Bunga Raya Online

Bunga Raya Online

Share

Informasi terkini untuk Rakyat Malaysia

Photos from Bunga Raya Online's post 26/06/2026

Senarai nama calon-calon BERSATU-Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum Negeri Johor 2026.

Undilah Perikatan Nasional!

21/06/2026

"Jangan perlekeh kami, jangan perbodoh kami, jangan hina kami, jangan main main dengan kami”

-TSMY-

18/06/2026

Parti Pribumi BERSATU Malaysia (BERSATU) akan melancarkan jentera pilihan raya bagi menghadapi PRN Johor pada 21 Jun 2026 (Ahad), jam 8.00 malam di SLF Ballroom, Pusat Perniagaan Bakri, Muar.

Jumpa Ahad ini. Bersama-sama kita mulakan langkah menuju PRN Johor dengan semangat perjuangan, azam yang kental dan keyakinan.

09/06/2026

Kenyataan Media Tan Sri Muhyiddin.
9 Jun 2026

07/06/2026

Kenyataan Media Tan Sri Muhyiddin Yassin | 7 Jun 2026

Photos from Bunga Raya Online's post 06/06/2026

Bismillah
Alhamdulillah

Terima kasih Datuk Sri Najib Razak menggunakan gambar lama saya tahun 2019.

Alhamdulillah saya pernah menjadi MB Johor dan Exco Kerajaan Johor.

Terima kasih juga Datuk Sri kerana pernah berkempen di Dun Bukit Kepong ketika PRN Johor 2022.

Datuk Sri mungkin lupa sejarah lama, kenapa tertubuhnya BERSATU. Datuk Sri ingat kes 1MDB? Katanya kes inilah punca Datuk Sri menendang YB Tan Sri Muhyiddin sebagai ahli umno dan dI pecat sebagai timb Perdana Menteri?
Masih Ingat?

Tan Sri Muhyiddin terpaksa menubuhkn parti BERSATU untuk mengekalkan undi Melayu yg menolak 1MDB dan orang² melayu yaang masih menolak rasuah dan sangat menjaga integriti.

Kebijaksanaan YB Tan Sri bergabung dengan PH maka sejarah kejatuhan BN terjadi pada PRU 14 lalu

2020, kebijaksanaan YB Tan Sri, demi untuk menjaga agama Islam, hak-hak org melayu, bumiputera maka YB Tan Sri menarik diri dari kerajaan PH dan menubuhkan Kerajaan PERIKATAN NASIONAL.
Tertubuhnya PN maka kita dapat melihat buat kali pertama Kerajaan Melayu Islam, bumiputera terbentuk di Malaysia tanpa menafikan hak kaum² lain.
Untuk menubuhkn PN dan mengekalkan PN, demi untuk mengekalkan kerajaan Melayu terbesar maka Bersatu sanggup kehilangan
1. MB Johor, di serahkan kepada BN
2. ⁠MB Perak, hasil pengkhianatan BN (diserahkan kpd BN)
3. ⁠PM8, hasil pengkhianatan BN (diserahkn kpd BN/DSIS)

Namun demi Melayu dan Islam kami terus menyokong BN menerajui negara sehinggalah PRU15

Datuk Sri bukankah pada tahun 2023, BN di beri pilihan untuk bersama PN atau PH,dan BN memilih PH malah sehingga kini BN masih bersama PH.

Melaka bukti nyata BN menang mereka bersama PH/DAP.

N9, wakaupun terjadi krisis ketidakpercayaan 14 Adun BN, namun masih setia bersama PH.

Oleh itu, formula guru dan murid masih kekal sehingga hari ini.

Saya yakin, apapun yg terjadi di JOHOR, pimpinan pusat BN tetap akn bersama PH.

Datuk Sri, rakyat Johor tidak lupa.

BERSATU ditubuhkan kerana 1MDB.

TS Muhyiddin dipecat kerana mempertahankan integriti.

Hari ini BN bukan bersama PN.

BN memilih DAP.

Di Melaka bersama DAP.

Di Negeri Sembilan bersama DAP.

Di Putrajaya bersama DAP.

Maka rakyat Johor perlu sedar satu hakikat,

Undi BN hari ini adalah undi untuk meneruskan kerajaan PH

Oleh yg demikian….Yakinlah bahawa.
UNDI UMNO BN Di JOHOR DAPAT DAP-PH di Putrajaya

Datuk Sri saya nak tanya satu. adakah zahid tidak mengkhianati Datuk Sri atas kes adendum
yg di sorok?

Datuk sri terima kasih telah berkempen di Pagoh pd PRN Johor 2022

https://vt.tiktok.com/ZSQNf4HKM/

BERSATU DEMI JOHOR

“Fazkuruni Azkurkum Washkuruli Walatakfurun”

Yb Dato’ Dr Sahruddin Bin Hj Jamal
Ketua BPN Negeri Johor
Pengerusi PN Johor

04/06/2026

Bismillah
Alhamdulillah

KENYATAAN MEDIA
KETUA BADAN PIMPINAN BERSATU JOHOR

BERSATU MERSING KEKAL UTUH DAN TERUS DIPERKASA

BERSATU Negeri Johor mengambil maklum kenyataan yang dibuat oleh YB Alwiyah Talib melalui sidang media yang diadakan sebentar tadi berhubung keputusan beliau meninggalkan parti dan kembali menyertai UMNO.

Sehingga kenyataan tersebut dibuat, pihak BERSATU Negeri Johor tidak menerima sebarang pemakluman awal mahupun surat rasmi daripada beliau berkenaan hasrat untuk keluar daripada parti. Justeru, kami hanya mengetahui perkara tersebut melalui laporan media dan sidang akhbar yang telah diadakan.

Walau bagaimanapun, BERSATU Johor menghormati hak dan keputusan peribadi beliau serta mengambil maklum tindakan yang telah dibuat.
Kita memahami bahawa cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh pemimpin serta anggota parti pembangkang pada masa ini adalah amat tinggi. Namun, perjuangan politik yang berteraskan prinsip, integriti dan kepentingan rakyat memerlukan ketabahan serta kesetiaan yang berterusan.

BERSATU Johor ingin menegaskan bahawa keputusan seorang individu tidak akan menggugat kekuatan organisasi parti di Mersing mahupun di kawasan Endau. Parti ini mempunyai ramai pelapis terdiri daripada pemimpin lama yang berpengalaman serta muka-muka baharu yang bersemangat untuk meneruskan perjuangan dan menggerakkan parti di semua peringkat.
Malah, kita mempunyai ramai pemimpin pengganti daripada kalangan anak muda dan anggota yang kekal setia bersama perjuangan parti. Mereka bersedia memikul amanah dan meneruskan agenda memperjuangkan nasib rakyat serta memperkukuhkan kedudukan parti di kawasan ini.

BERSATU Mersing akan terus diperkasa, disusun dan diperkukuhkan dengan semangat kebersamaan seluruh ahli serta kepimpinan parti. Fokus kami adalah untuk memperkukuhkan organisasi, mendekati rakyat dan memastikan BERSATU terus menjadi wadah perjuangan yang relevan serta diyakini oleh masyarakat.

Perjuangan tidak terhenti dengan pemergian seseorang. BERSATU Mersing akan terus mara ke hadapan dengan saf kepimpinan yang lebih mantap dan komited demi agama, bangsa dan tanah air.

"Bersatu, Beramanah, Bermaruah"

Dikeluarkan oleh:
YB Dato' Dr Sahruddin Jamal.
Ketua BPN Negeri Johor
Tarikh: 4 Jun 2026

02/06/2026

KENYATAAN MEDIA
PENGERUSI PERIKATAN NASIONAL (PN) JOHOR

PEMBUBARAN DUN JOHOR: JENTERA PERIKATAN NASIONAL SIAP SEDIA DIGERAKKAN

Perikatan Nasional (PN) Johor mengambil maklum pengumuman rasmi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkuat kuasa 1 Jun 2026 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

Sehubungan itu, seluruh jentera PN Johor di semua peringkat negeri, bahagian, DUN, PDM dan cawangan berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya untuk digerakkan bagi menghadapi PRN yang bakal diadakan.

PN Johor telah membuat persiapan awal sejak sekian lama melibatkan penyusunan organisasi, pengukuhan gerak kerja akar umbi, latihan petugas pilihan raya serta pemetaan strategi di seluruh 56 kawasan DUN. Fokus utama kami adalah memastikan setiap jentera bergerak secara tersusun, berdisiplin dan berkesan bagi menyampaikan mesej perjuangan PN kepada rakyat Johor.

Pilihan raya ini bukan sekadar pertandingan politik, tetapi medan untuk rakyat menentukan masa depan negeri Johor. PN menawarkan sebuah perjuangan yang berteraskan integriti, kestabilan, kebajikan rakyat serta tadbir urus yang bersih dan bertanggungjawab.

Saya menyeru seluruh pimpinan, anggota parti serta penyokong PN supaya memperkukuhkan saf perjuangan, mengetepikan segala perbezaan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada gerak kerja pilihan raya. Semangat kebersamaan dan kesatuan adalah kekuatan utama kita dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

Pada masa yang sama, PN Johor akan terus mendekati rakyat, mendengar denyut nadi mereka serta membawa suara dan harapan rakyat ke hadapan. Kita yakin rakyat Johor mahukan sebuah kerajaan yang benar-benar memahami kesusahan mereka serta mampu menawarkan penyelesaian kepada isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, pembangunan seimbang dan kesejahteraan rakyat.

Insya-Allah, dengan izin Allah SWT, kerja keras seluruh jentera dan sokongan rakyat, PN Johor akan memberikan saingan yang kuat serta berusaha memperoleh mandat rakyat demi masa depan Johor yang lebih baik.

"HEBATKAN JOHOR , KAMI PRIHATIN" dan Berintegriti Demi Johor.”

Dato' Dr. Sahruddin Jamal
Sahruddin Jamal
Pengerusi
Perikatan Nasional Johor
2 Jun 2026

31/05/2026

Tiada pemimpin Melayu dalam PAS yang mempunyai pengalaman dan pendedahan politik seperti Tan Sri Muhyiddin.

❤️

Want your business to be the top-listed Media Company in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Ipoh