Jabatan Kerja Raya Negeri Perak
Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak telah ditubuhkan sejak 1878 dan berfungsi sebagai sebuah agensi teknikal kepada Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
31/05/2026
𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah Takzim daripada, Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya Negeri Perak
26/05/2026
🐄🌙 Salam Aidiladha 1447H / 2026M
Hayatilah erti pengorbanan, suburkan nilai keikhlasan dan eratkan ukhwah sesama kita.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan buat seluruh keluarga.
Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas daripada Warga Jabatan Kerja Raya Negeri Perak.
24/05/2026
21/05/2026
21/05/2026
🚧 HEBAHAN PEMBUKAAN SEMULA JALAN 🚧
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Dimaklumkan bahawa Laluan Negeri A147 ( Jalan Padang Tembak ) di Seksyen 3.5 berhampiran
(Lorong Bulan) akan dibuka semula kepada semua jenis kenderaan bermula 21.05.2026 jam 12.00 Malam.
Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan agar :-
- Memandu dengan berhati-hati
- Mematuhi semua papan tanda dan arahan lalu lintas
- Mengutamakan keselamatan sepanjang perjalanan
Kerjasama dan kesabaran semua pengguna jalan raya amatlah dihargai.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak
19/05/2026
PEMAKLUMAN LAMPU JALAN TIDAK BERFUNGSI
Dimaklumkan beberapa lampu jalan di sekitar kawasan Perak Tengah tidak berfungsi berikutan kejadian kecurian kabel baru-baru ini.
📍 Lokasi terlibat:
• Jalan Persekutuan FT005 Seksyen 664 (Kg.Durian Kudung)
• Jalan Persekutuan FT005 Seksyen 661.1( Jambatan Bota)
• Jalan Negeri A236 Seksyen 1.5 (Simpang 3 Jalan Parit – Seri Iskandar)
Segala kesulitan amat dikesali. Kerjasama dan kesabaran tuan/puan amat dihargai.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Address
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
Ipoh
30000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |