JPS Negeri Perak
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak
Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.
Tel: 05-209 5000
Portal Rasmi : https://jps.perak.gov.my
E-mel : [email protected] Terima kasih kerana sudi melayari laman FB rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak. Adalah diharapkan laman ini akan memberi maklumat dan penerangan yang jelas mengenai fungsi serta perkhidmatan yang diberikan oleh JPS bagi pengunjung laman ini. JPS Negeri Perak telah diamanahkan untuk melaksanakan fungsi-
14/06/2026
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah • Pulau Pinang • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) • Kelantan (Jeli dan Gua Musang) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub) • Sarawak: Miri dan Limbang sehingga 11:00 malam; Ahad, 14 Jun 2026.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 8:40 malam, 14 Jun 2026
14/06/2026
KUNJUNG HORMAT FELCRA BERHAD PERAK KE JPS NEGERI PERAK
12 Jun 2026, Ipoh - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak telah menerima kunjung hormat daripada Pengarah Negeri FELCRA Berhad Perak, YBhg. Tuan M. Zaful Anuar bin Zulkifli di Bilik Mesyuarat Utama , JPS Perak bagi membincangkan beberapa perkara berkepentingan bersama melibatkan pembangunan dan pengurusan kawasan FELCRA di negeri ini.
Kunjungan tersebut bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi serta membincangkan beberapa isu dan cadangan berkaitan projek pembangunan FELCRA, antaranya:
1. Ulasan jabatan bagi permohonan Kelulusan Merancang (KM) Projek Ternakan Ayam Sistem Tertutup FELCRA Berhad di Sri Perkasa, Mukim Hutan Melintang, Daerah Bagan Datuk;
2. Bidang kuasa penyelenggaraan parit-parit JPS di dalam kawasan ladang FELCRA Berhad; dan
3. Status rezab-rezab JPS di dalam kawasan milik FELCRA Berhad.
JPS Negeri Perak amat menghargai inisiatif dan komitmen FELCRA Berhad Perak dalam memperkukuhkan kerjasama antara agensi demi memastikan pembangunan yang terancang, mampan serta mematuhi keperluan pengurusan sumber air dan saliran di negeri Perak.
Semoga perbincangan ini menjadi platform yang bermanfaat dalam mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan pembangunan negeri secara berterusan.
14/06/2026
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Padang Terap, S*k, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau Pinang • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) • Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong) • Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) • Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) • Johor (Muar dan Batu Pahat) • Sarawak: Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) sehingga 9:00 malam; Ahad, 14 Jun 2026.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 6:40 petang, 14 Jun 2026
14/06/2026
12/06/2026
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, S*k dan Baling) • Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) • Terengganu (Dungun dan Kemaman) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan) • Selangor (Hulu Selangor dan Gombak) • WP Kuala Lumpur • Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) • Johor (Batu Pahat dan Pontian) • Sarawak: Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau) dan Sandakan (Beluran) • WP Labuan sehingga 9:00 malam; Jumaat, 12 Jun 2026.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 6:15 petang, 12 Jun 2026
12/06/2026
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Baling, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) • Perak (Hulu Perak) • Kelantan (Jeli) • Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang) • Pahang (Rompin) • Johor • Sarawak: Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang (Limbang) • Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat • WP Labuan sehingga 5:00 petang; Jumaat, 12 Jun 2026.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 1:30 tengah hari, 12 Jun 2026
11/06/2026
SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA TAHUN 2026 PERINGKAT NEGERI PERAK DAN PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR
11 Jun 2026, Lumut – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Negeri Perak Cawangan Seri Iskandar, Sekretariat Kelestarian Alam Sekitar (SKAS), Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Sahabat Alam Sekitar (KUASA) telah menganjurkan Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat JPS Negeri Perak Tahun 2026 serta Program Kesedaran Alam Sekitar di Pantai Teluk Senangin, Lumut.
Program ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, YB Encik Teh Kok Lim, yang turut diiringi oleh Pengarah JPS Negeri Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak.
Turut hadir memeriahkan program ialah YDH Toh Kelana Perkasa Encik Ismail bin Haji Balua, Orang Besar 32 Negeri Perak; Encik Mohd Helmi bin Arifin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung; Prof. Dr. Muhamad Abdul Aziz bin Ab Gani, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Perak; Puan Tun Noraida binti Nikman, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat), serta pegawai-pegawai daripada JPS Negeri Perak, JPS Daerah Manjung, MPM, SKAS dan pensyarah serta pelajar UiTM Perak Cawangan Seri Iskandar.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung, antaranya aktiviti gotong-royong pembersihan pantai, melukis mural, penanaman pokok landskap, sesi kuiz interaktif, taklimat berkaitan sumber air dan alam sekitar serta aktiviti audit sampah sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar dan sumber air.
Penganjuran program ini diharap dapat menyemarakkan semangat kerjasama antara agensi kerajaan, institusi pendidikan dan komuniti setempat dalam memupuk kesedaran serta tanggungjawab bersama ke arah kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan generasi masa hadapan.
11/06/2026
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar) • Kelantan (Gua Musang) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron) • Johor (Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) • Sarawak: Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis), Miri (Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat • WP Labuan sehingga 7:00 malam; Khamis, 11 Jun 2026.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 4:00 petang, 11 Jun 2026
10/06/2026
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang) • Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah) • Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera) • Sarawak: Kuching, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat • WP Labuan sehingga 9:00 malam; Rabu, 10 Jun 2026.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 7:00 malam, 10 Jun 2026
08/06/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
Ipoh
30000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |