Arabic GOLD Perak

Arabic GOLD Perak

Share

Jus arabic gold
�menguatkan daya ingatan
�membantu masalah buah pinggang, jantung, deabitis, dar

03/09/2021

alhamdulillah.. dari Customers tetap.. pesakit buah pinggang

03/09/2021

Tips penjagaan buah pinggang

02/09/2021

JOM KITA PERIKSA ADAKAH ANDA MERUPAKAN SALAH SEORANG PESAKIT DIABETES

49% daripada penghidap penyakit diabetes di Malaysia tidak pernah diperiksa menghidap penyakit ini.

Antara tanda-tanda Diabetes adalah :

🔸 Luka lambat sembuh
🔸 Lemah daya ingatan
🔸 Berat badan turun mendadak
🔸 Kerap buang air kecil
🔸 Kerap lapar dan dahaga
🔸 Kerap kebas kaki dan tangan
🔸 Cepat letih dan mengantuk
🔸 Gatal-gatal pada kulit

Jika anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda di atas, jangan lupa ambil langkah awal dengan periksa di hospital. Anda juga boleh amalkan Jus Arabic Gold sebagai supliment tambahan bagi mengurangkan gejala diabetes.

“ Jom amalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan sunnah “










wasap.my/60194644715/jusarabicgold

02/09/2021

selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 64...merdeka

Photos from Arabic GOLD Perak's post 03/01/2021

alhamdulillah.. kami tumpang gembira... bukan sekadar nk jual nk untung ja....jgn lupa jaga kesihatan gaisss... x kira muda x kira tua.. x kira lama atau baru.... selagi blh ikhtiar kita ikhtiar.... sakit atau sihat bukan di tangan kita..... jika ada penawar mesti ada kesembuhan....aaminn











wasap.my/60194644715/jusarabicgold

Page JUS ARABICGOLD 👇👇👇
https://www.facebook.com/Jus-Arabic-Gold-Perak-513337088769552/

18/12/2020
21/11/2020

================================
KISAH NATASHA, GADIS 20 TAHUN YANG MENINGGAL AKIBAT ABAIKAN PENYAKIT DIABETES
================================

Seorang wanita muda telah didiagnosis menghidap diabetes, tetapi gagal mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk membantunya meneruskan kehidupan.

Walaupun dia telah mendapat banyak kesedaran tentang diabetes serta mempunyai banyak masa untuk mencegah masalahnya, namun dia tidak mengikuti langkah yang disarankan oleh doktor.
Akibatnya dia telah kehilangan nyawa kerana keingkaran dari perbuatannya.

Pada Oktober tahun 2017, Natasha Horne yang berasal dari Middlesbrough, telah berjumpa dengan doktor setelah ibunya, Jakie, 43 tahun, menyedari bahawa anak perempuannya telah kehilangan banyak berat badan.

Selain itu Natasha juga berubah menjadi sangat haus dan kerap pergi ke tandas pada waktu malam. Berdasarkan semua tanda-tanda ini, doktor akhirnya mendiagnosis Natasha pada 16 Oktober 2017.

Natasha menghidap Diabetes Jenis 1 ketika usianya 20 tahun. Oleh kerana umurnya mencapai umur yang sah, maka dia berhak menentukan sendiri pilihannya dan ibu bapanya tidak dapat memaksa Natasha untuk berjumpa dengan doktor.

Natasha menyembunyikan diagnosis penyakit tersebut dari kawan-kawan sekolahnya.
Dia juga sudah mengabaikan perintah doktor dan tidak memakai gelang ID yang diberikan pihak hospital demi menghindari orang lain untuk mengetahui keadaannya.

Natasha juga menolak untuk mengambil suntikan insulin yang menjadi sumber untuk meneruskan hidupnya. Jakie dan ayahnya, Stephen mengatakan bahawa anak perempuannya tidak mengambil insulin dan ia memberi kesan pada penurunan berat badannya.

Meskipun demikian, hal ini tidak membuatnya lebih berhati-hati dalam mengubati diabetesnya. Tanpa suntikan insulin, tubuhnya kekurangan enzim yang diperlukan untuk mencerna makanannya dengan tepat, dan Natasha menderita tiga serangan diabetes ketoasidosis (DKA).

“Jika dia tidak ingin melakukan sesuatu, dia tidak akan melakukannya. Tapi kami sangat prihatin kerana begitu cepat penurunan berat badan yang dialami Natasha. Dia kehilangan sekitar setengah berat badannya dalam dua hingga tiga bulan. Dan dia berubah dari ukuran 22 menjadi ukuran 10 dalam enam bulan tetapi dia tidak melihatnya sebagai sesuatu hal yang salah. Dia hanya tidak memahami beratnya akibat dari hal yang tidak diambilnya,” kata Jackie, pada temuramah pada hari Khamis (13/9/2018)

Pada Jun 2018, penyakit ini membuat Natasha telah dimasukkan ke hospital dan dirawat di sana. Khabar mengenai sakitnya telah tersebar ke seluruh kawan-kawannya. Tidak lama selepas itu, dia telah menderita koma diabetes yang tidak dapat disembuhkan sebelum meninggal pada 22 Ogos 2018.

Melihat nasib malang anak perempuannya, Jakie mengatakan bahawa dia ingin menyalurkan kesedihan diatas kehilangan Natasha dengan meningkatkan kesedaran tentang diabetes kepada semua orang.

Kesimpulannya, jangan lah kita mengambil enteng tentang diabetes dan tidak mencegah penyakit ini kerana ia akan memudaratkan pada diri bahkan boleh membawa maut !

Sumber gambar: Google

21/11/2020

Tahukah anda kajian menunjukkan setiap tahun golongan pekerja iaitu mereka yang berusia 20 hingga 50 tahun paling ramai mengalami masalah buah pinggang kronik yang memerlukan rawatan khusus.

Selain menjalani saringan secara berkala, langkah pencegahan awal perlu diambil untuk menjaga kesihatan buah pinggang.

Kenali fungsi buah pinggang yang terdapat di dalam badan kita.

Photos from Arabic GOLD Perak's post 21/11/2020

Tahukah anda setiap tahun pesakit Diabetes semakin meningkat ❗
Perubahan gaya hidup masa kini dan makanan yang tidak berkhasiat memberi impak yang besar kepada semua orang.
Kementerian Kesihatan Malaysia juga aktif mengadakan kempen kepada rakyat bagi membendung diabetes dari terus meningkat.

21/11/2020

"8 LANGKAH UNTUK KEKAL SIHAT"

Kesihatan adalah harta yang paling berharga, jadi jagalah dengan sebaiknya✨

21/11/2020

MASA BILA NAK AMBIL DAN WAKTU PENGAMBILAN UBAT YANG BETUL??

Kadang-kadang bila anda pergi ke klinik ataupun anda beli sesuatu produk mesti anda tak tahu kan cara makan atau anda kena agak-agak sendiri waktu untuk anda makan?
Sebenarnya ada masa yang sesuai nak makan atau consume sesuatu ubat tu. Kena makan waktu-waktu tertentu pon ada sebabnya.
Jom baca kat bawah ni 🤗

================================

✅ Sebelum Makan

Tujuan arahan ini adalah untuk mengelakkan interaksi ubat terhadap makanan yang akan diambil nanti. Selain itu, ia juga meningkatkan penyerapan ubat yang diambil sewaktu perut kosong (ubat diambil 30 minit sebelum makan). Contoh: ubat Insulin Actrapid Injection, Iron Tablet dan sebagainya.

✅ Selepas Makan

Tujuan arahan ini adalah untuk mengelakkan iritasi perut. Ini bermaksud ubat tidak boleh diambil sewaktu perut anda kosong. Contoh: ubat Mefenamic Acid, Ranitidine dan sebagainya.

✅ Sebelum/Selepas Makan

Arahan ini diberikan untuk ubat-ubatan yang tindakan dan pengambilannya tidak terganggu oleh makanan atau perut kosong. Contoh: ubat Paracetamol, Chorpheniramine dsbnya.

✅ Bersama Makanan

Tujuan arahan ini adalah untuk mempertingkatkan kesan ubat dan menggalakkan penyerapan kepada yang lebih efektif. Contoh ubat Acarbose, Calcium Carbonate dsbnya.

✅ Ambil Waktu Pagi Sahaja

Sebagai contoh ubat Frusemide yang boleh menyebabkan seseorang itu kerap membuang air kencing. Ia boleh menganggu tidur pesakit. (Jika bekerja waktu malam maka perlu diambil waktu malam)

✅ Ambil Waktu Malam Sahaja

Sesetengah ubat memberi kesan yang optimum jika diambil pada waktu tidur. Contoh: ubat Simvastatin perlu diambil pada waktu malam kerana sintesis kolesterol akan meningkat pada waktu malam.

✅ Ambil Bila Perlu

Arahan ini diberikan untuk ubat yang perlu diambil jika ada simptom atau penyakit sahaja. Contoh: ubat Paracetamol, Mefenamic Acid.

Pastikan anda mendapat arahan yang jelas dan lengkap daripada ahli farmasi dan juga doktor, seperti yang juga tertera pada label sampul ubat anda. Baca dan fahami arahan pengambilan ubat, termasuk waktu pengambilan dan dos yang ditetapkan.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Gerik?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Gerik