PEMBINA Ipoh
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Ipoh
23/04/2026
Ikhlas itu sangat berharga (sukar), dan orang yang ikhlas itu sedikit. Istiqamah lebih berat daripada itu, dan orang yang istiqamah lebih sedikit. Dan sesiapa yang berpegang dengan istiqamah, akan diakhiri dengan husnul khatimah.
[Abu al-Qasim al-Qushayri]
Rabu, 22 April 2026
Ikhwah & akhawat Pembina Ipoh turut disertai dalam kalangan Moh Ngaji. Banyak pengalaman dan ilmu yang dikongsikan oleh permata dan ulama yang berharga.
Semua ilmu & taujihad yang dikongsikan adalah untuk mengukuhkan iman & keyakinan para pendakwah muda, terutama dalam kalangan mahasiswa di Ipoh.
20/04/2026
Alhamdulillah
PEMBINA Ipoh telah menyertai MATK ke-18 dan genap penubuhan PEMBINA di tanah tercinta adalah bukti usaha, ketekunan, dan kesabaran dalam menyebarkan dakwah dalam kalangan mahasiswa seluruh Malaysia.
Di Ipoh, PEMBINA Ipoh tetap konsisten dan sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk menyampaikan risalah & kebenaran dengan tajmik mahasiswa-mahasiswa agar sentiasa terus berada dalam baiah yang membawa kepada pembebasan daripada cengkaman musuh & hawa nafsu.
Kefahaman yang jelas & amal yang betul dan ikhlas akan membawa mahasiswa ke arah kemenangan. Bukan terhadap diri sendiri sahaja, bahkan kemenangan umat Islam.
Allah ﷻ berfirman : “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kukuh.”
Saff : 4
19/04/2026
Moga setiap usaha ini dinilai sebagai ibadah. ‘Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya.’ (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).”
15/04/2026
Struktur Organisasi Jawatankuasa PEMBINA Ipoh 2026/2027
Semoga Allah ﷻ sentiasa memberikan kekuatan, ketabahan, & taufiq untuk semua untuk sentiasa meneruskan perjuangan dan sunnah terbesar Rasulullah ﷺ (berdakwah)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Ipoh