Sk Rps Banun
Sekolah pedalaman yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
17/11/2025
Saksikan video persembahan khas sempena Hari Guru yang hasilkan secara kreatif oleh Cikgu bersama anak2 SK. RPS Banun yang berbakat..
Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar pendidik
17/01/2025
🌻 SALAM❤️SKRPSBANUN🌻
MAKLUMAN CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Makluman ibu bapa dan penjaga bahawa murid-murid akan bercuti pada:
📆 18 Januari 2025 - 16 Februari 2025
🔢 30 hari bercuti
🏫 Sekolah akan dibuka semula pada 17 Februari 2025 (Isnin)
SELAMAT BERCUTI DAN JAGA DIRI!
Sekian, terima kasih.
UNIT HAL EHWAL MURID SK RPS BANUN
Selamat Pulang ke kampung halaman anak2 semua dan selamat bercuti..
Terima kasih tidak terhingga kepada
1. pihak pengusaha pengangkutan,
2. pihak JAKOA dan
3. PIBG turun padang kali ni.
Seronok bila ada wakil pihak pengurusan sendiri turun padang.. 🤗
Selamat bercuti semua ye.. Manfaatkan cuti kali ni Sebaiknya untuk khidmat bakti pada keluarga tercinta..
Jangan lupa murid asrama kembali ke sekolah pada 22 September 2024 (Ahad)
Sekolah akan bermula pada 23 September 2024 (isnin)
13/09/2024
📍Makluman kepada ibu bapa/penjaga murid *SK RPS BANUN* berkenaan cuti persekolahan..
*CUTI PENGGAL 2*
14 SEPTEMBER (ISNIN) hingga 22 SEPTEMBER 2024 (AHAD) selama 9 HARI.
📍Sila pastikan anak- anak menjaga keselamatan dan kesihatan serta melakukan aktiviti yang berfaedah sepanjang cuti.
Sekolah akan beroperasi semula pada 23 SEPTEMBER 2024
(ISNIN)
NOTA:
Untuk *murid asrama* akan kembali ke asrama pada 22 SEPTEMBER 2024 (AHAD)
🌹🌹 SELAMAT BERCUTI 🌹🌹🌹
Harap maklum .
Sedikit coretan hasil kreativiti dan bakat anak2 BANUN .. Sangat kreatif dan berbakat... Tahniah..
Aktiviti Rekacipta MERDEKA
Tahniah kepada panitia
RBT
PJ
PSS
09/06/2024
Tahniah Encik Shawn Stanly di atas pencapaiannya menerusi RISE Educator Award. Teruskan tekad anda dalam bidang pendidikan.
Shawn, SK RPS Banun terima anugerah utama RISE Educator Award SUBANG JAYA - Guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) RPS Banun, Gerik, Perak, Shawn Stanly Anthony Dass berjaya meraih hadiah utama sebanyak RM5,000 manakala sekolahnya p**a membawa...
22/05/2024
21 Mei 2024-Seramai 3 orang murid menyertai Kem Robotik Tech4All. SMK Bawong, Sg Siput.
22/05/2024
21 Mei 2024- Jemputan menyertai acara lari berganti-ganti 4x200meter (Lelaki&Perempuan) di Kejohanan Olahraga kali Ke-54 SK Adika Raja tahun 2024. Terima kasih atas jemputan.
22/05/2024
17 & 18 Mei 2024- Seramai 25 orang murid SK Rps Banun (K9) telah menyertai Kem Minda Kreatif anjuran bersama Yayasan Bank Rakyat bertempat di Royal Belum Resort. Kem ini merupakan salah satu program anjuran Unit Kurikulum dan Unit Kaunseling Sk Rps Banun. Program ini berfokuskan kepada kecemerlangan akademik dan kepimpinan di kalangan murid. Tujuannya untuk membentuk norma-norma murni yang dapat melahirkan murid-murid yang mempunyai kemantapan jati diri. Semoga dengan program seumpama ini mampu untuk melahirkan generasi pemimpin yang hebat dalam kalangan murid-murid Sk Rps Banun(K9).
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
SMK RPS Banun
Gerik
33300