SIB SABAH

SIB SABAH

Share

Laman rasmi Pusat Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah.

01/04/2026

Shalom kepada semua jemaah Tuhan dimana saja. Selamat Menyambut Perayaan Paskah 2026.

IBADAH DOA PUASA KEBANGSAAN SIB SABAH, BEM, SEMENANJUNG 15/03/2026

https://www.youtube.com/watch?v=WDFW-m6xWss

IBADAH DOA PUASA KEBANGSAAN SIB SABAH, BEM, SEMENANJUNG IBADAH DOA PUASA KEBANGSAAN SIB SABAH, BEM, SEMENANJUNG ( SIB SABAH )TARIKH : 15 MAC 2026MASA : 7.30 MALAMTEMPAT : SIB KALAMATOI, KEMABONG

14/03/2026

Shalom dan selamat beribadah puasa kepada semua sidang jemaah. Makluman Malam esok -
IBADAH KHAS SEMPENA IBADAH DOA PUASA KEBANGSAAN: SIB SEMENANJUNG, BEM SARAWAK DAN SIB SABAH DITERUSKAN PADA 15 MAC YANG BERTEMPAT DI SIB KALAMATOI, SIB KAWASAN KEMABONG SABAH. Maklumat pelaksanaan seperti dalam risalah. Semua jemaah SIB dijemput datang bersama.

Sila maklumkan juga acara IBADAH KHAS ini juga akan bersiaran langsung melalui Youtube rasmi SIB Sabah.

Sila maklumkan kepada semua jemaah disidang anda. Shalom.
-Admin

05/03/2026

Shalom dalam kasih Tuhan Yesus Kristus.

Dalam setiap zaman, Tuhan membangkitkan pemimpin rohani untuk menjaga kawanan-Nya.

Penatua bukan sekadar jawatan dalam gereja, tetapi panggilan kudus untuk memimpin umat-Nya dengan iman, hikmat, dan keteladanan hidup.

Oleh itu, dengan penuh hormat dan tanggungjawab dalam pelayanan gereja, saya ingin mengajak dan menyeru semua Penatua-Penatua SIB Sabah untuk bersama-sama menghadiri:

KONFERENSI PENATUA–PENATUA SIB 2026

Tarikh : 26 – 28 Mac 2026
Tempat : Gereja SIB Kota Kinabalu, Likas

Konferensi ini diadakan dengan satu tujuan yang jelas: memperbaharui komitmen rohani, memperkukuhkan kepimpinan gereja, dan menyelaraskan visi pelayanan gereja SIB Sabah.

Tema konferensi tahun ini ialah:

“Muliakan TUHAN: Dari Lokal ke Global” (Kisah Para Rasul 1:8)

Ayat ini mengingatkan kita bahawa gereja dipanggil untuk melangkah melampaui batas kenyamanan lokal dan bergerak bersama dalam misi Tuhan yang lebih besar.

Penatua memainkan peranan penting sebagai penjaga iman, dan pemimpin yang menuntun jemaat menuju kedewasaan rohani.

Dalam konferensi ini, para peserta akan dilayani oleh barisan pengkhutbah dan penceramah yang telah dipakai Tuhan dalam kepimpinan gereja, antaranya:

Perasmi & Pengkhutbah KPR (2)
* Rev. Dr. Sintoh Yusop

Pengkhutbah KPR (1)
* Rev. Yanson Aban

Penceramah Konferensi

* Pst. Dison Kapong
* Rev. Thenny M. All
* Pst. Herry Jamilik
* Pta. Juhirin Kantis
* Pst. Elias Tebari

Kesaksian Pelayanan

* Rev. Halberth Gaduan
* Pst. Jubili Ensor

Selain sesi pengajaran dan perkongsian pelayanan, akan diadakan juga Kebaktian Penyegaran Rohani pada 26 & 27 Mac jam 7:30 malam, yang terbuka kepada semua jemaat.

Kami percaya Tuhan akan memakai waktu ini untuk menyegarkan hati, memperbaharui iman, dan menguatkan panggilan pelayanan kita.

Sebagai Pengerusi Pelaksana Konferensi Penatua SIB 2026, saya mewakili seluruh Jawatankuasa Pelaksana dengan penuh sukacita dan hormat menantikan kehadiran semua Penatua SIB Sabah untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam konferensi yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.

Kehadiran anda semua bukan sekadar menghadiri satu program, tetapi merupakan pernyataan komitmen kita sebagai pemimpin rohani untuk terus memimpin gereja-Nya dengan setia, berani, dan berintegriti.

Marilah kita datang dengan hati yang terbuka, roh yang haus akan Tuhan, dan kerinduan untuk melihat gereja-Nya terus bertumbuh dan dipakai bagi kemuliaan-Nya.

Kita nantikan pertemuan yang penuh berkat ini. Tuhan memberkati pelayanan kita semua.

https://forms.gle/r4eCmxz95mEPYqoa9

Berikut adalah link Pendaftaran Konferensi Penatua-Penatua SIB 2026

Pst. Jerry Ignacio
Pengerusi Pelaksana
Konferensi Penatua–Penatua SIB 2026 Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah.

03/03/2026

Shalom...
Doa Puasa Kebangsaan 31 Hari 3 Wilayah: SIB Sabah, SIB Semenanjung dan BEM Sarawak sepanjang bulan Mac sedang berjalan serentak. Kepada sidang Jemaah selamat berdoa Puasa.
Sempena Doa Puasa Kebangsaan 31 hari SIB/BEM ini, juga diadakan Ibadah doa khas bersama seluruh Jemaah di seluruh Malaysia. Pelaksanaan ibadah dikendalikan sepenuhnya oleh 3 Wilayah masing-masing. Maklumat seperti dalam risalah. Sila maklumkan kepada semua jemaah.
Mari kita bersama bersatu dalam doa bagi kesejahteraan buat bangsa, negara dan gereja yang kita kasihi.

“Pemulihan bangsa”

Shalom.

22/09/2025

Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke Majlis Pecah Tanah Pembinaan Rumah Staf BNF. Majlis ini akan disempurnakan bersama YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun (Menteri Kewangan Sabah) dan Rev. Datuk Ir. Jerry Dusing (Presiden SIB Sabah) bertempat di Perkarangan Terbuka Asrama BNF, Ranau pada 27hb Sept 2025, jam 10am.

11/09/2025

Kepada jemaah yang berdekatan bolehlah datang memberi sokongan serta menyaksikan acara Pentas Persembahan PKK SIB Sabah...

11/09/2025

kepada sesiapa berminat, bolehlah datang menghadiri temuduga pada tarikh, tempat dan masa seperti dalam iklan ini. war-warkan kepada anak muda yang berminat..

20/06/2025

KONFERENSI PENGINJILAN & MISI SIB 2025

“Menjadi Serupa Dengan Kristus” – 2 Korintus 3:18

Shalom dan salam sejahtera dalam kasih Tuhan kita Yesus Kristus.

Dengan penuh sukacita, kami ingin mengundang secara khas kepada semua Ahli Jawatankuasa Penginjilan Kawasan, Ahli Jawatankuasa Penginjilan Sidang, serta seluruh jemaat SIB untuk menghadiri Konferensi Penginjilan dan Misi SIB 2025 yang akan diadakan seperti berikut:

📅 Tarikh: 3–5 Julai 2025
📍 Tempat: Dewan Utama SIB, Kota Kinabalu, Sabah
🎯 Tema: Menjadi Serupa Dengan Kristus (2 Korintus 3:18)

Penceramah-penceramah yang akan melayani:

* Rev. Datuk Ir. Jerry Dusing (Presiden SIB)
* Rev. Dr. Hwa Yung (Bishop Emeritus Gereja Methodist Malaysia)
* Dr. Evelyn Dusing (Penasihat Perubatan Caris Foundation Malaysia)
* Mr. Lee Ting Hwong (Pengarah Strategik Elshaddai Sabah)
* Pst. Hallbert Gahoon (Penginjil SIB Sabah)
* Pst. Hilda Sakir (Penginjil SIB Sabah)

💰 Komitmen Peserta: RM80.00 (tidak termasuk makan dan penginapan)

📌 Pembayaran boleh dibuat melalui Alliance Bank:

No Akaun: 10196-0-01-0196306 (Sidang Injil Borneo)

Sila bawa slip pembayaran semasa pendaftaran.

Link Pendaftaran:
https://forms.gle/hX1BF8kY1ohjzCim8

Kami amat menghargai kehadiran semua Ahli Jawatankuasa Penginjilan Kawasan, Jawatankuasa Penginjilan Sidang serta seluruh jemaat.

Kehadiran anda semua pasti akan memberi dorongan serta memperkukuhkan pelayanan penginjilan di kawasan dan sidang masing-masing.

Marilah bersama-sama kita melangkah maju dan diperlengkapkan untuk menjadi pelayan yang efektif, bertumbuh dalam iman, serta menyerupai Kristus dalam pelayanan kita.

Semua dijemput hadir!

Pst. Jerry Ignacio
Pengerusi Pelaksana Konferensi Penginjilan & Misi SIB 2025
Penyelaras Penginjilan & Misi SIB

20/03/2025

Shalom... Acara julung kali diadakan Untuk semua jemaah SIB Sabah... Jangan Lepaskan Peluang Untuk Mengikuti KEBAKTIAN PENYEGARAN ROHANI sempena PERAYAAN IRAU RAYEH PASKAH SIB 2025! Bertempat di Dewan Pasisimpungan SIB Sabah Keningau pada 17 -19 April 2025. Pelbagai jenis makanan akan dihidang bagi sidang jemaah yang hadir secara percuma. Acara ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan - persembahan istimewa dari SIB kawasan di seluruh Sabah. Hebahkan Acara Ini Kepada Semua Jemaah Anda! Sebarang pertanyaan boleh menghubungi no. telefon yang disertakan.
Shalom! Jumpa disana.

28/02/2025

Semua jemaah Tuhan SIB di manapun ada berada tidak kira di Sabah, Sarawak, Semenanjung atau negara-negara lain, jom mari terus berdoa kesejehteraan negara, Gereja di Malaysia. Shalom

28/02/2025

Shalom, jemaat yang berdekatan mari ikut kebaktian ibadah Penyegaran Rohani-Doa Semalam Suntuk. Maklumat lanjut tercatat dalam risalah ini. Kongsikan kepada semua jemaah Kristian tanpa mengira domenasi. Kami Menjemput jemaat yang dikasihi Tuhan. Acara ini juga akan disiar secara langsung melalui Youtube channel SIB Sabah.
Tuhan Memberkati.

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Inanam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Wisma SIB Sabah, Jalan Saga, Likas
Inanam
88400

Opening Hours

Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 12:30