IKRAM Perak

IKRAM Perak

Share

Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

PERTUBUHAN IKRAM PERAK | IPOH | KUALA KANGSAR | TAIPING | MANJUNG | BATANG PADANG | TELUK INTAN | PERAK TENGAH | HULU PERAK | PADANG RENGAS | BATU GAJAH | TAMBUN Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam.

31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah.

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

sempena

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

pada

1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah Takzim Daripada
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Perak.

Photos from IKRAM Perak's post 28/05/2026

28 Mei 2026, Tapah
Alhamdulillah selesai majlis korban ketiga IKRAM Batang Padang pada tahun ini. Majlis disempurnakan oleh Pejabat Agama Islam Tapah (Ust Ahmad Saibani Masron) di Masjid Al-Mukmin Batu 3 Jalan Pahang, Tapah. 3 ekor lembu disumbangkan oleh para penyumbang budiman dari merata tempat. Setelah selesai majlis korban, daging diagih-agihkan ke kampung-kampung pedalaman asli. Semoga Allah rahmati para penyumbang dan sukarelawan yang menjayakan ibadah ini.

28/05/2026

Program Ibadah Korban 1447H IKRAM Kawasan Manjung

Photos from IKRAM Perak's post 28/05/2026

28 Mei 2026 | MANJUNG

โ€œDan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya ia daripada ketakwaan hati.โ€
(Surah Al-Hajj: 32)

Alhamdulillah, program Ibadah Korban tahun 1447H telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama erat antara IKRAM Kawasan Manjung, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Al-Hidayah Manjung serta Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah Hospital Seri Manjung.

Sebanyak tiga ekor lembu korban hasil sumbangan para peserta korban yang terdiri daripada ahli IKRAM, PIBG, dan warga Hospital Seri Manjung telah berjaya disembelih dan diagihkan kepada petugas dan golongan asnaf yang memerlukan.

Program ini turut diserikan oleh kehadiran YDP IKRAM Manjung, YDP PIBG serta Timbalan Pengarah Hospital Seri Manjung. Kehadiran lebih daripada 100 orang petugas dan sukarelawan telah memeriahkan suasana serta melancarkan perjalanan program penuh keberkatan ini.

Firman Allah SWT:

โ€œMaka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan kepada orang yang susah lagi fakir.โ€
(Surah Al-Hajj: 28)

Semoga Allah SWT menerima amal ibadah korban para peserta, memberkati segala usaha para sukarelawan serta mengurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada semua yang terlibat.

Diharapkan jalinan kerjasama dan ukhuwah seperti ini akan terus diperkukuhkan demi manfaat ummah dan kebajikan masyarakat pada masa akan datang, insya-Allah.

Photos from IKRAM Perak's post 27/05/2026

27 Mei 2026, Bidor
Alhamdulillah ibadah korban berjaya dilaksanakan dengan kerjasama IKRAM Batang Padang, Pejabat Agama Islam Daerah Tapah Paid dan Tok Sidang Abdul Rani di Kg Lembah, Bidor.

Seekor lembu hasil sumbangan orang ramai dikorbankan untuk diagih-agihkan di Kampung Orang Asli Pos Gedong, Bidor Perak.

Lembu disembelih di rumah Tok Sidang Abdul Rani seterusnya diangkut menaiki 4wd pejabat agama ke Pos Gedong. Proses lapah diadakan di sana.

Program berjalan dengan baik, mesra dan muhibah di kalangan para penerima. Moga-moga Allah berikan kita semua ganjaran dan keampunanNya ๐Ÿคฒ

Photos from IKRAM Perak's post 27/05/2026

27 Mei 2026, Slim River
Alhamdulillah ibadah korban dapat dilaksanakan dengan kerjasama erat antara IKRAM Batang Padang dan Pejabat Agama Islam Daerah Muallim. 2 ekor lembu ditumbangkan. Agihan daging diuruskan oleh pejabat agama. Terima kasih kepada yang berbahagia Ust Muhammad Nurfadzli bin Anuar Pegawai Tadbir Agama Muallim turut menjayakan program korban ini. Program seumpama ini berlangsung setiap tahun sejak 8 tahun lepas.

Semoga Allah merahmati semua yang menjayakan program ini ๐Ÿคฒ

Photos from IKRAM Perak's post 27/05/2026

Salam Aidiladha dari IKRAM Padang Rengas

๐ŸŒ™โœจ **SALAM AIDILADHA 1447H** โœจ๐ŸŒ™

Dengan penuh rasa syukur dan takzim, saya mewakili seluruh warga **Pertubuhan IKRAM Malaysia Kawasan Padang Rengas** ingin mengucapkan **Selamat Hari Raya Aidiladha** kepada seluruh umat Islam khususnya warga IKRAM, para pendidik, sukarelawan dan masyarakat setempat.

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan yang sebenar โ€” pengorbanan masa, tenaga, harta dan jiwa demi mencari keredaan Allah SWT. Semoga semangat Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS terus hidup dalam diri kita sebagai hamba yang taat dan ummah yang saling menyayangi.

๐Ÿ•Œ Marilah kita bersama-sama:
๐Ÿค Mengukuhkan ukhuwwah
๐Ÿ’š Menyemai kasih sayang sesama insan
โœจ Memperbanyakkan amal kebajikan
๐ŸŒ™ Menghayati makna pengorbanan dengan penuh keikhlasan

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat buat kita semua.

*Taqabbalallahu minna wa minkum.*
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H.

Ikhlas daripada:
**Cikgu Rosle bin Chik Rus**
Yang Dipertua
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Kawasan Padang Rengas

27/05/2026

๐ŸŒ™Salam Aidiladha 1447H ๐ŸŒ™

Sempena Aidiladha ini marilah bersama menghayati makna pengorbanan yang sebenar, selari dengan syariat Islam dan semangat membina masyarakat yang prihatin, sejahtera serta berakhlak mulia.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.
โ€œPengorbanan Membina Ketakwaan, Kebersamaan Menguatkan Ummah.โ€

Ikhlas Daripada:
IKRAM Perak Tengah

27/05/2026

๐Ÿ’ซ SALAM AIDILADHA 1447H ๐Ÿ’ซ

Semoga semangat Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan.

Marilah kita bersama-sama memupuk budaya berkorban demi keluarga, masyarakat dan agama agar lahir generasi yang lebih prihatin, bersatu dan berakhlak mulia.

Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga setiap pengorbanan diterima dan diberkati.

Ikhlas daripada,
Tn. Haji. Alias bin Ali,
YDP IKRAM
Kawasan Teluk Intan.

27/05/2026

Salam Aidiladha 1447H ๐Ÿ•‹

โ€œDan bagi tiap-tiap umat, Kami telah syariatkan ibadah korban supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang direzekikan kepada mereka...โ€ (Surah Al-Hajj:34)
๐Ÿซ๐Ÿ‘๐Ÿ๐Ÿ‚

Semoga Allah SWT menerima segala amal soleh, ibadah korban serta merahmati kita semua.๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ’

ุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽู…ูู†ู’ูƒูู…ู’ ุตุงู„ุญ ุงู„ุฃุนู…ุงู„

Follow
FB Wanita IKRAM Perak
https://www.facebook.com/WanitaIkramPerak

IG Wanita IKRAM Perak
https://www.instagram.com/wanitaikramperak

FB IKRAM Junior Perak
https://www.facebook.com/share/1F5ePFtMgS/?mibextid=wwXIfr

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


36A, Persiaran Halaman Ampang 6, Halaman Ampang Mewah
Ipoh
31350