Peraktastic
Tabloid digital suara hati rakyat & komuniti disampaikan secara padat, ringkas & berinformasi.
06/06/2026
MPT Perhebat Operasi Turunkan Iklan Tanpa Kebenaran
TAIPING : Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menerusi Bahagian Penguatkuasa telah melaksanakan operasi khas menurunkan iklan tanpa kebenaran di beberapa lokasi sekitar kawasan pentadbirannya.
Operasi tersebut melibatkan penurunan papan tunjuk arah, gegantung dan sepanduk yang dipasang tanpa kelulusan rasmi pihak majlis.
Tindakan itu dilaksanakan bagi memastikan semua pemasangan iklan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Menurut MPT, penguatkuasaan berkenaan dibuat selaras dengan peruntukan Undang-Undang Kecil Iklan (MPT) 2013 yang sedang berkuat kuasa.
Langkah tersebut turut bertujuan menjaga aspek keselamatan awam serta mengelakkan gangguan kepada pengguna jalan raya.
Selain itu, pemasangan iklan tanpa kawalan boleh menjejaskan keindahan dan imej bandar Taiping.
Sehubungan itu, para pengusaha dan orang ramai dinasihatkan mendapatkan kelulusan rasmi daripada MPT sebelum memasang sebarang bentuk iklan.
MPT berharap kerjasama semua pihak dapat membantu mewujudkan persekitaran bandar yang lebih tersusun, selamat dan harmoni.
06/06/2026
Mohd Alwi, anak kelahiran Pusing kini Ketua Polis Perak
Oleh : Zaki Salleh
IPOH : Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu sekali gus menyaksikan perubahan tampuk kepimpinan polis.
Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.
Mohd Alwi menggantikan Datuk Noor Hisam Nordin yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman.
Berusia 58 tahun, beliau yang berasal dari Pusing telah berkhidmat selama 35 tahun dalam Polis Diraja Malaysia.
Antara jawatan lain yang pernah disandang adalah sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) Bukit Aman.
Manakala Noor Hisham p**a telah menjawat sebagai Ketua Polis Perak lebih setahun bermula 17 Februari tahun lalu.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang dan mempunyai latar belakang operasi dalam pasukan 69 Komando (VAT69).
Terdahulu, majlis serah terima tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri di Mes Pegawai Kanan Polis di sini.
Majlis ini mempunyai signifikan tersendiri apabila Mohd Yusri juga pernah menjadi Ketua Polis Perak pada Ogos 2022 hingga Jun 2024.
05/06/2026
25 Pensyarah UTAR Jayakan Program English Odyssey di SK Jalan Pegoh
IPOH : Seramai 25 pensyarah dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampus Kampar telah melaksanakan program English Odyssey di SK Jalan Pegoh.
Program tersebut melibatkan kira-kira 300 murid Tahun 5 dan Tahun 6 yang berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti pembelajaran Bahasa Inggeris secara interaktif.
Inisiatif ini bertujuan memupuk minat murid terhadap Bahasa Inggeris serta meningkatkan keyakinan mereka untuk bertutur dalam bahasa tersebut tanpa rasa malu atau segan.
Pelbagai pendekatan kreatif dan menyeronokkan digunakan bagi menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan dan menarik.
Ketua Program, Afi Roshezry Abu Bakar yang juga pensyarah UTAR berkata, program seumpama ini wajar diadakan secara lebih kerap bagi membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
Menurut beliau, pendedahan awal melalui aktiviti luar bilik darjah mampu membina keyakinan serta kemahiran komunikasi yang lebih baik.
Beliau turut berharap program tersebut dapat diperluaskan ke lebih banyak sekolah rendah dan menengah di sekitar Ipoh pada masa hadapan.
Program ini mencerminkan komitmen UTAR dalam menyumbang kepada pembangunan pendidikan dan memperkasakan generasi muda melalui penguasaan Bahasa Inggeris.
05/06/2026
Tangkap lembu, kerbau merayau setiap minggu tanpa notis, kemudian lelong
BATU GAJAH: Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) akan menjalankan operasi penangkapan lembu dan kerbau yang merayau setiap minggu tanpa sebarang notis dan hasil tangkapan akan dilelong.
Keputusan itu dibuat setelah perbincangan diadakan di antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Steven Tiw Tee Siang dan Jabatan Penguatkuasa MDBG.
Menurut Steven, ia penting kerana isu lembu dan kerbau merayau di kawasan DUN Tronoh yang semakin tidak terkawal.
Tegasnya lagi, kepada penternak yang melepaskan lembu dan kerbau selepas ini, tidak perlu untuk salahkan mana-mana jika tindakan itu diambil memandangkan ia sudah banyak kali mendatangkan pelbagai masalah kepada penduduk khususnya risiko kemalangan.
"Daripada hasil perbincangan, bagi menangani masalah tersebut, MDBG akan menjalankan operasi penangkapan lembu dan kerbau yang merayau setiap minggu tanpa sebarang notis dan hasil tangkapan akan dilelongkan.
"Dokumen tersebut merupakan satu kertas kerja bagi inisiatif yang bakal dilaksanakan adalah orang awam bersama JPKK akan diberi kuasa untuk penangkapan lembu dan kerbau yang merayau.
"Kita akan terus beri perhatian berkenaan isu ini. Semoga menerima kerjasama daripada semua pihak," katanya.
05/06/2026
Giat buat persediaan Larian Solidariti 250km Bawa Suara DAK ke Parlimen
Oleh : Zaki Salleh
IPOH : Persediaan untuk melakukan larian solidariti sejauh 250 kilometer dari Taiping ke Parlimen bagi memperjuangkan nasib tiga ekor gajah Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK) giat dijalankan.
Larian tersebut akan dilakukan oleh Wakil Sekretariat Solidariti Bersama DAK, Neow Choo Seong.
Ia bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai masa depan ketiga-tiga gajah berkenaan yang kini menjadi perhatian pelbagai pihak.
Neow yang juga Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri II merangkap Ketua Penerangan Pemuda MCA memberitahu larian bermula pada 17 Jun hingga 22 Jun.
Larian selama enam hari itu akan melalui Ipoh, Kampar, Tapah, Tanjung Malim dan Sungai Buloh sebelum berakhir di Parlimen.
Menurut beliau, perjuangan tersebut bukan sekadar membabitkan tiga ekor gajah, malah melambangkan nilai kemanusiaan, belas ihsan dan tanggungjawab dalam memelihara khazanah negara.
Beliau berkata, Dara, Amoi dan Kelat tidak mampu menyuarakan nasib mereka sendiri, justeru masyarakat perlu menjadi suara kepada haiwan berkenaan.
Tambahnya, terdapat kebimbangan bahawa DAK berkemungkinan terus hidup dalam kurungan untuk tempoh yang panjang jika tiada usaha berterusan dilakukan bagi membela nasib mereka.
Neow berharap setiap kilometer yang ditempuhi dapat menjadi simbol harapan dan sokongan rakyat Malaysia terhadap misi berkenaan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terus memberikan sokongan kepada kempen demi masa depan Dara, Amoi dan Kelat.
05/06/2026
Pantau, turun padang ke rumah anak yatim, pusat jagaan kanak-kanak di Perak
IPOH: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak diminta untuk membuat pemantauan menyeluruh serta turun padang ke semua rumah anak-anak yatim serta pusat jagaan kanak-kanak di seluruh Perak.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed, gesaan itu dibuat bagi menilai tahap keselamatan premis, kebajikan penghuni serta keperluan penambahbaikan yang perlu disegerakan.
Tambahnya, kerajaan negeri memperuntuk sebanyak RM400,000 setiap tahun, khusus bagi tujuan penyelenggaraan dan baik pulih infrastruktur rumah anak-anak yatim serta pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negeri.
"Peruntukan ini penting bagi memastikan aspek keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan anak-anak yang berada di bawah jagaan sentiasa terpelihara.
"Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan anak-anak. Sebarang risiko yang boleh mengancam kesejahteraan mereka perlu dikenal pasti dan ditangani segera agar kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan pada masa hadapan.
"Anak-anak ini adalah amanah kita bersama. Semoga segala urusan baik pulih dipermudahkan dan mereka terus membesar dalam persekitaran yang selamat, selesa dan penuh kasih sayang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menziarah Rumah Anak-Anak Yatim Gembala Baik di Buntong yang terkesan akibat kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas.
"Kejadian berlaku dalam sekelip mata, namun syukur kerana tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dan tiada kemalangan jiwa melibatkan penghuni rumah ini.
"RM18,000 telah disalurkan bagi tujuan baik pulih awal," katanya lagi.
Hadir sama, ADUN Buntong, Thulsi Manogaran, Pengarah JKM Negeri Perak serta pihak pentadbiran daerah bagi memastikan kerja-kerja baik pulih dapat disegerakan.
04/06/2026
Oh malaysia tanahairku 😬😬
04/06/2026
Malaysia pertimbang tambah pekerja sektor kesihatan dari Indonesia - Mohamad Hassan | Berita Harian JAKARTA: Malaysia akan mempertimbangkan cadangan Indonesia untuk memperluas penempatan pekerja migran Indonesia (PMI) ke sektor kesihatan, khususnya tenaga kejururawatan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Ipoh