ ππππππ!!!
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada tanggal 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, kesejahteraan dan keberkatan yang berterusan kepada Kebawah Duli Tuanku dalam memayungi rakyat dan negara.
Sembah takzim daripada Warga DOSM Perak.
"ππππ ππππ πππππππ ππππππ"
Ikuti Media Sosial Rasmi DOSM Perak
Facebook: DOSM Perak
https://www.facebook.com/DOSMPerak
TikTok: DOSM Perak
https://www.tiktok.com/
X: DOSM Perak
https://x.com/DOSMPerak
Instagram: DOSM Perak
https://www.instagram.com/dosmperak
27/05/2026
ππππππππ ππππππππππ ππππππ
πππ ππ (ππππππππ πππ)
21 Mei 2026 | Ipoh - Satu Sesi Taklimat Penggunaan Mesin Pengimbas ICR dan Aliran Kerja Pemproseaan Banci Ekonomi 2026 telah diadakan dan sesi ini disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Pengurusan Maklumat, Ibu Pejabat DOSM iaitu Puan Nur Syafiqah Sallif dan Cik Siti Najwa Maisarah Mohd Rozali.
Selain taklimat ini, sesi Preventive Maintenance & Hands On penggunaan mesin pengimbas ICR juga telah berlangsung sepanjang tempoh 19 - 21 Mei 2026, iaitu melibatkan aktiviti penyelenggaraan pencegahan (Preventive Maintenance), kerja - kerja pemasangan, penetapan serta pengujian mesin pengimbas ICR.
Objektif taklimat dan sesi latihan ini adalah untuk memberi pemahaman menyeluruh mengenai fungsi dan penggunaan mesin pengimbas ICR, serta aliran kerja pemprosesan borang Banci Ekonomi 2026 (BE2026) bagi meningkatkan kecekapan pemprosesan data BE2026 agar berjalan dengan lancar.
Kerjasama semua dalam menjayakan BE2026 diucapkan ribuan terima kasih.
"ππππ ππππ πππππππ ππππππ"
Ikuti Media Sosial Rasmi DOSM Perak
Facebook: DOSM Perak
https://www.facebook.com/DOSMPerak
TikTok: DOSM Perak
https://www.tiktok.com/
X: DOSM Perak
https://x.com/DOSMPerak
Instagram: DOSM Perak
https://www.instagram.com/dosmperak
26/05/2026
Ψ¨ΩΨ³ΩΩ
Ω Ω±ΩΩΩΩ°ΩΩ Ω±ΩΨ±ΩΩΨΩΩ
Ω°ΩΩ Ω±ΩΨ±ΩΩΨΩΩΩ
Ω
βSesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)β.
(Al-Kautsar: 1-3)
πππππππ ππππ ππππ πππππππππ πππππ | ππππ
Ikhlas daripada Warga DOSM Perak.
"ππππ ππππ πππππππ ππππππ"
Ikuti Media Sosial Rasmi DOSM Perak
Facebook: DOSM Perak
https://www.facebook.com/DOSMPerak
TikTok: DOSM Perak
https://www.tiktok.com/
X: DOSM Perak
https://x.com/DOSMPerak
Instagram: DOSM Perak
https://www.instagram.com/dosmperak
20/05/2026
ππππ πππππ ππππ πππππ πππππππ ππππ
Gerik | 19 Mei 2026 - Sesi Libat Urus Banci Ekonomi 2026 (BE 2026) bersama Masjid Pengkalan Hulu serta Jawatankuasa Masjid di bawah pengurusan JAIP telah diadakan pada 19 Mei 2025 bertempat di Pejabat Agama Daerah Gerik.
Pihak JAIP Daerah Ipoh telah diwakili oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Daerah Ipoh, Ustaz Ahmad Hamizan bin Yahya.
Fokus utama sesi ini adalah untuk memberikan penerangan berkaitan pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 serta panduan pengisian Borang Soal Selidik bagi Institusi Bukan Berasaskan Keuntungan (Non-Profit Institution, NPI), khususnya melibatkan masjid dan surau di bawah seliaan JAIP.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JAIP serta semua Jawatankuasa Masjid yang hadir atas kesudian dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan Banci Ekonomi 2026.
Kerjasama erat antara agensi kerajaan dan institusi keagamaan amat penting bagi memastikan data yang dikumpulkan adalah tepat, komprehensif dan mampu menyokong perancangan pembangunan negara.
"ππππ ππππ πππππππ ππππππ"
Ikuti Media Sosial Rasmi DOSM Perak
Facebook: DOSM Perak
https://www.facebook.com/DOSMPerak
TikTok: DOSM Perak
https://www.tiktok.com/
X: DOSM Perak
https://x.com/DOSMPerak
Instagram: DOSM Perak
https://www.instagram.com/dosmperak
20/05/2026
ππππ πππππ ππππ πππππ πππππππ ππππ
Ipoh | 18 Mei 2026 - Sesi Libat Urus Banci Ekonomi 2026 (BE 2026) bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Daerah Ipoh dan Batu Gajah serta Jawatankuasa Masjid di bawah pengurusan JAIP telah diadakan pada 18 Mei 2025 bertempat di Institut Tadbiran Islam Negeri Perak (INTIM), Ipoh.
Pihak JAIP Daerah Ipoh telah diwakili oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Daerah Ipoh, Ustaz Ahmad Hamizan bin Yahya.
Fokus utama sesi ini adalah untuk memberikan penerangan berkaitan pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 serta panduan pengisian Borang Soal Selidik bagi Institusi Bukan Berasaskan Keuntungan (Non-Profit Institution, NPI), khususnya melibatkan masjid dan surau di bawah seliaan JAIP.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JAIP serta semua Jawatankuasa Masjid yang hadir atas kesudian dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan Banci Ekonomi 2026.
Kerjasama erat antara agensi kerajaan dan institusi keagamaan amat penting bagi memastikan data yang dikumpulkan adalah tepat, komprehensif dan mampu menyokong perancangan pembangunan negara.
"ππππ ππππ πππππππ ππππππ"
Ikuti Media Sosial Rasmi DOSM Perak
Facebook: DOSM Perak
https://www.facebook.com/DOSMPerak
TikTok: DOSM Perak
https://www.tiktok.com/
X: DOSM Perak
https://x.com/DOSMPerak
Instagram: DOSM Perak
https://www.instagram.com/dosmperak
19/05/2026
πππππππ πππππ πππππππ ππππππππππ ππππππππ ππππππ πππππ ππ ππππππ πππππππ πππππ πππ. πππ.
Tanjung Malim | 19 Mei 2026 β Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Perak telah mengadakan lawatan kerja ke PROTON pada 18 Mei 2026 bagi memperkukuh kerjasama strategik serta meningkatkan kefahaman berkaitan operasi industri automotif dan pengurusan tenaga kerja syarikat.
Delegasi DOSM Negeri Perak yang terdiri daripada 11 orang pegawai dan anggota telah diketuai oleh Mohd Ridauddin bin Masud, Pengarah DOSM Negeri Perak. Lawatan ini turut disertai oleh dua orang pegawai daripada DOSM Ibu Pejabat Putrajaya iaitu Nur Saadah binti Abd Majid dan Muhammad Ilham Aiman bin Mohd Rafie.
Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh pihak pengurusan PROTON yang diketuai oleh Yusri bin Yusuf, Ketua Pegawai Strategi, Strategi Korporat PROTON. Sesi lawatan turut diisi dengan taklimat korporat dan perkongsian berkaitan operasi syarikat, pembangunan industri automotif serta pengurusan sumber manusia.
Antara objektif utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan gambaran menyeluruh berkaitan operasi syarikat dan profil tenaga kerja selaras dengan keperluan pengumpulan maklumat bagi pelaksanaan Banci Ekonomi 2026. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara DOSM dan pihak PROTON dalam memastikan penyaluran data statistik yang tepat, berkualiti dan terkini dapat dilaksanakan secara berkesan pada masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Proton Tanjung Malim Sdn. Bhd. atas penyelarasan lawatan ini serta layanan yang sangat baik dan taklimat yang sangat informatif. Sinergi semua pihak menjadi tunjang kejayaan Banci Ekonomi 2026 dalam memperkasa data berkualiti demi memacu pembangunan ekonomi negara.
"ππππ ππππ πππππππ ππππππ"
Ikuti Media Sosial Rasmi DOSM Perak
Facebook: DOSM Perak
https://www.facebook.com/DOSMPerak
TikTok: DOSM Perak
https://www.tiktok.com/
X: DOSM Perak
https://x.com/DOSMPerak
Instagram: DOSM Perak
https://www.instagram.com/dosmperak
15/05/2026
ππππ πππππ ππππ πππππ πππππππ ππππ πππππππ πππππππππππ ππππππππ ππππππππ (πππ) ππππππ πππππ
14 Mei 2026 | Ipoh - Satu sesi libat urus (SLU) antara Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak (DOSM) dan membincangkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Perak telah diadakan bagi kerjasama strategik dalam melancarkan pelaksanaan Banci Ekonomi 2026.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh Pengarah SSM Negeri Perak, Puan Azurah Nor binti Sarif. Perbincangan tertumpu kepada peranan SSM dalam menyokong pelaksanaan banci melalui perkongsian maklumat korporat dan perniagaan yang berkaitan, di samping memperkukuh penyelarasan operasi antara kedua-dua agensi.
Turut dimaklumkan ialah produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh SSM serta capaian maklumat yang diperlukan oleh DOSM bagi membantu proses pemprofilan pertubuhan, pengemaskinian kerangka banci dan memastikan liputan Banci Ekonomi 2026 dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh, tepat dan efisien.
Kerjasama erat antara DOSM dan SSM Perak ini diharap dapat memperkukuh penghasilan data ekonomi negara yang berkualiti dan komprehensif demi menyokong perancangan serta pembangunan negara.
"ππππ ππππ πππππππ ππππππ"
Ikuti Media Sosial Rasmi DOSM Perak
Facebook: DOSM Perak
https://www.facebook.com/DOSMPerak
TikTok: DOSM Perak
https://www.tiktok.com/
X: DOSM Perak
https://x.com/DOSMPerak
Instagram: DOSM Perak
https://www.instagram.com/dosmperak
14/05/2026
12/05/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak, Tkt 3 Blok A, Bangunan Persekutuan Ipoh (Greentown), Jalan Dato' Seri Ahmad Said
Ipoh
30450
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 12:15 |
| 14:45 - 17:00 |