MyGrafik
If you're looking for a cheap but elegant & modern business design, then you are at the right place!
07/06/2023
Siap sebuah lukisan abstrak berkonsepkan retro Bauhaus (asal dari nama sekolah seni di Jerman). Konsep ini diminta sendiri oleh pelanggan yang juga meminati seni dari Jerman ini.
Secara asasnya, grafik Bauhaus ini hanya menggunakan geometri ringkas (bulat, petak, segiempat/tiga, dan garisan tebal) dan menggunakan tema warna asas (merah, hijau, kuning, biru). Untuk dapatkan konsep retro, penggunaan warna di kelamkan.
Setiap lukisan abstrak ada ceritanya. Lukisan abstrak ini diinspirasikan daripada basikal kesayangannya... 😊
Bagi yang ingin nak cuci mata, melihat hasil seni grafik boleh follow MyGrafik. Insyaallah jika ada kesempatan kami akan adakan klip2 video di TikTok bagi yang ingin belajar penghasilan digital grafik pada masa akan datang.
*lukisan ini akan dipecahkan kepada 2 frame dan dicetak atas canvas.
07/06/2023
Terima kasih kepada Shah Burger atas kepercayaan kepada kami bagi mereka bentuk logo untuk perniagaan makanannya.
Semoga perniagaan tuan akan terus maju. Aminn.
31/05/2023
MyGrafik bukan hanya fokus merekabentuk logo, malah kami juga menerima tempahan untuk syarikat bagi membina website dan customise company profile.
Nampak gah kalau nak melobi projek dan pelabur kalau semua seragam begini... 😊
Terima kasih Dua Steel atas kepercayaan menggunakan khidmat kami..
25/05/2023
Terima kasih kepada M Izam Syah atas kepercayaan kepada kami bagi mereka bentuk logo surau di pejabatnya.
Semoga surau tuan lebih makmur dan aktif dengan pelbagai aktiviti ibadah.
23/05/2023
Hari ni siapkan tempahan untuk upgrade logo. Logo agak payah, dengan perincian kepala pahlawan viking dan remote control kayu, namun kami berjaya laksanakan.
Terima kasih Tn Hafiz kerana menggunakan khidmat kami.. 🙏🙏
23/05/2023
Terima kasih kepada Kereta Sewa Murah Bangi Kajang kerana sudi menempah logo daripada kami.
Selamat berjaya Tn Mohd Fauzi Hamzah and team dalam bisnes!
19/05/2023
Terima kasih Tupperware Stokis Aura Sinaran atas kepercayaan kepada kami mencipta logo rasmi mereka.
Semoga perniagaan bertambah sukses dengan adanya logo baharu!
Terima kasih big boss Meor Prinze Jr. pemilik stokis ini. . 🙏🙏
17/05/2023
Logo merupakan komunikasi di dalam bentuk visual. Rekaan logo yang baik akan memberi kesan dan keyakinan kepada pelanggan serta memudahkan mereka mengingati produk anda!
Ingin menjadi ahli perniagaan dan usahawan berjaya, ciptalah logo untuk perniagaan dan produk anda!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Taman Perpaduan Koperasi, Tambun
Ipoh
31400