Hospital Gerik
Kami Sedia Membantu !
24/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ โ Menjadi lembaran tarikh akhir tugas buat ๐๐ซ. ๐๐ฎ๐ก๐๐ฆ๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐ฆ ๐๐ข๐ง ๐๐ฎ๐ฌ๐ค๐ก๐๐ง, Pegawai Perubatan Tadbir Urus Klinikal (PPTUK) yang telah banyak mencurahkan bakti dalam membantu pengurusan klinikal di Hospital Gerik.
Mula berkhidmat di sini sejak tahun 2018, beliau telah menabur jasa di bawah kepimpinan 3 orang Pengarah Hospital yang berbeza. Beliau juga merupakan antara figura penting dan tonggak utama semasa Pengurusan Bencana Tragedi Bas UPSI.
Kini, langkah perjalanan beliau di Hospital Gerik terhenti di sini, namun langkahnya akan terus maju ke hadapan di tempat kerja yang baharu.
Pengarah dan seluruh warga Hospital Gerik ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Dr. Muhammad Adam atas segala sumbangan, keringat, dan khidmat bakti yang tidak ternilai sepanjang bersama kami.
"๐๐๐ฆ๐จ๐ ๐ ๐ญ๐๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐ฆ๐๐ง๐ฃ๐๐๐ข ๐ฌ๐๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐ข ๐ฌ๐๐๐ฎ๐ญ๐ข๐ซ ๐ฉ๐๐ซ๐ฆ๐๐ญ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ญ๐๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ซ๐ฌ๐ข๐ง๐๐ซ ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐ค๐ข๐ซ๐ ๐๐ข๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ค ๐๐ข ๐ฆ๐๐ง๐."
Selamat maju jaya diucapkan. Semoga segala urusan Dr. Muhammad Adam dipermudahkan dan terus cemerlang di tempat baharu! ๐ผโจ
22/05/2026
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ @ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Mari bersama-sama menyumbang kepada mereka yang memerlukan ! Sertai Program Derma Darah Bulanan anjuran Tabung Darah Hospital Gerik dan jadilah wira penyelamat nyawa.
๐
Tarikh : 23 Mei 2026 (Sabtu)
โฐ Masa : 8.00AM - 1.00PM
๐ Tempat : Bilik Derma Darah, Hospital Gerik
Ayuh! Setiap titisan darah anda membawa harapan kepada mereka yang memerlukan. ๐โค๏ธ
16/05/2026
๐ข Kursus Penyusuan Susu Ibu Non Klinikal 2026
Telah berlangsung pada 30 April 2026 (Khamis) bertempat di Bilik CME, anjuran Unit Kejururawatan & Jawatankuasa Inisiatif Hospital dengan kerjasama Unit Latihan Dalaman Hospital Gerik.
Program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai kepentingan penyusuan susu ibu serta meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan penyusuan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini ๐ค
14/05/2026
๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐ค๐๐ฌ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ข๐ ๐ข๐ญ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐๐๐๐
Satu lagi sesi Lawatan Penanda Aras Medical Programme Information System (MPIS) ke Hospital Baling telah berjaya dilaksanakan pada 14 Mei 2026. Lawatan produktif ini bertujuan meninjau secara teliti pelaksanaan modul-modul utama merangkumi:
โ
Pendaftaran dan Hasil
โ
Fisioterapi & Terapi Cara Kerja
โ
Dietetik dan Sajian
โ
Radiologi
โ
Pesakit Dalam
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada ๐๐จ๐ซ๐ ๐๐๐๐ฆ ๐๐๐๐ ๐๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐ข๐ง๐ di atas kesudian menerima kunjungan kami serta perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Layanan mesra dan kerjasama erat anda amat kami hargai dalam usaha memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan.
13/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐/๐๐๐๐
Pada ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐, telah berlangsung Kursus Basic Life Support (BLS) Siri 1 bagi tahun 2026 yang melibatkan anggota klinikal Hospital Gerik. Ceramah kursus kali ini disampaikan oleh Pakar Perubatan Kecemasan bagi memastikan kualiti penyampaian ilmu berada pada tahap terbaik.
๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐จ๐๐ฃ๐๐ค๐ญ๐ข๐ ๐ฎ๐ญ๐๐ฆ๐ ๐ค๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐ข๐ง๐ข ๐๐๐๐ฅ๐๐ก:
1. Memantapkan ilmu & kemahiran: Bersedia sepenuhnya menghadapi kes kecemasan kritikal.
2. Meningkatkan keyakinan: Memastikan setiap kakitangan cekap mempraktikkan CPR pada bila-bila masa diperlukan.
3. Kesedaran tinggi: Memupuk kepentingan BLS bukan sahaja dalam tugasan harian, malah ketika berada dalam komuniti.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada jawatankuasa pelaksana serta semua peserta atas komitmen yang luar biasa! Semoga ilmu yang ditimba memberi manfaat besar demi keselamatan pesakit dan masyarakat.
12/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ฉบโจ
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ซ๐๐ฐ๐๐ญ ๐๐๐๐ฎ๐ง๐ข๐ ๐๐๐๐! ๐น
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang bergelar jururawat, khususnya buat seluruh Warga Jururawat Hospital Gerik. ๐ฅ๐
Kalian adalah wira yang tidak didendang, sentiasa teguh berdiri di garis hadapan demi kesejahteraan komuniti.
๐ฟ Kain songket tenunan desa,
Dipakai segak si anak watan;
Penat dan lelah tidak dirasa,
Demi tugas dan perkhidmatan.
๐ฟ Pohon keranji di tepi muara,
Tempat berteduh si burung nuri;
Budi yang baik tidak terkira,
Semoga sentiasa diberkati Ilahi.
Terima kasih atas segala pengorbanan, dedikasi, dan kasih sayang anda dalam merawat serta menjaga kesejahteraan masyarakat tanpa mengira penat dan lelah. Jasa kalian akan sentiasa terpahat di hati.
Ikhlas daripada:
Pengarah Hospital Gerik & Seluruh Warga Hospital Gerik ๐๏ธ
09/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ & ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ โ Satu detik bersejarah telah tercipta apabila Hospital Gerik menerima kunjungan daripada delegasi ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐๐๐๐ข๐ญ ๐๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ซ๐๐ค yang hadir dengan visi murni untuk menyantuni ibu-ibu yang baru melahirkan cahaya mata.
Ini merupakan julung-julung kalinya kolaborasi rasmi diadakan antara pihak hospital dan BSMM. Bagi memeterai kerjasama ini, satu sesi menandatangani Memorandum Kolaborasi telah disempurnakan oleh ๐๐ซ. ๐๐ฎ๐ก๐๐ฆ๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐ฆ ๐๐ข๐ง ๐๐ฎ๐ฌ๐ค๐ก๐๐ง, mewakili Hospital Gerik, bersama Yang Berbahagia ๐๐๐ญ๐จโ ๐๐๐ฃ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ฅ๐ฎ๐๐ข๐ง ๐๐ข๐ง ๐๐๐ฃ๐ข ๐๐๐ฅ๐ข, Pengerusi BSMM Negeri Perak.
Kerjasama ini menjadi lebih istimewa kerana dilaksanakan bersempena dengan sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia Peringkat Negeri Perak.
Inisiatif ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak, malah menjadi platform "Tak Kenal Maka Tak Cinta" bagi warga hospital untuk memahami dengan lebih dekat fungsi serta peranan sebenar BSMM di dalam komuniti.
Pihak pengurusan Hospital Gerik mengucapkan jutaan terima kasih kepada BSMM Negeri Perak kerana sudi memilih hospital kami sebagai salah satu lokasi sambutan pada kali ini.
Semoga sinergi murni ini terus berkembang dan membuahkan hasil demi kesejahteraan komuniti serta perkhidmatan kesihatan yang lebih holistik, khususnya buat penduduk di daerah Hulu Perak. ๐ค๐ฅโค๏ธ
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐๐๐๐ข๐ญ ๐๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐๐ฎ๐ง๐ข๐ ๐๐ฎ๐๐ญ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ๐ ๐ฌ๐ฎ๐ค๐๐ซ๐๐ฅ๐๐ฐ๐๐ง! ๐นโจ
08/05/2026
Komitmen Hospital Gerik dalam Menyokong Kempen Bring Thal to Light 2026 ๐จ
Hospital Gerik telah mengambil bahagian dalam Kempen Bring Thal to Light 2026 sebagai tanda sokongan dan solidariti terhadap pesakit thalassemia. Sebagai simbolik kepada penyertaan ini, bangunan hospital telah diterangi dengan pencahayaan berwarna merah pada 8 Mei 2026.
Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan dan pengurusan penyakit thalassemia secara berterusan. Pada masa yang sama, ia memperkukuh mesej bahawa suara, keperluan dan hak pesakit sentiasa diberi keutamaan dalam sistem penjagaan kesihatan.
05/05/2026
๐ข MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA KLINIK PAKAR
Dimaklumkan bahawa kerja pendawaian semula di Klinik Pakar akan dijalankan bermula 2 Mei 2026 hingga 2 Julai 2026.
Sepanjang tempoh ini, beberapa perkhidmatan akan dipindahkan ke lokasi sementara seperti berikut:
๐ Klinik Pakar sementara โ Bilik Tabung Darah (asal)
๐ Unit Optometri โ Bilik Penyusuan JPL (asal)
๐ Tabung Darah & Kaunseling โ Recovery Room & Pantri OT (asal)
Segala usaha akan diambil bagi memastikan perkhidmatan berjalan lancar.
๐ Mohon kerjasama semua pihak serta orang awam untuk ambil maklum perubahan ini.
Terima kasih.
01/05/2026
Tahniah kepada semua warga Hospital Gerik!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
Hospital Gerik, Jalan Intan
Gerik
33300