APM Negeri Perak
MOTO
“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”
15/06/2026
INFOGRAFIK LAPORAN BENCANA BANJIR NEGERI PERAK
15 Jun 2026, Isnin - Laporan terkini keadaan banjir di Negeri Perak setakat jam 08:00 pagi.
Laporan Disediakan :
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
14/06/2026
PEMANTAUAN KAWASAN BANJIR DAERAH MANJUNG
14 Jun 2026, Ahad - Berikutan kejadian hujan lebat yang berterusan melebihi 1 jam yang berlaku di sekitar daerah Manjung, APM daerah Manjung telah menerima aduan berkenaan kawasan sekitar Kampung Kilang, Beruas dinaiki air dan seterusnya melakukan pemantauan. Hasil pemantauan mendapati beberapa rumah di kawasan sekitar telah dinaiki air. Tiada Pusat Pemindahan Sementara yabg diaktifkan setakat ini. Mohon kepada semua warga Daerah Manjung terutama di kawasan berisiko banjir untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca semasa dan hubungi talian kecemasan jika memerlukan bantuan.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
14/06/2026
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah • Pulau Pinang • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) • Kelantan (Jeli dan Gua Musang) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub) • Sarawak: Miri dan Limbang sehingga 11:00 malam; Ahad, 14 Jun 2026.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 8:40 malam, 14 Jun 2026
14/06/2026
PEMANTAUAN KAWASAN BANJIR DAN PEMBUKAAN PPS SK BATU HAMPAR LARUT MATANG DAN SELAMA
14 Jun 2026, Ahad - Berikutan kejadian hujan lebat yang berterusan melebihi 2 jam yang berlaku di sekitar daerah Larut Matang dan Selama, APM Daerah LMS telah menerima aduan berkenaan kawasan sekitar Sungai Rotan dinaiki air dan seterusnya melakukan pemantauan. Hasil pemantauan mendapati kawasan sekitar serta jalan utama telah dinaiki air.
Oleh itu, satu pusat pemindahan sementara di SK Batu Hampar telah diaktifkan pada jam 8:00 malam. Mohon kepada semua warga Daerah Larut Matang dan Selama terutama di kawasan berisiko banjir untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca semasa dan hubungi talian kecemasan jika memerlukan bantuan.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
14/06/2026
12/06/2026
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, S*k dan Baling) • Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) • Terengganu (Dungun dan Kemaman) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan) • Selangor (Hulu Selangor dan Gombak) • WP Kuala Lumpur • Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) • Johor (Batu Pahat dan Pontian) • Sarawak: Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau) dan Sandakan (Beluran) • WP Labuan sehingga 9:00 malam; Jumaat, 12 Jun 2026.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 6:15 petang, 12 Jun 2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Pejabat Negeri Pertahanan Awam Perak Wing A Wisma SSI, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30450 Ipoh Darul Ridzuan
Ipoh
30020