Shafiq Razak SR
Ketua Angkatan Muda HARAPAN Gua Musang
Ketua Pemuda DAP bahagian Gua Musang
25 FEBUARI 2026 | RABU
Alhamdulillah, selesai Iftar DAP bersama komuniti Melayu, program tahunan yang terus mengeratkan silaturahim dan semangat kebersamaan.
Terima kasih YB Steven Sim Menteri KUSKOP dan rakan-rakan DAP atas kebersamaan malam ini. Semoga silaturahim terus terjalin. π€πΌπ
Shafiq Razak
Ziarah, doa dan sedikit pengisian buat pesakit.
Moga jadi asbab kebaikan.
26/01/2026
05/01/2026
Reformasi besar perlu berjalan,
tapi hasilnya mesti sampai ke sekolah, klinik, jalan kampung dan poket rakyat.
Itu ukuran sebenar kejayaan.
06/12/2025
Malam semalam berpeluang sertai majlis makan malam bersama pimpinan DAP serta rakan-rakan ahli dari Selangor, Johor, Pahang, Pulau Pinang & Wilayah Persekutuan.
Banyak perkongsian bermanfaat, sentuh isu semasa, cabaran, dan hala tuju perjuangan.
Yang penting, lagi erat ukhuwah sesama kami kekal fokus, kekal bersama.
4 DISEMBER 2025 | KHAMIS
29/11/2025
Throwback minggu lepas masa turun Sabah berkempen di Tanjung Aru & Kemabong ikut YB Rara. Tiga hari kat sana memang padat tapi best jumpa orang Sabah yang sporting dan ramah, Memang lain vibe kalau dibanding dengan Semenanjung.
Baru sempat upload sebab minggu ni kelam kabut pindah office.
PRN Sabah pun dah selesai semalam. Walaupun parti kita terlepas 8 kerusi, adat bertanding ada naik turun. Yang penting semangat jalan terus, kerja untuk rakyat teruskan. Next time kita cuba lagi βοΈπ π
21/08/2025
Salam semua,
Mulai hari ini, boleh semak status kelayakan SARA untuk semua - penghargaan Kerajaan MADANI untuk rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan.
ππΌ
https://sara.gov.my/
Adat Berkunjung Harus Dimaklum
Adat Bertandang Elok Dijemput
Kilat Bersambung Hujan Pun Belum
Tuan Memberi Saya Menyahut
"SEE YOU IN COURT"
Jalan Teruih BOSS Steven Sim Chee Keong ζ²εΏεΌΊ π
25/05/2025
Gaji minimum tidak wajar dijadikan satu-satunya ukuran kebajikan pekerja, tegas Menteri Sumber Manusia Steven Sim, yang menggariskan Perjanjian Kolektif (CA) sebagai instrumen lebih holistik dan berasaskan undang-undang. βοΈπ΅
Justeru, beliau mengadakan lawatan ke Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB), bagi membincangkan isu perkhidmatan, digitalisasi kesatuan, dan rundingan CA ke-13 yang bakal merangkumi cadangan pelarasan gaji sebanyak 15%. π€
π€
Ini mencerminkan iltizam Kerajaan Madani dalam memperkasa hak pekerja, melalui pelaksanaan Dasar Gaji Progresif, Kad Pekerja Madani dan sokongan geran kepada kesatuan. π²πΎπΌ
29/04/2025
Hari ini, menerima kunjungan santai daripada YB Tan Hong Pin, Ahli Parlimen Bakri, dan YB Ee Chin Li, ADUN Tangkak. Kebetulan semalam mereka ada urusan disini, saya mengambil peluang menjemput mereka singgah sebelum pulang ke Johor.
Walaupun masa tak lama, banyak benda penting sempat dikongsi dari gerak kerja politik, peluang-peluang inisiatif, sampai peranan anak muda dalam membina gerakan akar umbi.
Saya betul-betul hargai masa yang diluangkan, pengalaman yang dikongsi, dan semangat yang disuntik untuk kami terus bergerak ke depan.
Yang penting, politik mesti ada kerja, bukan sekadar bendera!
Shafiq Razak
29 April 2025
Pejabat DAPSY Gua Musang
27/04/2025
Selamat Hari Lahir YB SG Anthony Loke! - Setiausaha Agung DAP
Semoga YB terus dikurniakan kesihatan, kebijaksanaan, kekuatan, dan jiwa kepimpinan untuk terus memandu keluarga besar DAP ke arah yang progresif, adil dan berprinsip, tanpa takut dan pilih kasih.
Heng! Ong! Huat!
Salam hormat dan selamat menyambut ulang tahun yang ke 48. π
Shafiq Razak
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
PT 7741 Tingkat Atas, Taman Mesra
Gua Musang
18300